CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4022|Reply: 36

[Tempatan] Di Lahad Datu, pelajar tingkatan satu dirotan guru 22 kali buat report polis

[Copy link]
Post time 29-4-2019 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar dirotan 22 kali dengan batang penyedok sampah
Ahad, 28 April 2019 9:49 PM



SEORANG pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Lahad Datu, Sabah mendakwa dirotan 22 kali oleh guru kelasnya dengan menggunakan sebatang plastik penyedok sampah di dalam kelasnya hingga punggungnya lebam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, pelajar berusia 13 tahun itu tampil membuat laporan polis pada pukul 9.56 pagi Sabtu terhadap seorang guru lelaki berusia 38 tahun berhubung kejadian terbabit.

"Dalam kejadian 11.30 pagi pada Rabu itu, mangsa dipercayai dirotan sebanyak 22 kali di hadapan pelajar lain selepas didapati tidak hadir ke sekolah pada Isnin lalu tanpa kebenaran dan makluman guru kelas terbabit.

"Siasatan awal mangsa mengakui tidak hadir kerana mengikuti bapanya ke Tawau bagi menyaksikan kejohanan taekwondo dan tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak sekolah berhubung perkara itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa, yang mendapatkan rawatan awal selepas kejadian, mengalami kecederaan lebam di bahagian punggung dan kecederaan tisu lembut.

Nasri, dalam pada itu berkata, guru berkenaan mengenakan denda terhadap mangsa menggunakan batang penyedok sampah kerana terlupa membawa rotan.

Sementara itu, katanya, guru berkenaan belum ditahan kerana siasatan masih berjalan dan selepas kertas siasatan disiapkan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 12:14 AM | Show all posts
merotan anak murid ni primitif...wakakakakakakakakkakakka
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah nak beriya la cikgu2.. Hujung2 sendiri murung bila diberi tatatertib atas niat baik nak mendidik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak le anak orang. tak payah cikgu  nak lebeh lebeh sgt. ujung ujung dia tak jadi manusia hidup cikgu sama je.kan  dah dapat busuk nama
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
yeke budak ni takkan sampai macam tu pukulnya, mesti ada sebab lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah poyo sgt pukul pakai batang penyapu lahh.
Tak pasal mau duduk lokap.

Anak orang dah besar, ponteng pulak dgn bapak dia.
Patut kau suruh ayah dia yg menjawab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikk..macam kurang logik jer.takkan cikgu tu nak marah bebenor kalau pelajar xdatang, siap nak pukul dengan batang penyapu bagai.hurrmm,kena dengar dari dua2 pihak..tapi kalau betul pon,atas alasan apa pon cikgu tu xpatut nak rotan anak orang dengan batang penyapu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Something fishy. Area lahad datu, tawau n sandakan ni normal ja budak2 ghope gini tak datang. Datang time nak ambik bantuan rm100 takpun nanti waktu SPM dia datang la untuk tido. Mesti ada sebab lain. 22 kali tu mungkin untuk kesalahan2 lain.
Sepanjang hampir 5 bulan sekolah takkan la baru beberapa hari tak datang sebab ikut bapak taekwando? Nampak beno nipunye.
Orang cakap senang la..biar la budak tu, nanti jadik macam ni nama busuk. Kena fikir la wey, kalau kat rumah keluarga takleh didik anak dengan baik, guru kat sekolah tak bole tolong didik, dah besar2 ko rasa attitude dia macam mana? Dalam pekerjaan macam mana? Lepas tu bising2 la haruan makan anak, rasuah tinggi la, kerja gomen pun banyak mengular..bla bla. Beb..salah satu cara membentuk pemikiran dan perangai dari pendidikan. Setakat baca buku tak jalan weyh.
Eh panjang lak bebel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku dulu kena rotan dengan pembaris kayu sakit woo. Tp xdelah balik mengadu dgn mak bpk.., sbb penah je ngadu last2 aku kena balik dgn bpk aku. sejak dari tu aku rasa ape2 slh aku,kena tanggung sendiri.,
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 29-4-2019 07:58 AM
Something fishy. Area lahad datu, tawau n sandakan ni normal ja budak2 ghope gini tak datang. Datang ...

Aku pernah kene rotan sampai terkopek kulit sebab kelas xdapat kelas terbersih minggu tu.

The point is, cikgu tu manusia, ada masalah mental jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 29-4-2019 08:28 AM
Aku pernah kene rotan sampai terkopek kulit sebab kelas xdapat kelas terbersih minggu tu.

The p ...

Innalillah. Kenapa ko tak buat laporan polis? Hmm aku nak elakkan berpandangan sebelah pihak. Tu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:34 AM | Show all posts
kita dengar pula apa cerita daripada pihak guru.ini mungkin pelajar terlebih nakal sampai di belasah 22 kali
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:37 AM | Show all posts
isseliparjepun replied at 29-4-2019 08:31 AM
Innalillah. Kenapa ko tak buat laporan polis? Hmm aku nak elakkan berpandangan sebelah pihak. Tu a ...

iols dulu pun kena tampar sampai bersepai tudung sbb salah jawab soalan..
tapi zaman dulu bukan jenis ngadu..
ada kawan kena teruk lagi tu.. tak jadi org pun.. malah lagi ponteng skolah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:38 AM | Show all posts
nak dgr juga kata belah cikgu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 29-4-2019 08:37 AM
iols dulu pun kena tampar sampai bersepai tudung sbb salah jawab soalan..
tapi zaman dulu bukan  ...

Aku pernah kena tuduh ponteng sebab wrong time wrong place aku berada. Walhal aku memang nak pakai toilet. Kena rotan and diumum di depan pelajar lain. But we didnt choose to make a police report. Now bila dah report and it goes viral, pihak tu kena terimalah either people go with your side or against you.   
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 29-4-2019 08:31 AM
Innalillah. Kenapa ko tak buat laporan polis? Hmm aku nak elakkan berpandangan sebelah pihak. Tu a ...

Betul, 2-2 pihak kene dengar, mungkin masalah terkumpul. Budak tu gangster sgt ke. Atau kacau anak cikgu tu.

22 kali sebat dgn batang penyapu tu bukan mengajar. Hei, ada menteri koyak tisu lembut, okt kene reman xjumpa anak tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 08:54 AM | Show all posts
apa hal cikgu sampai 22 kali/

3 kali cukop aah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 09:10 AM | Show all posts
22 x...lepaskan geram sungguh tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
aku dulu.....  bermula lah story


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 10:54 AM | Show all posts
pukul 22 kali tak hancur pulak bontot dia.. kebal betul..
tunggu statement cikgu pulak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.075400 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list