CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Maaf, Saya Tak Sedar Ada Tulisan Di Keliling Pusara" - DSV

22-6-2018 03:54 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 16327| Komen: 60|Original author: Oleh: Ain

"Saya minta maaf. Saya tak perasaan ada tulisan di keliling pusara itu."

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman berkata demikian bagi memohon maaf di atas kesilapannya duduk di atas pusara bersebelahan dua anak lelakinya, Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10.





Memetik mStar Online, Datuk Vida atau DSV mendakwa dia tidak perasan terdapat ayat dalam tulisan jawi di keliling binaan pusara berkenaan.

"Saya duduk memandangkan tak bawa kerusi. Takkan nak duduk mencangkung pula.

"Kalau kita nak duduk di kubur, cuba netizen bagi cadangan. Nak duduk bersila, tapi tikar tak bawa pula,"
katanya.

Sebelum ini, DSV dihentam netizen yang marahkan tindakannya duduk di atas pusara berkenaan ketika meziarahi pusara dua anak lelakinya yang meninggal dunia dalam kebakaran, lima tahun lalu.


Foto: IG DSV

Menurut laporan, mayat dua anaknya ditemui di dalam bilik mandi sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru dekat Ipoh, Perak yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan Vida pada malam 3 Ogos, 2013.

"Walaupun rumah saya ramai tetamu, tetapi saya tetap nak pergi kerana sudah menjadi kebiasaan saya ke sana setiap raya pertama,"
katanya.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, hukum duduk di atas binaan kubur adalah makruh.

"Binaan kubur dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu, makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana dianggap sebagai duduk di atas kubur,"
katanya menerusi satu soal jawab.

DSV pun dah mohon maaf, diharap orang ramai dapat memaafkannya. Semoga DSV tidak mengulangi kesilapan sama kelak. - CARI
6

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
26

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 22-6-2018 04:12 PM
Janganlah duduk walaupun takda tulisan. Ni selamba aje duduk atas kubur orang lain
Buatnya patah!
Quote helicornia 22-6-2018 04:17 PM
dah pakai baju ketat kain ketat ko ingat bole dok bersila kt tanah walaupun bawak tikar
Quote matchstick 22-6-2018 04:20 PM
dh xde idea sgt nk duk macam mana duduk lah atas kubur anak sendiri...baru tau rasa mcm mana
Quote prettyuglybabe 22-6-2018 04:39 PM
pergi kubur pun kain kemahen sendat mendat..
kalau ada tikar sekali pun ingat boleh nak bersimpuh ayu?
mau tetas terkoyak kain tu..
nak bertinggung pun, rasanya pun tak mampu..
Quote giyomi 22-6-2018 04:47 PM
Stupid alasan...apakah bodo sgt smpi tak tau ada tulisan. Siap nak tanya nak ddk mana sebab tak bawak  tikar dn kerusi.
Quote doubleA 22-6-2018 04:48 PM
Takda beza baju raya dan baju yg dia selalu pakai hari-hari keluar rumah, sama jenis je nampak
Quote besarkecik 22-6-2018 04:51 PM
Dengan keadaan kain kau yang menguncup kat paha tu, kau mampu ke duduk bersila. ke kau perlu singkapkan kain kau sikit utk duduk?
Quote bunga_lestari 22-6-2018 04:56 PM
dah tau nak gi kubur, lenkali bawaklaa kerusi.. kerusi lipat tu kat diy pun ada jual.. duit byk kan..
beli n wakaf je kat kubur tu.. org lain boleh guna sekali.. huhuh..

Quote Parit.Hilton 22-6-2018 04:56 PM
so much stupidity.

dah ko memang plan nak ke kubur kan? apehal tak bawak tikar kerusi bagai?

pastu dah duduk atas kubur orang lain, gi amik gambar pulak.

ko pegi kubur diam2 je tak boleh? memang nak kena up kat instagram ke?
Quote msdummy.2018 22-6-2018 05:10 PM
alasan paling xlogik...xperasan ada tulisan? dah nama pun kepok....ko tgk pun dh tau sejenis kepok ada hrga..haruslah ada tulisan
Quote missus_meow 22-6-2018 05:23 PM
sibuk nk bergambar ... pakaian x sesuwai ...  ade or xde tulisan bkn alasan. jgn nk park ur butt merata2
Quote LadyDiddy 22-6-2018 05:24 PM
Ni namanya ignorant..ada tulisan ke takde tulisan ke jangan la duduk.. dah tau nak pegi kubur prepare la siap2..ni baju pun macam nak buat show
Quote LautBiru52 22-6-2018 07:31 PM
Mcm mane dia boleh terfikir duduk atas kubur org?
Quote aammyy 22-6-2018 07:42 PM
Kata tiap2 kali raya pertama pergi. Dah tu mcm mana tikar pun boleh lupa. Ko mmg pergi bawak diri, tujuan nk tgkap gambar je ke mcm mana?? #donekecam
Quote orenmango 22-6-2018 08:15 PM
Tulisan tu bukan ayat quran tapi mmg tak boleh duduk atas kubur. Lain kali bawa la kerusi kecik mcm stool ikea tu.
Quote Zeatyisaac 22-6-2018 08:34 PM
Sebab tu lah tak boleh buat bangunan di kubur. Kalau nak tanda selain batu nisan, batu tu boleh sejengkal je. Kalau buat bangunan tinggi, orang buat alas bontot. DSV duduk di batu pusara orang lain, pelawat lain pulak duduk atas batu pusara anak2nya. Hakikat yang timbal balik.
Quote kiambang 22-6-2018 08:37 PM
Peringatan utk Dsv dan kita semua ... lain kali jangan buat lagi okay ..
Quote GigaMom 22-6-2018 09:56 PM
Zeatyisaac replied at 22-6-2018 08:34 PM
Sebab tu lah tak boleh buat bangunan di kubur. Kalau nak tanda selain batu nisan, batu tu boleh seje ...

Bagus tulisan ni
Quote fadz84 22-6-2018 11:12 PM
Handbag pink tu pun gigih letak atas kepuk kubur sblh tu.. mmg spesis dia je yg betul Vida ni.. dh sah2 kepuk sblh tu sama ngn kubur anak dia.. xkanlah pangkin plak kn.. aduyai bimbo nye ko..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038191 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top