View: 8737|Reply: 45
|
'Boleh Didenda RM100,000? FB Ni Kejam, Ada Sebab Kenapa Peniaga Suruh PM Tepi' -
[Copy link]
|
|
Ketua Pegawai Penguat Kuasa (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam mengumumkan semalam bahawa mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999, perbuatan peniaga dalam talian menggunakan kaedah 'PM tepi' adalah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan.
Kredit foto: Berita Harian
Mengikut seksyen itu, peniaga yang didapati bersalah akan didenda lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan).
Konsep 'PM tepi' adalah satu kesalahan kerana peniaga tidak mempamerkan maklumat yang sepatutnya seperti harga serta spesifikasi barangan yang dijual.
Kredit foto: The Skop
Beliau mengulas serbuan ke atas sebuah kilang perabot di Seri Kembangan yang beroperasi dalam talian kerana mengamalkan konsep 'PM tepi'. Pengarah syarikat itu dikatakan bakal dikenakan tindakan tegas.
Kenyataan beliau itu disambut secara positif oleh ramai netizen.
Kredit foto: Facebook
'Sokong sangat, kepada yang berniaga tu tolonglah tulis harga. Ini tulis detail pun melerat kena PM, lepas tu suruh wassap' kata seorang pengadu.
'Apa salahnya letak harga? Nak beli pun senang'' kata seorang lagi netizen.
Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, seorang netizen menerangkan bahawa konsep 'PM tepi' diamalkan oleh ramai peniaga online sepertinya kerana apabila seorang bakal pelanggan memberikan respon 'PM' pada satu posting, status itu secara automatik akan dilihat oleh kawan-kawannya dan orang ramai.
'Dengan ini perniagaan online akan tersebar lebih meluas.
'Boleh je letak harga terus tapi FB ni kejam, hanya orang meniaga yang tahu betapa kejamnya FB ni,' terangnya.
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, tindakan ini adalah satu kesalahan dan sudah sampai masanya pihak berkuasa menguatkuasakan Akta Pengguna 1999 ini untuk menjaga hak pembeli supaya tidak lagi tertipu. Apa pendapat anda? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sorry Admin, saya rasa lebih sesuai thread ni di isu semasa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Meols lak akan terus boikot IG & FB yg x letak harga. Benci la nak kena pm bagai. Kadang2 customer ni setakat nak survey harga je. Kang bila dah pm konpem seller akan expect org tu nak beli. Seller yg x letak harga ni mmg elok diambil tindakan je.
Papehal skang meols lg suka beli kt Shopee. Harga brg pun da tentu ada & leh dpt coin & kdg2 free shipping. Beli kt IG & FB pun kalau kt Shopee xde brg yg meols nak.
Seller semua ni kena ingat yg rezeki tu dari tuhan. Undang2 yg ada pun kena la ikut. Dah suruh letak harga pun masih degil. Helok la melingkup je |
|
|
|
|
|
|
|
Seller degil
PM tepi tu kadang2 digunakan untuk survey harga je
Kalau banyak berminat, dia akan naikkan lagi harga |
|
|
|
|
|
|
|
alah...kadang2 buyer pon ade yang bodo..
dah terang2 ade letak harga pon boleh request PM.. |
|
|
|
|
|
|
|
i kalau tengok barang then harga kena pm, memang i tak beli dah..
cari je seller barang sama yang pamer harga terus..
senang nak deal tak payah tanya harga lagi dah..
kalau banyak seller barang yang sama pun biasa i akan pilih seller yang harga tengah-tengah..
so no such thing takut seller lain jual lagi murah ke apa..
melainkan memang ko jual harga yahudi..
pada i fair la online seller kena pamer harga sedangkan pasar ikan sayur pun kena pamer harga.. |
|
|
|
|
|
|
|
I sokonggggg.. Tak cukup dgn pm tepi, kengkadang skrg ni diorng pndi contact tru fb messenger.. Promote pjg lebar ujung2 rege pun x letak..
Xyah la ckp marketing strategy bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang tu bila kita PM tanya harga, seller macam dah confirm kita nak beli.
Padahal kita PM tu sebab dia tak letak harga. So kita survey harga dulu.
Esok lusa di PM nya lagi kita nak ingatkan kita suruh beli |
|
|
|
|
|
|
|
Nk iklan tapi x mo bayar. |
|
|
|
|
|
|
|
no more pm2 tepi ye |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pon kena denda... dah nk berniaga buat la cara nk berniaga ,letak price dulu kan senang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau bagaimanapun, seorang netizen menerangkan bahawa konsep 'PM tepi' diamalkan oleh ramai peniaga online sepertinya kerana apabila seorang bakal pelanggan memberikan respon 'PM' pada satu posting, status itu secara automatik akan dilihat oleh kawan-kawannya dan orang ramai.
'Dengan ini perniagaan online akan tersebar lebih meluas.
'Boleh je letak harga terus tapi FB ni kejam, hanya orang meniaga yang tahu betapa kejamnya FB ni,' terangnya.
x pyh nk kejam2kan org sgt. org kalau nk beli, org beli jugak. kalas status kau dilihat segala rakyat marhaen tp sekadar status tu up TAPI org x beli, celah mana gak ko nk untung??? |
|
|
|
|
|
|
|
dlm ramai2 netijen diatas, ada gak mangkuk sanggap kata pegawai no 2 tu encem. Tasteless sgh |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 14-3-2019 12:18 PM
x pyh nk kejam2kan org sgt. org kalau nk beli, org beli jugak. kalas status kau dilihat sega ...
Fb dah sedia platform utk beriklan.. Guna fb ads dia
Ni set2 kedekut zero cost marketing.. Suh org komen ramai2 dgn harapan tersebar kpd org lain
Nk kena saman salahkn pihak berkuasa plak |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang iols ada jugak tanya harga
Pastu dia ke messenger..nak neramah mesra plak...tanya.nama lokasi di mana
Choi..letak je harga
Ada customer.mmg nak beli terus..x kosser nak beramah mesra bagai ni...
Contohnya iols...
Hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak...i klu tgk yg kene pm ni mmg xjd nk bli lh...yg berminat pun jd xberminat |
|
|
|
|
|
|
|
ok la kalau betul fb kejam sebab x boleh market dengan meluas barang tu...yang seller ni lepas org dah pm ko suruh whatsapp, pastu dah whatsapp ko soal siasat bakal pembeli ko tu, post testimony bagai berderet2...sampai bakal pembeli terpaksa bertanya berkali2 harga tu sebab apa pula? cukup menyampah org mcm ni... mmg aku block je la no and page fb ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
Circa 2014 - 2015 tu mmg meouls rajin la nak PM2 seller tapi menyampah la bila seller ingat kita nak beli terus. padahal kita nak survey je. pastu dok tanya macam2 dah umpama nak interview kerja. koser
Sekarang apa2 hal survey di shopee je. setakat ni baru sekali je seller hantar barang yang salah tapi dia ganti barang lain. kadang2 dapat free gift. yang best dapat coin. official store & authorized seller pon banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru nak letak punchline ni ko dah sambau dulu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|