Seorang transgender yang berasal dari Bearcelone mengejutkan media sosial apabila memuat naik sebuah video menjijikkan memaparkan dirinya sedang menjilat mangkuk tandas. Transgender itu memuat naik video tersebut di Twitter dengan nama @grimmiest pada minggu lalu. Dalam video tersebut transgender berkenaan kelihatan sedang berada di dalam ruangan tandas sebuah pesawat. Dia kemudiannya membongkok sambal merakam perbuatannya tanpa segan-silu menjilat mangkuk tandas tersebut dengan lahap. Video berdurasi 12 saat itu setakat ini telah mendapat lebih tujuh juta tontonan dan 10,000 komen.
Dalam statusnya, transgender itu menulis 'Saya sudah menjilat banyak mangkuk tandas tapi inilah kali pertama lidah saya terasa kebas' katanya. Beribu komen netizen menunjukkan rasa terkejut dan loya dengan perbuatan transgender tersebut. 'Bayangkan menggunakan tandas selepas dijilat orang ini' katanya. Seorang lagi bertanyakan apakah yang ingin dibuktikan oleh @grimmiest dengan perbuatan itu. 'Nak dapat jangkitan Hepatitis C ke?' soal seorang lagi. Bagaimanapun, Grimiest menjawab bahawa mangkuk tandas itu sebenarnya sudah dibersihkan. 'Tak sangka video ini berjaya membuatkan saya popular hanya dengan menjilat mangkuk tandas' tambah beliau lagi. Nampaknya macam dah tak ada cara lain nak popular sehingga ada yang sanggup membuat perkara menjijikkan hanya untuk mendapat 'likes'. - CARI
|
ADVERTISEMENT