CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hotel Futuristik Terpaksa Pecat Pekerja Robot Kerana Menganggu Pelanggan

17-1-2019 10:34 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3683| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Hotel futuristik pertama di dunia terpaksa membuang separuh daripada pekerja robotnya kerana gagal melakukan tugasan dengan cekap seperti manusia. 

Hotel Henn-na di Jepun yang juga dikenali dengan nama Strange Hotel mendapati tingkah-laku robot-robot itu menganggu pelanggan mereka selain selalu mengalami kerosakan teknikal.


Kredit foto: Mirror

Pelanggan yang menginap berkata, robot di situ kerap menganggu sesiapa yang tidur berdengkur kerena menyangka dengkuran adalah satu bentuk arahan. Pekerja robot di kaunter juga gagal menjawab soalan mudah. 

Natijahnya, kakitangan terpaksa bekerja lebih masa untuk membaiki robot yang rosak.



Kredit foto: Mirror

Seorang kakitangan berkata, pekerjaan mereka menjadi lebih mudah selepas robot-robot itu dipecat kerana pelanggan kurang membuat aduan. Hotel Strange yang dibangunkan pada tahun 2015 mencatat Guinness Book of World Records sebagai hotel robot pertama di dunia.

Dimulakan dengan 80 robot, bilangannya bertambah tiga kali ganda beberapa tahun kemudian. Masalah mula muncul apabila robot yang diminta menari gagal berbuat demikian. 

Pelanggan juga geram dengan robot bantuan bernama Churi yang hanya mampu menjawab soalan dan kerja mudah, jauh ketinggalan berbanding robot Apple, Siri atau robot Amazon, Alexa.


Kredit foto: Mirror

Tidak cukup dengan itu, robot yang bertugas mendaftarkan tetamu juga digantikan kerana tidak mampu menempah tiket kapal terbang atau menyusun jadual. Malah, pekerja terpaksa membantu robot untuk tugasan semudah membuat fotokopi dokumen pelanggan.


Kredit foto: Mirror

Pengurus hotel Takeyoshi Oe berkata, usia hayat robot mereka adalah empat tahun dan mereka tidak digantikan dengan robot baru kerana kosnya sangat mahal. Jadi, mereka terpaksa menggantikannya dengan manusia. Ini termasuklah robot pengangkat barangan yang hanya mempu bekerja di atas permukaan rata. 

Nampaknya, nasib robot pada masa hadapan tidak secerah seperti yang diramalkan pakar teknologi terutamanya yang melibatkan perkhidmatan kerana mereka belum dapat menyaingi kecekapan manusia. - CARI
9

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Elanarose

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 17-1-2019 10:47 AM
I nak robot tall dark n hensem seorang ada x
Nak g Osaka bulan empat ni
Quote Kurex 17-1-2019 10:48 AM
Tak kesampaian impian para etis..
Quote Sang_Pencinta 17-1-2019 11:00 AM
Kalau silap2 ada litar pintas dan robot mencekik kita tengah malam???
Quote sapeka 17-1-2019 11:45 AM
robot2 ni dah join persatuan pekerja ke belum?
Quote Artemesiaa 17-1-2019 11:47 AM
Service industry macam ni tak sesuai kalau guna khidmat robot sepenuhnya
Quote Levespa 17-1-2019 12:24 PM
kena upgrade lagi ni.. cuba lagi ya
Quote chicozinn 17-1-2019 12:34 PM
tu menunjukkan manusia ni diciptakan sempurna oleh Sang Pencipta..yang kita sebagai manusia nak melebih2 gantikan robot buatan manusia dengan manusia yang dicipta oleh Allah dah kenapa?
Quote Mleeen82 17-1-2019 01:12 PM
Quote manjalara_01 17-1-2019 03:10 PM
Levespa replied at 17-1-2019 12:24 PM
kena upgrade lagi ni.. cuba lagi ya

ok la tu...Ingatkan robot tu sexual haras pelanggan td

tp mcm ade potensi jadi episode baru Black Mirror kan? versi komedi kot..robot miang ahaha..
Quote palmolive 17-1-2019 04:10 PM
pandai pakai tapi malas menten payah gak
Quote Xim 15-7-2019 10:44 AM
alhamdulillah . smg tmpt aku ni pn robot x leh hrp la . ade jugak pluang pkerjaan . mengarut semua benda robot nk wat abes manusia biar bg pupus ke

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.064072 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top