CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Keluarga Budak Tertusuk Pisau, Daif Dan Tak Selamat Didiami

18-2-2019 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13719| Komen: 137|Original author: Oleh: Myra Rozi

Rumah yang didiami kanak-kanak yanng maut akibat tertusuk pisau sangat pilu dan menyedihkan.

Rumah arwah Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang terletak di Parit Telok Pial Baroh, Kuala Kurau di Parit Buntar sangat uzur dan tidak selamat didiami.


Foto: Forum Cari
Keadaan tersebut disaksikan oleh wartawan Harian Metro ketika mengikuti Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari yang hadir menziarah ke sana.

Menurut sumber, rumah itu didiami lapan beranak, termasuk mangsa dan neneknya yang berusia 86 tahun.

Foto: Forum Cari

Abdul Yunus berkata, “Saya turut melahirkan rasa simpati pada keluarga ini atas kejadian yang menimpa anak keempat mereka.

“Hasil kunjungan tadi, amat mengejutkan kerana keadaan rumah mereka yang uzur dan tidak selamat diduduki.

“Dengan keadaan sedemikian sudah pasti keluarga ini layak dibantu dan saya sendiri akan usahakan bantuan sewajarnya terhadap keluarga ini."

Foto: Forum Cari
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah Kerian bagi membolehkan keluarga berkenaan memiliki rumah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Bagan Tiang, Tanjung Piandang yang dalam proses pembinaan.

“Sekiranya keluarga masih mahu mendiami kediaman ini, saya akan usahakan bantuan yang wajar seperti baik pulih lantai, dinding dan bumbung yang usang dan membahayakan keluarga ini.

“Dalam masa sama saya akan memastikan pihak berkaitan ambil perhatian dalam membantu keluarga ini dari pelbagai sudut." -CARI

5

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 18-2-2019 09:02 AM
Mangsa dikatakan berlari di dapur rumah untuk meminta neneknya membuatkan susu, namun terpijak pinggan plastik yang ada pisau di atas lantai sebelum terjatuh dan tertusuk di bahagian kiri perut.




Ya Allah. ...kesian sgt dan kesian sangat tengok kehidupan family ni....bahayanya lantai berlubang. ...
Quote nuralisa 18-2-2019 09:02 AM
allah ... daif nya... ada hikmah jugak di atas kejadian  ni...
Quote shi_jewel 18-2-2019 09:06 AM
terjadinya sesuatu kejadian, mempunyai hikmah tersendiri..

tenanglah di sana.
Quote sinalegna 18-2-2019 09:06 AM
Selamat la arwah terus, kalo meolls rumah ghoper gini pon bleh stress dek
Quote FanTasyCreaTioN 18-2-2019 09:07 AM
namun terpijak pinggan plastik yang ada pisau di atas lantai
tak kira la .. daif mana pun atau berduit camna pun .. bahaya la bila letak benda tajam sembarangan gtu

Quote ezacbee 18-2-2019 09:07 AM
noor2 replied at 18-2-2019 09:02 AM
Mangsa dikatakan berlari di dapur rumah untuk meminta neneknya membuatkan susu, namun terpijak pingg ...

Tu sebab terjatuh kot banyak lubang.
Quote noor2 18-2-2019 09:11 AM
FanTasyCreaTioN replied at 18-2-2019 09:07 AM
tak kira la .. daif mana pun atau berduit camna pun .. bahaya la bila letak benda tajam sembarangan  ...

