Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam mengumumkan semalam bahawa mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999, perbuatan peniaga dalam talian menggunakan kaedah 'PM tepi' adalah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan.
Mengikut seksyen itu, peniaga yang didapati bersalah akan didenda lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan). Konsep 'PM tepi' adalah satu kesalahan kerana peniaga tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual. Beliau mengulas serbuan ke atas sebuah kilang perabot di Seri Kembangan yang beroperasi dalam talian kerana mengamalkan konsep 'PM tepi'. Pengarah syarikat itu dikatakan bakal dikenakan tindakan tegas. Kenyataan beliau itu disambut secara positif oleh ramai netizen. 'Sokong sangat, kepada yang berniaga tu tolonglah tulis harga. Ini tulis detail pun melerat kena PM, lepas tu suruh wassap' kata seorang pengadu. 'Apa salahnya letak harga? Nak beli pun senang'' kata seorang lagi netizen. Walau bagaimanapun, seorang netizen menerangkan bahawa konsep 'PM tepi' diamalkan oleh ramai peniaga online sepertinya kerana apabila seorang bakal pelanggan memberikan respon 'PM' pada satu posting, status itu secara automatik akan dilihat oleh kawan-kawannya dan orang ramai. 'Dengan ini perniagaan online akan tersebar lebih meluas. 'Boleh je letak harga terus tapi FB ni kejam, hanya orang meniaga yang tahu betapa kejamnya FB ni,' terangnya. Bagaimanapun, tindakan ini adalah satu kesalahan dan sudah sampai masanya pihak berkuasa menguatkuasakan Akta Pengguna 1999 ini untuk menjaga hak pembeli supaya tidak lagi tertipu. Apa pendapat anda? - CARI
|
6
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Walau bagaimanapun, seorang netizen menerangkan bahawa konsep 'PM tepi' diamalkan oleh ramai peniaga online sepertinya kerana apabila seorang bakal pelanggan memberikan respon 'PM' pada satu posting, status itu secara automatik akan dilihat oleh kawan-kawannya dan orang ramai.
'Dengan ini perniagaan online akan tersebar lebih meluas.
'Boleh je letak harga terus tapi FB ni kejam, hanya orang meniaga yang tahu betapa kejamnya FB ni,' terangnya.
chinta89 replied at 14-3-2019 12:18 PM
x pyh nk kejam2kan org sgt. org kalau nk beli, org beli jugak. kalas status kau dilihat sega ...
Miss.Rara replied at 14-3-2019 12:23 PM
jangan lerr pm tepi dah...
cer pm tengah ker... pm ke kanan sket kerr...
ADVERTISEMENT