CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 6

[Tempatan] Tergamak nak bunuh ibu kerana dadah, acik bertudung floral menunding lesu

[Copy link]
Post time 29-4-2019 01:05 PM | Show all posts |Read mode



LELAKI tergamak menolak dan cuba membunuh ibunya dengan mengelar leher mangsa menggunakan parang kecil di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Nami, dekat Pedang Terap, kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa berusia 69 tahun yang berada di rumah didatangi anaknya berusia 35 tahun dan terus menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum suspek mengambil parang kecil dan mengelar leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan, Noh Idris berkata, akibatnya berlaku pergelutan antara mereka dan suspek sekali lagi cuba mengelar mangsa, namun mangsa sempat menepis.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa luka di lutut sebelah kanan akibat ditolak.

“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek 11.15 malam tadi.

“Senjata parang berukuran 43 sentimeter digunakan untuk menyerang mangsa turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noh berkata, siasatan awal mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian dan bermotifkan wang untuk membeli bekalan dadah syabu dan heroin.

“Semakan juga mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

“Suspek kini direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 12:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2019 01:09 PM | Show all posts
kesian emaknya ada anak sedemikian..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 05:08 PM | Show all posts
ank mula2 jinak dgn dadah,mak cover sbb malu,dah jd gini tau nk repot polis pula
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpanlah kat dalam tu jangan bagi keluar sampai bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar...! Mujur tak arwah emaknya {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak nye anak derhaka sekarang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak jadi ape2 dekat makcik. Pada yg ada anak penagih ni bantu la pulihkan mereka. Masukkan dkt pusat2 pemulihan tu. Jgn la dok simpan dkt rumah. Malu dgn ckp2 orang silap2 nyawa kita yg melayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.459124 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list