CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Dengan Rakan Sekerja, Cikgu Tadika Racun 23 Orang Murid

2-4-2019 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6663| Komen: 26|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: 23 orang murid tadika menjadi mangsa dan dimasukkan ke hospital gara-gara diracun guru.
23 orang murid tadika menjadi mangsa dan dimasukkan ke hospital gara-gara diracun guru.

Kejadian yang berlaku di China itu berpunca apabila guru tersebut mahu membalas dendam terhadap rakan sekerjanya selepas kedua-duanya bergaduh.


Kredit foto: Daily Mail
Daily Mail melaporkan suspek telah membawa serbuk bahan kimia yang biasanya digunkan sebagai bahan pengawet sebelum mencampurkannya ke dalam bubur yang dihidangkan kepada kanak-kanak tersebut.

Gara-gara itu, kesemua kanak-kanak di tadika tersebut mengalami muntah dan cirit-birit.


Kredit foto: Daily Mail
Difahamkan pihak polis telah menahan suspek tapi identitinya tidak didedahkan.

Segelintir daripada merkea dilihat terbaring tidak sedarkan diri.


Salah seorang bapa mangsa yang dikenali sebagai Li berkata,

"Apabila saya tiba di tadika anak saya sudah pengsan. Kanak-kanak lain kelihatan tidak sihat dan pening kepala."

Seorang lagi bapa tampil memberitahu, "Anak saya kata bubur itu rasa pahit dan masin."

Kebanyakan mangsa sudah pulih namun ada seorang sahaja murid yang masih dalam keadaan kritikal dan terpksa dipindahkan ke hospital lain. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AwanCikDania 2-4-2019 11:05 AM
Gaduh dengan orang lain. Orang lain jadi mangsa. Apoooo.
Quote DeeHanania 2-4-2019 11:41 AM
Bangang,
marah orang lain,
budak2 jadik mangsa
Quote GigaMom 2-4-2019 12:01 PM
Harap keturunan mereka di sini x bawa perangai mengarut ni
Quote Artemesiaa 2-4-2019 12:14 PM
Orang tua yang bergaduh tak pasal2 budak2 pulak yang jadi mangsa.  Elok hukum suruh dia habiskan bubur seperiuk tu.
Quote puteribaya 2-4-2019 12:40 PM
Artemesiaa replied at 2-4-2019 12:14 PM
Orang tua yang bergaduh tak pasal2 budak2 pulak yang jadi mangsa.  Elok hukum suruh dia habiskan bub ...

tersedak aku,,hahah gud sugestion..kasi makan sampai kojol
Quote shanur84 2-4-2019 12:44 PM
Allah... kenapa la pendek sgt akal.. kesian bdk2 x tahu ape
Quote ikanmasin 2-4-2019 02:21 PM
kalau gaduh dgn majikan logik lah nak aniaya majikan tu..
ni gaduh dgn kwn sekeja yg pg racun anak2 yg tak bersalah tu
dah kenapa..mental btl dah lah menyusahkan mak bapa tu..
ddk lah dlm penjara lama2..
Quote sukacactus 2-4-2019 03:31 PM
Apa la salah budak2 sampai jd magsa
Ke dgn budak2 tu pun dia bergaduh skali?
Quote Elle_mujigae 2-4-2019 03:35 PM
Sampainya hati buat budak2 mcm tu...
Kalau stress pergi join gym la,angkat berat ke,lari kat treadmill ke.. psiko betul..
Quote groundfloor 2-4-2019 03:55 PM
Kasihan budak2 yg x bersalah. Hati kelam betul yg meracun tu...
Quote Supersirap 2-4-2019 04:45 PM
Sudah boleh membuat penangkapan
Quote Indahrupawan 2-4-2019 05:34 PM
Kejamnya cikgu
Quote rahiqa 2-4-2019 05:39 PM
xde hati dan perasaan ke ape orang ni. hampeh
Quote clueless_gamer 3-4-2019 06:21 AM
tak dapat tanduk telinga dipulas
Quote keds 3-4-2019 04:17 PM
Mental betul..............
Quote bungalavender19 3-4-2019 04:31 PM
Tak layak jd cikgu.
Quote Campanula 3-4-2019 04:34 PM
takde otak tak tau camana leh jadi cikgu
Quote qeefqiss 3-4-2019 04:43 PM
Apa ke *&()^%% la..Gaduh dgn org lain..Budak2 tue plak jd mangsa..Nasib la kt China
Quote ailies 3-4-2019 07:56 PM
Kesian betul... salah orang lain.. orang lain jadi mangsa..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.596191 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top