CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana Dadah, Anak Sanggup Kelar Ibu Tua

29-4-2019 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2235| Komen: 6

Bahana dadah, lelaki tergamak mengelar leher ibu dengan parang kecil.



Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Tanjung Piring, Nami, dekat Pedang Terap, Kedah, jam 8 malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian suspek 35, mendekati mangsa, 69, sebelum menolaknya hingga terjatuh. Suspek kemuadian dikatakan mengambil parang kecil, lalu cuba mengelar leher warga emas itu sebelum berlaku pergelutan.

Cubaan suspek untuk mengelar ibunya sekali lagi gagal apabila berjaya ditepis mangsa.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan, Noh Idris mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sebelum anggota dikerahkan ke lokasi.


Foto: Harian Metro


Suspek ditahan jam 11.15 malam tadi dan polis turut merampas sebilah parang berukuran 43 sentimeter.

Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan wang untuk membeli bekalan dadah syabu dan heroin.

Suspek juga didapati berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Berikutan itu, lelaki terbabit direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 29-4-2019 01:09 PM
kesian emaknya ada anak sedemikian..
Quote Pink_Purple 29-4-2019 05:08 PM
ank mula2 jinak dgn dadah,mak cover sbb malu,dah jd gini tau nk repot polis pula
Quote cap_ayam 29-4-2019 05:42 PM
Simpanlah kat dalam tu jangan bagi keluar sampai bila2.
Quote imransulaiman 29-4-2019 07:29 PM
Allahuakbar...! Mujur tak arwah emaknya {:cryrun
Quote slavehunter 29-4-2019 08:51 PM
Banyak nye anak derhaka sekarang.
Quote LautBiru52 30-4-2019 12:03 AM
Nasib baik tak jadi ape2 dekat makcik. Pada yg ada anak penagih ni bantu la pulihkan mereka. Masukkan dkt pusat2 pemulihan tu. Jgn la dok simpan dkt rumah. Malu dgn ckp2 orang silap2 nyawa kita yg melayang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.271866 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top