Berang apabila mendapati suaminya curang dengan perempuan lain, wanita berusia 24 tahun bertindak memotong kemaluan lelaki itu sebelum mencampak organ berkenaan ke luar tingkap bilik tidur mereka.
Mail Online melaporkan, kejadian berlaku semalam, di Sriracha, berhampiran Bangkok di mana Karuna Sanusan mengejutkan suaminya, Siripan, 40, sebelum menyerang mangsa dengan pisau sepanjang 12 inci. Wanita itu, kemudian mencampak kemaluan suaminya ke luar tingkap, manakala mangsa menderita kesakitan dalam keadaan berlumuran darah.
Difahamkan, jiran yang terdengar raungan kesakitan mangsa segera menghubungi polis yang kemudian tiba di lokasi pada 6.20 pagi waktu tempatan. Polis kemudian mengambil organ yang dipotong itu dan meletakkannya di dalam ais. Malangnya, doktor memaklumkan kemaluan mangsa tidak mungkin disambung semula. Siripan dikejarkan ke hospital Samitivej Sriracha, manakala Karuna ditahan dan disoal siasat. Karuna yang berasal dari Kemboja dengan tenang memberitahu polis dia merancang serangan itu kerana terlalu marah apabila mendapati suaminya menjalinkan hubungan dengan ramai wanita. Jurucakap polis, Somkid Boonlert berkata, doktor mengesahkan kemaluan mangsa tidak dapat disambung semula kerana selnya sudah mati kerana terlalu lama terpisah daripada tubuh dan lelaki itu mungkin akan cacat seumur hidup. Sementara itu, Karuna bakal didakwa atas tuduhan jenayah selain dihalang daripada bertemu suaminya. - CARI
|
19
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mdhelmi replied at 3-7-2018 12:03 PM
alamak keris dah xde
shernazz replied at 3-7-2018 04:50 AM
Muka bininya cm bini si aliff aziz
Naseb bini alif aziz x buat gini masa kontroversi karok
samasam90 replied at 3-7-2018 12:52 PM
dah sendu minah tu, takde dah modal nak jadi pemes.. apa jadi dgn dia punya ceramah utk bini2 dicu ...
minguk: alamak, dia dah jadi sida-sida... yang letak dalam ice tu kan, boleh sambung balik ke?
ADVERTISEMENT