Ya..itu yg akak fikir. ....lantai berlubang tu boleh ambil buluh tebang untuk tutup dari bahaya anak terjatuh ....demi keselamatan anak sanggup buat apa saja. ..
Quote Burong_Hantuk 18-2-2019 09:12 AM

Quote FanTasyCreaTioN 18-2-2019 09:19 AM
noor2 replied at 18-2-2019 09:11 AM
Ya..itu yg akak fikir. ....lantai berlubang tu boleh ambil buluh tebang untuk tutup dari bahaya an ...
banyak ikhtiar boleh buat sebenar nya ..
antara nak dengan tak nak jer kak
dengan anak anak yang masih kecik kecik camtu .. tak kan la tak terfikir bahaya nya lantai berlubang lubang tu
ni bukan pasal daif ke apa
ni soal keselamatan bebudak tu .. bukan tau apa .. nak berlari ke sana sini jer tau nya


lagi lagi kalau perati betul betul gambar tu ..
banyak jer kayu kat bawah rumah tu


Quote rospinki 18-2-2019 09:19 AM
hmmm..nasib org.

kesian kt anak kecik tu..selamni dia lari jugak pisau tu memang dah biasa diletak merata2..diorg tk peduli pun nyawa anak ni..cuma semalam nasib tak baik..dah ajal..pisau tu memang dh disediakan utk membunuh anak kecil tu.

patutnya mereka gembira sebab umpan dh mengena.
Quote Burong_Hantuk 18-2-2019 09:22 AM







Quote noor2 18-2-2019 09:24 AM
FanTasyCreaTioN replied at 18-2-2019 09:19 AM
banyak ikhtiar boleh buat sebenar nya ..
antara nak dengan tak nak jer kak
dengan anak anak yang  ...

FC sama dengan akak...siap zoom kayu bawah rumah tu......
Quote noor2 18-2-2019 09:26 AM
FanTasyCreaTioN replied at 18-2-2019 09:19 AM
banyak ikhtiar boleh buat sebenar nya ..
antara nak dengan tak nak jer kak
dengan anak anak yang  ...

Maknya sebaya FC..X. ...umur 27.....ke akak silap....
Quote supermum 18-2-2019 09:27 AM
Aku selalu wonder kenapa org miskin beranak banyak? Dalam keadaan kehidupan mcm tu, tak fair nak bawak anak2 kecik ke dunia. Contraceptives free je pun kat KK. Paling-paling pun bayar RM1.
Quote Malaysia.Doom 18-2-2019 09:28 AM
MELAYU punya rumah
Quote juruterra 18-2-2019 09:30 AM
sedihnya…. kalua pisau atas lantai rumah mcm mana pun bole tertusuk perut kalua bdk jatuh. Hati2 lah...sesal kemudian x berguna & semoga keluarga ni dibantu
Quote FanTasyCreaTioN 18-2-2019 09:33 AM
noor2 replied at 18-2-2019 09:26 AM
Maknya sebaya FC..X. ...umur 27.....ke akak silap....
ha`ah .. sebaya kalau mak nya 27 tahun ni
"Dia terus lari ke arah neneknya yang ada berhampiran untuk minta buatkan susu, malangnya ketika berlari dia terpijak pinggan plastik yang ada pisau dan terjatuh atas lantai," kata Hana Mazlan, 27, ibu kepada Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang maut akibat tertusuk pisau, hari ini.
ni FC dapat dari Thread @Remyda  

27 .. dah ada anak 5 orang .. erm .. betul ke?
sebab FC baca dari Thread ni ..
Rumah didiami lapan beranak, termasuk arwah Nur Qaisara Medina dan neneknya yang berusia 86 tahun bukan saja sangat uzur, malah ia tidak selamat didiami.
tolak nenek dan pasangan suami isteri tu .. kira semua nya 5 anak anak la kan



Quote NazRysha 18-2-2019 09:34 AM

kemahin lagi pakai inner duchess bagai
rumah tonggang langgang
Quote FanTasyCreaTioN 18-2-2019 09:37 AM
Untuk yang PM FC jawab kat sini jer lah yer

Mengapa tak Merge jer 2 thread yang hampir sama ni ..?
dah tak ada fungsi Merge

nak tutup salah satu ..thread thread ni membawa berita yang berbeza

ni Thread asal kejadian
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1147213&extra=page%3D1

Thread ni pula untuk bantuan susulan




Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.395783 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top