CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara Menanti Gara-gara Pukul Bekas Kekasih Dengan Ayam Panggang

29-6-2018 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4228| Komen: 24

Seorang lelaki warga Ireland berdepan hukuman penjara gara-gara memukul bekas kekasihnya dengan seekor ayam panggang.

The Sun melaporkan, selepas diserang Colin Comiskey, 34, pereka media sosial Ellen Van De Vusse menghubungi polis dan mengunci dirinya di dalam bilik mandi.




Pendakwa Jonathan Bryan berkata, pasangan itu telah menamatkan perhubungan tiga tahun mereka dua bulan sebelum hubungan mereka mula retak.

Pada 12 Januari lalu, Comiskey pulang ke flat yang disewanya di West Kensington, London, dalam keadaan mabuk pada jam 9.30 malam dan mengejutkan bekas kekasihnya itu untuk makan malam.

"Pada mulanya, dia mengejutkan pengadu dengan baik, namun Ellen tidak mahu bangun dari tidurnya menyebabkan dia naik berang," kata Bryan.



Foto: The Sun

Comiskey, kemudian memaksa wanita itu untuk bangun dan makan makanan yang dibawanya.

"Apabila Ellen berkata dia tidak lapar, Comiskey terus menolaknya," ujarnya.

Comiskey berang apabila pengadu cuba pergi darinya menyebabkan dia mengamuk dan memukul wanita itu menggunakan seekor ayam panggang selain mengugut Ellen akan menyesal sekiranya dia menghubungi polis.


Foto: Martha Stewart

Comiskey, kemudian mengaku melakukan serangan itu dan diberikan ikat jamin dengan syarat dia tidak akan menghubungi Ellen lagi. - CARI
9

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
28

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote carly_lah 29-6-2018 05:43 PM
nampak menyelerakan lah ayam panggang tu.....
Quote chazey 29-6-2018 05:46 PM
Lawa camni pon tak dihargai.
Quote jazaa100 29-6-2018 05:58 PM
minah salleh ni, bf pukul dengan ayam panggang pun dah report polis...
minah melayu, dapat bf negro bunuh anak pun tak pe....

Memang pompuan ni susah di fahami....
Quote Artemesiaa 29-6-2018 06:01 PM
Cam geng gila talak ler ni kuat meroyan
Quote sukacactus 29-6-2018 06:03 PM
Dah 9.30 mana la gf nak mkn lg
Dia dinner before 7
Tu pun xpaham2
Quote giyomi 29-6-2018 06:12 PM
Sedap ayam tu tp dipersia2kan, waste money gitu
Quote MeghanK 29-6-2018 06:20 PM
geram la kawan dah bawak makanan penat2 pon tanak makan

sebagai peminat ayam, kalau orang bawak kat iols pukul 12 pon iols makan
Quote misc 29-6-2018 06:33 PM
Ni nama dia pukulan sedap
Quote dani-rox 29-6-2018 06:44 PM
bf dah muka buruk, perangai pun buruk... cantek mcm ni baik ko pegi ngorat billionaire elon musk tuh. tak payah susah2 psl makan, ada chef peribadi lg.
Quote HYSB 29-6-2018 06:53 PM
Hahah asl boleh gapai je kau ni laa
Quote munchkin 29-6-2018 06:59 PM
Wow lawanya. Retis ke
Quote whitePoison 29-6-2018 10:26 PM
so ayam panggang tu macam mana lepas kena baling? terus buang atau sambung makan?
Quote EvieWanKenobi 30-6-2018 08:11 AM
tak pasal ayam jadi bahan kes..
Quote capiloton 30-6-2018 08:51 AM
Edited by capiloton at 30-6-2018 08:54 AM
chazey replied at 29-6-2018 05:46 PM
Lawa camni pon tak dihargai.

ex-fiancee aku jugak lawa.
tapi psychopath. dia sendiri mengaku ada bipolar.
ramai org skang ni ada mental illness yang tak di rawat.
so lawa ni mula2 jer, utk long term kena tengok perangai.

tapi kes ni jantan tu la problem.
tengok ropa dia pun da tau,
orang kalo da mabok mmg gitu ler.
Quote MizzNaza 30-6-2018 01:40 PM
Ayam jadi bahan senjata
Quote tanakkampung1x 30-6-2018 01:43 PM
Dah dua bulan berpisah kenapa masih tinggal sekatil serumah? Move out lah perempuan nanti next time dia tibai dengan lesung batu kalau kau tak bangun lagi
Quote chazey 30-6-2018 01:58 PM
capiloton replied at 30-6-2018 08:51 AM
ex-fiancee aku jugak lawa.
tapi psychopath. dia sendiri mengaku ada bipolar.
ramai org skang ni  ...

Aku ada baca tered ko. Ok sikit la kot ex ko tu dari sorang cikgu pompuan kat daerah aku ni. Dia syok kat kelig dia. Pastu fefeling dia gf walau takda declare hapa segala. Bila tau kelig dia dah ada steady gf, dia ngamuk sampai tahap bawa parang pi sekolah nak parang kelig dia. Dan dia masih berusaha kejo cinta kelig dia. Pengetua pon dah pening camna nak urus.
Quote capiloton 30-6-2018 09:17 PM
chazey replied at 30-6-2018 01:58 PM
Aku ada baca tered ko. Ok sikit la kot ex ko tu dari sorang cikgu pompuan kat daerah aku ni. Dia s ...

pergh, ni lagi psycho.

actually my ex lepas tu ada jugak datang serang kat opis i,
tapi dia datang bawak besi stering lock,
instead of pedang samurai.
so kira ok la lagi kot
Quote samasam90 1-7-2018 04:28 PM
haha lawak giler lempang guna ayam.. sedap pulak gambar ayam tu..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051043 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top