CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ditabur Serbuk Emas, Burger Paling Mahal Di Dunia Ini Berharga RM3700!

2-4-2019 10:28 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3964| Komen: 18|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Burger paling mahal di dunia kini boleh didapati di sebuah restoran di Jepun dengan harga RM3700 sebiji. Menu khas itu direka oleh Patrick Shimada, seorang Chef di Restoran Oak Door yang terletak di d ...
Burger paling mahal di dunia kini boleh didapati di sebuah restoran di Jepun dengan harga RM3700 sebiji. Menu khas itu direka oleh Patrick Shimada, seorang Chef di Restoran Oak Door yang terletak di daerah Roppongi, Tokyo. 


Uniknya, burger itu hanya akan dijual sehingga Jun tahun ini.


Kredit foto: Mirror

Dinamakan Burger Gergasi Keemasan, ia seberat 1 kilogram patty, hirisan daging lembu Wagyu, foie gras (hati itik), cendawan, keju, tomato dan bawang. Saiz rotinya juga mencecah enam inci lebar dan 10 inci tinggi. Selain itu, burger ini juga ditaburkan dengan serbuk emas.

Menurut laman web restoran itu, burger gergasi berkenaan dicipta sempena pertabalan maharaja baru jepun, Putera Mahkota Naruhito. 

"Sempena pertabalan Maharaja baru, Restoran Oak Door menghidangkan menu khas yang boleh didapati dalam dua saiz," kata Chef restoran itu.



Kredit foto: Mirror

Menurut Patrik lagi, beliau bangga menjadi generasi Jepun keempat dalam keluarganya dan berasa bertuah dapat melihat peralihan tampuk pemerintahan tertinggi Jepun yang jarang berlaku.


Kredit foto: Mirror

"Saya mahu menyumbang memori sekali dalam hidup dengan mereka Burger Gergasi Keemasan sebagai satu sambutan untuk meraikannya," tambahnya. 

Burger itu ditaburkan dengan emas sebagai satu bahan tradisi Jepun dalam memberikan penghormatan kepada tetamu.


Kredit foto: Mirror

Sesiapa yang mampu dan ingin mencuba burger berharga RM3700, ini bolehlah berkunjung ke restoran berkenaan. Tetapi diingatkan, anda perlu memesan tiga hari lebih awal. Berbaloi ke? - CARI
1

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Gadismaya

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-4-2019 10:34 AM
Keluar taik busuk jugak nanti. Bukan keluar emas.
Quote Sang_Pencinta 2-4-2019 11:02 AM
Hanya kerana  nak sebiji burger, hangus belanja sebulan
Quote PasuDurian 2-4-2019 01:07 PM
Wow{:iwant
Quote chicozinn 2-4-2019 02:19 PM
cam geli lak tgok gambar burger terbelah tu..darah berjurai2 so xlalu yachh
Quote Suelicious80 3-4-2019 12:00 AM
Susuk emas alaf baru huhu
Quote Meiizu 3-4-2019 04:44 PM
i takminat burger jumbo size...biasanya tak sedap.tengah tak masak..kalau masak pun mcm makan daging takde garing2 cam burger kecik
Quote ailies 3-4-2019 07:58 PM
Kalau ambk gadaikedai pajak boleh??{:spot{:spot
Quote Lelaputra 4-4-2019 08:03 AM
tak berselera nengok darah kat roti tu
Quote jebatmaspunyer 5-4-2019 10:44 AM
asal nak rationalize tahap mahal tu mesti tabur emas.. aku rasa mostly makanan termahal di dunia ni mesti ada tabur2 emas.. pehh.. jadi taik jugak...
Quote Yanz0000 5-4-2019 11:27 PM
Mak aihhh gaji sebulan tk lepas ni
Quote puanbintang 8-4-2019 11:13 AM
mak aiiiii..harga
Quote CikB 20-6-2019 12:12 PM
huhu....x mampooooo
Quote ayuniaa 23-6-2019 01:17 PM
Me mampu tengok sajorkk
Quote azelinaputeri 25-6-2019 12:45 PM
kadang kadang terpikir.. emas ni kalau makan tak merbhaya ke..syg duit aihh..
Quote Daintymerry19 26-6-2019 10:21 PM
Mampu tengok je lahh..
Quote espritvin 27-6-2019 12:08 PM
makan ni terus rasa mcm syurga kot.. hahaa
Quote Lengkong 29-6-2019 01:46 PM
Tengok gambar je la..mahalnya.

Quote dedeq88 9-7-2019 10:10 AM
Wow...mahalnya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057319 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top