Nampaknya, hubungan antara pelakon Remy Ishak dan Mira Filzah yang kelihatan rapat dan mesra mencetuskan kontroversi. Dalam salah satu kemas kini di Instagram Remy, orang ramai kelihatan gembira 'menggosipkan' hubungan mereka dan tidak sabar ingin 'makan nasi minyak' kedua-dua pelakon itu. Semakin panas orang ramai bergosip mengenai mereka yang dikatakan kononnya ada hubungan istimewa terutama apabila tampil sedondon di malam Festival Filem Malaysia (FFM30).
Dalam pada orang ramai mendoakan agar mereka berjodohan, pasti ada 'bintik hitam' yang melontarkan tohmahan negatif terutama terhadap Mira hingga ada yang menuduhnya seorang perampas. Remy juga dilihat tampil menempelak dakwaan netizen yang mengeluarkan komen negatif terhadapnya dan Mira. Ramai juga pengikutnya yang lain menyebelahi mereka berdua. Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Kita doakan sahaja yang baik buat mereka semua. - CARI
|
limaubali007 replied at 1-4-2019 01:21 PM
Netizen pon agak2 la.. Ya rabbi.. Remy upload banyak gambar kat Instagram dia bukan ngan mira sorang ...
Izaabelle replied at 1-4-2019 01:11 PM
Hurmmmmmm ah kannn sampai tukar style rambut btw rambut kepok tu mcm terserlah kebanglaan wemy
innocent_me replied at 1-4-2019 01:54 PM
sape yang fanatik sekarang ni? kau ke netizen? sama naik je bekap nyeeee..
SerundingDaging replied at 1-4-2019 01:27 PM
choiiiiiii...ex tunang x merempan netizen lak yg merempan..dasar makcik pakcik bawang.Elok lagi makc ...
ADVERTISEMENT