View: 1691|Reply: 10
|
[Tempatan]
Dijel 8 bulan kerana tumbuk penyelia tak luluskan cuti
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU - Padah menumbuk penyelianya hanya kerana tidak berpuas hati permohonan cuti tidak diluluskan, seorang pemandu klinik kesihatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
Hukuman itu diputuskan Hakim, Datuk Zainal Azman Ab Aziz sekali gus mengetepikan hukuman Mahkamah Majistret Besut terhadap tertuduh, Mohd Khairul Ahman Mohammad, 42 dari Jertih, Besut pada 13 September 2017.
Sebelum ini, tertuduh yang didapati bersalah dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 mengikut Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya memohon semakan semula hukuman terhadap tertuduh kerana menganggap hukuman dikenakan sebelum ini tidak memadai.
Terdahulu, Zainal Azman dalam penghakimannya berharap kes berkenaan menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat luar supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya tidak berpuas hati dengan pihak atasan dan seharusnya menggunakan saluran yang ada.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Penolong Pegawai Kesihatan, Mohd Hushairi Mokhtar, 43, di Pejabat Kesihatan Besut, Bangunan Wisma Persekutuan, Besut, jam 2.32 petang pada 15 Ogos 2016.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Yusof Majid.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sek penyung bestari gakkk |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dlm Isele apoo hukumannya ??? Sebat di khalayak ka penumbok di khalayak ka atau gi mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh je kalu undang2 Islam nak ikut hukuman jel camtu..kan jatuh bawah 3rd level of crime that is not specifically mentioned under the Quran and Hadis (Takzir) yang mana keputusan akan ditentukan oleh Hakim..yang sebat sebab LGBT ke zina ke memang benda tu sah2 kne hukum Hudud sebab jenis2 jenayah yg dimurkai Allah n termaktub dalam Quran & Hadis..ingat senang2 ke nak sebat orang xpasal2 ni?huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
tan sri rahim noor tumbuk anwar dulu kena penjara 2 bulan jer kann.... ini tak adil ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dah lama simpan geram ni..sekali nahhhh ambil kau sedddasss |
|
|
|
|
|
|
|
Bazir masa 8bln...xde hukuman lain r yg lebih munasabah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada hal penting kot nak cuti tu, kalau dah sampai tumbuk camtu |
|
|
|
|
|
|
|
ingat boleh senang lenang dah dapat bon kelakuan baik
sekali dpp appeal
ambik ko 8 bulan
ringan tangan la lagi tumbuk2 orang |
|
|
|
|
|
|
| |
|