Anak kecil memang tidak memahami tindakan mereka dan sering kali mengulangi perbuatan sama biarpun telah dimarahi.
Memang mengharukan apa yang menimpa pasangan muda ini apabila anak mereka selamba menghancurkan wang kertas yang disimpan lebih setahun bernilai lebih RM4,000!
Leo Belnap, 2, sering membantu ibunya, Jackee mengemas dan membuang surat yang tidak dibuka.
Jadi, apabila Leo melihat timbunan wang hijau di dalam sampul di sebelah mesin pencincang kertas, dia mungkin menganggap dia tahu apa yang perlu dilakukan.
Foto: Mirror UK
Jackee dan bapa Leo, Ben Belnap telah mengumpulkan wang berkenaan untuk membayar balik wang dipinjam daripada ibu bapa Ben bagi pembelian tiket menonton perlawanan bola sepak Universiti Utah.
Mereka akhirnya berjaya mencapai jumlah wang itu pada minggu lalu, tetapi terkejut apabila mendapati sampul yang mengandungi wang itu kosong.
Foto: Mirror UK
Lalu, Ben mencari di sekitar rumah dan bekas sampah sebelum terkejut apabila isterinya menjerit bahawa dia telah menemui wang itu.
“Dia memegang mesin pencincang dan berkata, 'saya fikir wang itu ada di sini'," cerita Ben kepada Metro UK.
Jackee mengakui hatinya bagaikan disiat-siat sama keadaannya dengan wang yang telah dicincang anaknya itu.
Foto: Mirror UK
Ben berkongsi foto Leo yang tersengih malu berserta wang tunai yang dicincang menerusi akaun Twitter miliknya selepas kejadian.
Dia cuba sedaya upaya melihat sisi positif peristiwa berkenaan dan berharap ia menjadi kenangan melucukan.
“Secara jujur dalam hati saya, saya berkata suatu hari nanti ini pasti akan diingati sebagai momen melucukan keluarga kami,” katanya.
Bagaimanapun, pasangan itu mungkin boleh mendapatkan sebahagian atau semua wang mereka kembali kerana Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat membenarkan penghantaran wang yang telah rosak dan mendapat pemulangan semula wang berkenaan.
Walaupun prosedur ini mungkin memakan masa selama tiga tahun, tetapi ianya berbaloi. - CARI
Bagaimanapun, pasangan itu mungkin boleh mendapatkan sebahagian atau semua wang mereka kembali kerana Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat membenarkan penghantaran wang yang telah rosak dan mendapat pemulangan semula wang berkenaan.
sedangkan duit yg selamat dimakan lembu pun boleh di reimburse, apatah lg duit yg dihiris2 halus sebegini
Kalau kat Malaysia dah mati budak tu. Jgn buat main, ibu bapa kat malaysia tegas dan berdisiplin. Anak anak nak keluar malam pun tak boleh kat Malaysia.
Anak iol pernaqh hilangkan 200 duit untuk bayar van.. dah la duit bapak dia pulun buat uber..... robek hati ku guna duit tu ganti.... depa ni tak faham lagi mcm mana susahnya nak dapat duit.. huhuhuhu lepas tu dia buat perangai i just " remember .... bla bla " takut la tu iol adu kat bapak dia...
Post time 9-10-2018 09:06 AMFrom the mobile phone|Show all posts
want2bhappy replied at 9-10-2018 08:35 AM
Anak iol pernaqh hilangkan 200 duit untuk bayar van.. dah la duit bapak dia pulun buat uber..... r ...
Something similar happened bertahun-tahun dulu tapi I still ingat sampai sekarang.
Adik I tercicir wallet right after my mum bagi rmX00 utk duit asrama (later on the same day wallet jumpa but duit xda dah). Punya takut my mum marah, dia just bgtau I n warning not to tell. But knowing my mum ni jenis sabar susah marah n sangat positif, I bgtau senyap-senyap. Surprisingly mum elok je bg rmX00 balik x cakap banyak, bebel pun x. Later on, adik I tanya my mum x marah ke.... My mum jawab kenapa nak marah, mungkin ada duit gaji yang x berkat Allah tarik dengan cara macam ni. Allah nak jaga supaya x guna duit tu, something like that. Tapiii I rasa kalau jadi dekat I pun, at least I jadi naga jugak dalam sekejap.
sebelum bapak dia jadi naga.. i jadi naga dulu.... 200 may be bukan banyak kat orang lain.. tapi untuk golongan pertengahan macam kami... sebulan punya isi minyak tu...
my daughter nak pernah hilangkan duit,
tapi kalau dia tak jaga mainan dia bebetul,
next pergi shopping kata nak mainan,
memang me bagitau cam ''imani lupa apa buat dengan mainan hari tu,
so no mainan buat masa ini''...
masa kecik dulu aku pun pernah curik duit mak aku sampai kantoi. Terhegeh2 la lepas tu mintak maaf. Mak aku pun takat bebel2 gitu jer lah. So bila dah besor ni aku pulak jadi "bank" untuk mak aku kalau dia perlu apa-apa. Semua aku belanja. Tak semestinya masa kecik ko jahat, dah besor ko jahat gaks kan.