CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Sahut Cabaran 24 Jam Di Ikea, 2 Sahabat Dicekup Pengawal Keselamatan

2-4-2019 10:38 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 2982| Komen: 15|Original author: Oleh: intan

Description: Akibat terlalu ingin mengikut trend terkini di media sosial, dua sahabat berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Akibat terlalu ingin mengikut trend terkini di media sosial, dua  sahabat berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 

Menurut World of Buzz, dua pelajar Tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah yang sama itu telah ditangkap pengawal keselamatan pada jam 6.40 pagi. 




Kejadian berlaku di IKEA Batu Kawan yang hanya baru dibuka kira kira sebulan  lalu. Setelah disoal, suspek mengatakan hanya mengikuti cabaran "24 hours without getting caught". 

Cabaran tersebut dikatakan hanya untuk menguji keberanian dan kemahiran mengelak daripada pengawal. Namun, aktiviti menceroboh tersebut telah gagal setelah 'kantoi' dalam rakaman CCTV yang menunjukkan mereka 'bersiar-siar' dalam bilik pameran gudang IKEA tersebut.

Kedua suspek dikatakan tiba di IKEA Batu Kawan pada jam 8 malam dan cuba menyorok dalam almari pameran sebelum ditutup sepenuhnya pada jam 10 malam. Hanya demi sekeping gambar dan video, kedua sahabat ini sanggup melanggar undang-undang malah berdepan hukuman penjara pula.


Menurut sumber, cabaran ini telah dimulakan oleh seorang Youtuber daripada Belgium iaitu Bakuna Fatata dan dipopularkan dengan modus operandi menyorok di pasar raya selama 24 jam tanpa ditangkap pihak berkuasa.



Perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat ini seharusnya dielakkan kerana kecelakaan boleh berlaku tanpa diduga. Jangan ada berita mayat reput di bilik pameran sudah lah selepas ini. Fikir dahulu sebelum buat ya! - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 2-4-2019 11:06 AM
tak memasal ada rekod jenayah
Quote paanz 2-4-2019 11:21 AM
nk famous la tu, sebab tu buat cabaran ni semua.
klu lepas, boleh kasi viral.

nasib xlepas, masuk balai la hehehhe
Quote pokaibanktokyo 2-4-2019 12:06 PM
Tunjuk muka. Tunjuk muka !
Quote Artemesiaa 2-4-2019 12:56 PM
Gigih sangat nak mengikut orang kan dah mendapat
Quote ikanmasin 2-4-2019 02:27 PM
padan muka buat lah lg pasni..
Quote kukukatablog 2-4-2019 05:26 PM
ikea batu kawan ni banyak beno ceritanya pon....
Quote Bantalkuning 2-4-2019 08:05 PM
demi batak viral jd la mcm-mcm hal
Quote nnfaa 2-4-2019 11:36 PM
padan muka... xdak keja la tu
Quote clueless_gamer 3-4-2019 06:21 AM
bdk2 zaman skrg ni berani tak tentu arah pasal nak glamour dlm youtube/instagram etc

bahaya dik oi kot apa2 jadi dlm tu takde org..
Quote makton 3-4-2019 07:27 AM
drpd ko dduk 24jam kat ikea smbil jalan2..
baik ko dduk kat kawasan perkuburan sambil baca yaasin utk arwah.
sambil2 boleh ko beringat2 sikit pada kematian.
Quote mawar_mustika 3-4-2019 09:11 AM
makton replied at 3-4-2019 07:27 AM
drpd ko dduk 24jam kat ikea smbil jalan2..
baik ko dduk kat kawasan perkuburan sambil baca yaasin u ...

bermanfaatlh jugakkn klu duk kt kubur tu kan...ni merasalah challange 24hours in jail
Quote makton 3-4-2019 09:46 AM
mawar_mustika replied at 3-4-2019 09:11 AM
bermanfaatlh jugakkn klu duk kt kubur tu kan...ni merasalah challange 24hours in jail

tu laa.. benda2 tak berpaedah ni laju je rakyat malaysia nak cuba buat.
clean challenge tu pun jauhhhhh lg berpaedah dr 24hrs challenge ni.
tak ramai plak nak ikut buat.
Quote intan_smsb 3-4-2019 09:47 AM
batak ikea
Quote ailies 3-4-2019 07:57 PM
Pasal glamor semua sanggup...
Quote LadyCarefree 1-5-2019 12:24 PM
Baguih biar ramai lg buat dn masuk jail

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.123820 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top