Seorang pemandu klinik dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan menumbuk penyelianya. Memetik Berita Harian, Mohd Khairul Ahman Mohammad, 42, melakukan kesalahan itu selepas berang permohonan cutinya tidak diluluskan.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengetepikan hukuman dibuat Mahkamah Majistret Besut terhadap tertuduh yang berasal dari Jertih pada 13 September 2017. Terdahulu, tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin mengikut Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah. Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun, menganggap hukuman dikenakan tidak memadai, lalu memohon hukuman terhadap tertuduh disemak semula.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Khairul didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Penolong Pegawai Kesihatan Mohd Hushairi Mokhtar, 43, dengan sengaja di Pejabat Kesihatan Besut, Bangunan Wisma Persekutuan, Kampung Raja, Besut, jam 2.32 petang pada 15 Ogos 2016. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI
|
31
Bagus |
18
Marah |
24
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 17-10-2018 05:09 PM
Ni dlm Isele apoo hukumannya ??? Sebat di khalayak ka penumbok di khalayak ka atau gi mana??
ADVERTISEMENT