Anak kecil memang tidak memahami tindakan mereka dan sering kali mengulangi perbuatan sama biarpun telah dimarahi. Memang mengharukan apa yang menimpa pasangan muda ini apabila anak mereka selamba menghancurkan wang kertas yang disimpan lebih setahun bernilai lebih RM4,000! Leo Belnap, 2, sering membantu ibunya, Jackee mengemas dan membuang surat yang tidak dibuka. Jadi, apabila Leo melihat timbunan wang hijau di dalam sampul di sebelah mesin pencincang kertas, dia mungkin menganggap dia tahu apa yang perlu dilakukan. Jackee dan bapa Leo, Ben Belnap telah mengumpulkan wang berkenaan untuk membayar balik wang dipinjam daripada ibu bapa Ben bagi pembelian tiket menonton perlawanan bola sepak Universiti Utah. Mereka akhirnya berjaya mencapai jumlah wang itu pada minggu lalu, tetapi terkejut apabila mendapati sampul yang mengandungi wang itu kosong. Lalu, Ben mencari di sekitar rumah dan bekas sampah sebelum terkejut apabila isterinya menjerit bahawa dia telah menemui wang itu. “Dia memegang mesin pencincang dan berkata, 'saya fikir wang itu ada di sini'," cerita Ben kepada Metro UK. Jackee mengakui hatinya bagaikan disiat-siat sama keadaannya dengan wang yang telah dicincang anaknya itu. Ben berkongsi foto Leo yang tersengih malu berserta wang tunai yang dicincang menerusi akaun Twitter miliknya selepas kejadian. Dia cuba sedaya upaya melihat sisi positif peristiwa berkenaan dan berharap ia menjadi kenangan melucukan. “Secara jujur dalam hati saya, saya berkata suatu hari nanti ini pasti akan diingati sebagai momen melucukan keluarga kami,” katanya. Bagaimanapun, pasangan itu mungkin boleh mendapatkan sebahagian atau semua wang mereka kembali kerana Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat membenarkan penghantaran wang yang telah rosak dan mendapat pemulangan semula wang berkenaan. Walaupun prosedur ini mungkin memakan masa selama tiga tahun, tetapi ianya berbaloi. - CARI
|
33
Bagus |
48
Marah |
28
Terkejut |
43
Sedih |
26
Lawak |
43
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bagaimanapun, pasangan itu mungkin boleh mendapatkan sebahagian atau semua wang mereka kembali kerana Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat membenarkan penghantaran wang yang telah rosak dan mendapat pemulangan semula wang berkenaan.
faraway1 replied at 8-10-2018 07:31 PM
kau lepas ni leo sebut nak beli mainan...
ingat ajelah adengan duit duit tu semua..
want2bhappy replied at 9-10-2018 08:35 AM
Anak iol pernaqh hilangkan 200 duit untuk bayar van.. dah la duit bapak dia pulun buat uber..... r ...
Wakefield replied at 9-10-2018 09:06 AM
Something similar happened bertahun-tahun dulu tapi I still ingat sampai sekarang.
Adik I ter ...
Wakefield replied at 9-10-2018 09:06 AM
Something similar happened bertahun-tahun dulu tapi I still ingat sampai sekarang.
Adik I ter ...
want2bhappy replied at 9-10-2018 10:59 AM
sebelum bapak dia jadi naga.. i jadi naga dulu.... 200 may be bukan banyak kat orang lain.. tapi ...
haryatie replied at 10-10-2018 01:16 AM
syg nya duit..
aku yg hidup cukup2 makan ni mau jd raksaksa sekejap kut..
tp xde lah nak simp ...
want2bhappy replied at 8-10-2018 07:35 PM
Anak iol pernaqh hilangkan 200 duit untuk bayar van.. dah la duit bapak dia pulun buat uber..... r ...
ADVERTISEMENT