CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selain Rumput, Lembu Ini Juga Gemar Makan Biskut, Roti Canai & Minum Kopi O

18-10-2018 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4774| Komen: 37

Description: Kebiasaan makanan lembu adalah rumput, namun bagi seekor lembu betina bernama ‘Tam’ di Kampung Batu 14, Pokok Sena di Alor Setar, makanan kegemarannya adalah biskut dan minum kopi O.
Kebiasaan makanan lembu adalah rumput, namun bagi seekor lembu betina bernama ‘Tam’ di Kampung Batu 14, Pokok Sena di Alor Setar, makanan kegemarannya adalah biskut dan minum kopi O.


Kredit foto:carian internet

Memetik laporan Sinar Harian, pemilik lembu terbabit, Abdul Mutalib Chin memaklumkan Tam yang berusia 30 bulan akan ke halaman rumahnya untuk menikmati hidangan berkenaan sejak setahun lalu.

"Selain biskut dan kopi O, Tam juga menyukai roti canai dan diberikan makanan itu sebanyak dua atau tiga kali seminggu."

"Sebelah pagi dia akan makan rumput seperti biasa di laman rumah dan pada sebelah petang Tam akan panggil kami di depan ruang tamu luar. Memang kami tahu dia mahu biskut dan air kopi." 



Kredit foto: carian internet

Abdul Mutalib berkata, lembu betina kacukan tempatan dan Bengali itu tidak pernah ditambat olehnya sejak lahir lagi.

Jelasnya, biarpun berat Tam kini dianggarkan 150 kilogram namun haiwan tersebut tidak agresif dan akan segera datang kepadanya apabila dipanggil.

"Tam lembu yang paling manja dan penuh kasih sayang pernah saya bela malah dia juga menyukai kanak-kanak apabila mahu bermain dengannya. Tapi yang lucunya walaupun berbadan besar, dia takut dengan seekor kucing belaan kami di rumah ini," katanya.

Bekas pesara tentera itu berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjual lembunya itu kerana telah menganggapnya seperti ahli keluarganya sendiri.

Menurutnya, sebanyak 30 ekor lembu dibelanya setakat ini.- CARI
17

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Laracinta 17-10-2018 10:26 AM
Comelnya Tam
Quote kikuri 17-10-2018 10:30 AM
tayah baca isi dah... baca tajuk pun dah cukup... comey tam... kalo manja gini aku pun tak sanggup nak sembelih...
Quote kemaruk 17-10-2018 10:32 AM
Comelnye cik tam
Quote shernazz 17-10-2018 10:39 AM
Owner dia cm hamid gurkha..
Senyum sengih sket pakcik
Quote oak.balustrade 17-10-2018 10:44 AM
Cute nya cik tam takut kucing
Quote minguk 17-10-2018 10:50 AM
pandai tam drama buat2 manja, raya haji tam selamat lah...
Quote manehnya 17-10-2018 10:52 AM
aku pun x sampai hati nengok huhu
Quote Burong_Hantuk 17-10-2018 10:59 AM
kan elok jikalao di panggil cik moo @ cik lembu?
Quote sarahmirza 17-10-2018 10:59 AM
Bestnya ada pet lembu.
Anak i dah lama nak pet puppy tapi i bagi dia kucing aje.
Quote DollahRepek 17-10-2018 11:01 AM
kerlas ko tam nk hi tea yg sedap2
Quote bottombikini 17-10-2018 11:07 AM
mana pic kucing yang ditakuti tersebut?

Quote Vokuro 17-10-2018 11:09 AM
Semoga beliau di cucuri rahmat
Quote FanTasyCreaTioN 17-10-2018 11:12 AM
caya lah Cik Tam

Cik Tam mendunia .. masuk C.I

Quote matchstick 17-10-2018 02:06 PM
comel je part takut kucing tu..mesti kucing pikir apa ke bodoh sangat lembu ni
Quote myakayina 17-10-2018 02:08 PM
dipanggil Tam sebab kaler dia tu rasanya..klu putih..panggil Tih pulak..
minum kopi O ko ye Tam..
Quote namirulmukminin 17-10-2018 02:33 PM
KEBIASAAN makanan lembu adalah rumput atau dedak, namun bagi seekor lembu betina bernama 'Tam' di Kampung Batu 14, Pokok Sena, ia gemar memakan biskut, roti canai dan minum kopi O.
Lani geng MahaDedak plak yg gigih duk menagih dedak dgn kencing Tok Det... Wakakakakakka..
Quote fushimi 17-10-2018 02:38 PM
ohhh tam makanan itew semua akan mengemukan chuols tau

please stop ok

minum kopi tanpa gula ok

uols makanan daun daunan  sudah untuk tampil jelita pada raya korban

Quote ana_una 17-10-2018 02:44 PM
Amboiii kemain lg high maintenance ye cik tam..
Quote paz 17-10-2018 03:11 PM
Alamak article ni buat Paz baca tersenyum-senyum. Cute lah perangai Tam ni.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.179304 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top