CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Dirotan 22 Kali Dengan Penyedok Sampah Kerana Tak Hadir Sekolah

29-4-2019 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4957| Komen: 36

Pelajar lelaki Tingkatan 1 sebuah sekolah menengah di Lahad Datu mendakwa dirotan guru kelas dengan penyodok sampah kerana tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran dan makluman.


Gambar Hiasan


Memetik Astro AWANI, pelajar itu tampil membuat laporan polis pada Jumaat berhubung kejadian.

Dakwanya, dia dirotan sebanyak 22 kali dengan penyedok sampah di hadapan pelajar lain di dalam sebuah kelas pada Rabu lalu hingga menyebabkan kecederaan pada punggungnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, pelajar itu dikatakan dihukum sedemikian kerana tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran dan makluman kepada guru kelas.

Siasatan awal mendapati, guru terbabit terlupa membawa rotan, lalu menggunakan batang plastik penyedok sampah sebagai alternatif.

Hasil pemeriksaan mendapati pelajar terbabit mengalami lebam dan kecederaan pada otot lembut.


Sementara itu, BERNAMA melaporkan guru berkenaan belum ditahan kerana siasatan masih berjalan. - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CharlesDera 29-4-2019 12:14 AM
merotan anak murid ni primitif...wakakakakakakakakkakakka
Quote Atata 29-4-2019 12:43 AM
Takyah nak beriya la cikgu2.. Hujung2 sendiri murung bila diberi tatatertib atas niat baik nak mendidik tu.
Quote akusukaq 29-4-2019 05:50 AM
lantak le anak orang. tak payah cikgu  nak lebeh lebeh sgt. ujung ujung dia tak jadi manusia hidup cikgu sama je.kan  dah dapat busuk nama
Quote Catpaw 29-4-2019 07:18 AM
yeke budak ni takkan sampai macam tu pukulnya, mesti ada sebab lain
Quote bezita60 29-4-2019 07:26 AM
Tak payah poyo sgt pukul pakai batang penyapu lahh.
Tak pasal mau duduk lokap.

Anak orang dah besar, ponteng pulak dgn bapak dia.
Patut kau suruh ayah dia yg menjawab.
Quote nishikido 29-4-2019 07:27 AM
Aikk..macam kurang logik jer.takkan cikgu tu nak marah bebenor kalau pelajar xdatang, siap nak pukul dengan batang penyapu bagai.hurrmm,kena dengar dari dua2 pihak..tapi kalau betul pon,atas alasan apa pon cikgu tu xpatut nak rotan anak orang dengan batang penyapu.
Quote isseliparjepun 29-4-2019 07:58 AM
Something fishy. Area lahad datu, tawau n sandakan ni normal ja budak2 ghope gini tak datang. Datang time nak ambik bantuan rm100 takpun nanti waktu SPM dia datang la untuk tido. Mesti ada sebab lain. 22 kali tu mungkin untuk kesalahan2 lain.
Sepanjang hampir 5 bulan sekolah takkan la baru beberapa hari tak datang sebab ikut bapak taekwando? Nampak beno nipunye.
Orang cakap senang la..biar la budak tu, nanti jadik macam ni nama busuk. Kena fikir la wey, kalau kat rumah keluarga takleh didik anak dengan baik, guru kat sekolah tak bole tolong didik, dah besar2 ko rasa attitude dia macam mana? Dalam pekerjaan macam mana? Lepas tu bising2 la haruan makan anak, rasuah tinggi la, kerja gomen pun banyak mengular..bla bla. Beb..salah satu cara membentuk pemikiran dan perangai dari pendidikan. Setakat baca buku tak jalan weyh.
Eh panjang lak bebel.
Quote Sazida 29-4-2019 08:12 AM
Zaman aku dulu kena rotan dengan pembaris kayu sakit woo. Tp xdelah balik mengadu dgn mak bpk.., sbb penah je ngadu last2 aku kena balik dgn bpk aku. sejak dari tu aku rasa ape2 slh aku,kena tanggung sendiri.,
Quote JokesCop 29-4-2019 08:28 AM
isseliparjepun replied at 29-4-2019 07:58 AM
Something fishy. Area lahad datu, tawau n sandakan ni normal ja budak2 ghope gini tak datang. Datang ...

Aku pernah kene rotan sampai terkopek kulit sebab kelas xdapat kelas terbersih minggu tu.

The point is, cikgu tu manusia, ada masalah mental jugak.
Quote isseliparjepun 29-4-2019 08:31 AM
JokesCop replied at 29-4-2019 08:28 AM
Aku pernah kene rotan sampai terkopek kulit sebab kelas xdapat kelas terbersih minggu tu.

The p ...

Innalillah. Kenapa ko tak buat laporan polis? Hmm aku nak elakkan berpandangan sebelah pihak. Tu aje.
Quote Burong_Hantuk 29-4-2019 08:34 AM
kita dengar pula apa cerita daripada pihak guru.ini mungkin pelajar terlebih nakal sampai di belasah 22 kali
Quote gujiwa 29-4-2019 08:37 AM
isseliparjepun replied at 29-4-2019 08:31 AM
Innalillah. Kenapa ko tak buat laporan polis? Hmm aku nak elakkan berpandangan sebelah pihak. Tu a ...

iols dulu pun kena tampar sampai bersepai tudung sbb salah jawab soalan..
tapi zaman dulu bukan jenis ngadu..
ada kawan kena teruk lagi tu.. tak jadi org pun.. malah lagi ponteng skolah..
Quote gujiwa 29-4-2019 08:38 AM
nak dgr juga kata belah cikgu..
Quote isseliparjepun 29-4-2019 08:44 AM
gujiwa replied at 29-4-2019 08:37 AM
iols dulu pun kena tampar sampai bersepai tudung sbb salah jawab soalan..
tapi zaman dulu bukan  ...

Aku pernah kena tuduh ponteng sebab wrong time wrong place aku berada. Walhal aku memang nak pakai toilet. Kena rotan and diumum di depan pelajar lain. But we didnt choose to make a police report. Now bila dah report and it goes viral, pihak tu kena terimalah either people go with your side or against you.   
Quote JokesCop 29-4-2019 08:50 AM
isseliparjepun replied at 29-4-2019 08:31 AM
Innalillah. Kenapa ko tak buat laporan polis? Hmm aku nak elakkan berpandangan sebelah pihak. Tu a ...

Betul, 2-2 pihak kene dengar, mungkin masalah terkumpul. Budak tu gangster sgt ke. Atau kacau anak cikgu tu.

22 kali sebat dgn batang penyapu tu bukan mengajar. Hei, ada menteri koyak tisu lembut, okt kene reman xjumpa anak tau.
Quote manehnya 29-4-2019 08:54 AM
apa hal cikgu sampai 22 kali/

3 kali cukop aah
Quote haryatie 29-4-2019 09:10 AM
22 x...lepaskan geram sungguh tu
Quote mariane 29-4-2019 10:53 AM
aku dulu.....  bermula lah story


Quote prettyuglybabe 29-4-2019 10:54 AM
pukul 22 kali tak hancur pulak bontot dia.. kebal betul..
tunggu statement cikgu pulak

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.070658 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top