CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cikgu Kecewa Masak Banyak Anak Murid Nak Beraya, Tetapi Ditipu Rupanya!

22-6-2018 11:14 AM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 7883| Komen: 21|Original author: Oleh: Khair



Sempena Aidilfitri ini, menjadi kebiasaan orang akan saling kunjung-mengunjungi untuk bertemu dan beramah mesra dengan saudara- mara, sahabat handai, juga kenalan. Bahkan, orang Melayu sememangnya sangat mengalu-alukan kedatangan para tetamu.

Namun, sebaiknya apabila telah memberitahu tuan rumah yang kita akan datang beraya, usah batalkan perancangan di saat akhir kerana mungkin tuan rumah telah berhempas pulas menyediakan makanan untuk menyambut kehadiran.

Janganlah jadi seperti mana berlaku kepada cikgu ini.




Menurut anak cikgu tersebut di Twitter (@timharun), ibunya telah memasak 15 pot beras, seperiuk kari ayam, kentang goreng masak sambal, sayur campur dan beberapa lauk lain semata-mata kerana ingin menyambut kedatangan anak muridnya yang ingin beraya.

Pada mulanya, anak murid ibunya memberitahu akan datang beraya pada waktu tengah hari, tetapi sehingga ke petang tiada satu pun batang hidung anak muridnya yang muncul.





Menerusi Twitternya, Fatimah memberitahu yang ibunya berasa kecewa dan sedih apabila anak muridnya berbuat demikian kerana ibunya cuba mengambil hati anak-anak muridnya, tetapi tidak dihiraukan.

Tweet itu mengundang pelbagai respon daripada netizen dan ramai yang bersimpati dengan ibu Fatimah, malah tak kurang juga yang meminta maaf bagi pihak anak-anak muridnya itu.







Foto: Twitter

Jadi, pengajarannya apabila telah memberitahu tuan rumah yang kita hendak datang beraya, cubalah penuhi janji tersebut kerana tak baik mengecewakan harapan orang lain. - CARI
5

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 22-6-2018 12:05 PM
I rasa masak ala kadar jer lg baik, lainkn kalau memang ramai yg confirm datang. Kwn i perna order catering untuk 50 org.. lauk2 raya.. tapi yg dtg cumer 2 org jer. I lak memang tak leh dtg pasal kene keje ari tu.
For me, i order pizza jer atau masak mee goreng n ayam goreng. Nk dtg aru order/masak. Jd tak bazir.
Quote meklalala 22-6-2018 12:26 PM
sama macam mak mek raya keempat haritu..adik mek cakap kawan2 dia nak datang..adik dah inform tak ramai pun nak dtg 3 4 org je..mak mek masak mee kari seperiuk besar, cukup untuk 50 org makan okey, mee dekat 10 plastik..sape nak habiskannnnnnnn...nasib baik sedara mara dekat2..so malam tuu mek whatsapp sedara mara suh dtg rumah makan mee kari, alhamdulillah meriah malam tu and habis, mak pun gembira..tiada yg lebih bahagia dan gembira selain tgk masakan mak habis..
Quote kuewTiau 22-6-2018 12:27 PM
habis la korang masuk kelas cikgu ni minggu depan.
melutut la ye mintak maaf.
aku penah rasa jugak jadi camni 3 tahun lepas.
sampai sekarang aku tak berminat nak buat open house.
korang datang aku hidang je serdak biskut
Quote LostStar 22-6-2018 12:34 PM
aku memahami perasaan makcik tuuu.. sama kes dgn mak aku.. seingat aku time aku skolah menengah kawan dia dan adek bradek dia ada cong dia.. habaq nak mai tapi xjadi mai beramai2.. yang mai pon time tu org tdekat jek.. uma siap pasang khemah lagi mengenangkan adek bradek dia nak mai makan.. skali depa p uma makcik aku siang tu, dah kenyang tros cancel nk mai uma mak aku..
sehingga ke hari ini mak aku xpernah dah buat open house.. kalau org mai tu, mak aku jamu dengan mee goreng ka kuewtiaw goreng ka.. kira nama nak masak hebat2 ni dah xdak dah.. menyesal agaknya..
Quote besarkecik 22-6-2018 02:48 PM
Konsepnya gini, sorang tak jadi datang, yang lain pun tak pakat ikut sama.
Quote Artemesiaa 22-6-2018 02:55 PM
Sian cikgu mesti ramai yang kecut perut bila nak berhadapan dengan cikgu ni minggu depan
Quote finn 22-6-2018 03:34 PM
Aku tak rasa cikgu ni akan marah budak2 ni cuma perasaan kecewa yg dirasai tu akan myebabkan takda lg hubungan mesra antara murid dan guru. {:question
Quote Lagubestbest 22-6-2018 03:54 PM
Bagi air sirap dengan duit raya je cukup. Budak2 hari raya ni bukan diorang nak makan pun, diorang cuma nak melawa jalan sana-sini buang masa sembang kosong main baling2 selipar (besar sikit main dart, nerd lagi battle ml) sesama geng diorang je.
Quote princessjay 22-6-2018 06:58 PM
Same dgn experience sy last week..student msg kate nk dtg,dlm 3,4org & bgtau nk dtg pg dlm kul 10,mlm tu siap2 lh beli bahan tuk buat ns ayam..mmg bajet buat lebih sbb utk mkn tgh hr sekali.. pg tu plak mak ckp takut xcukup aym sbb ank2 buah pn ramai, jd pergilh psr tmbh bhn.. sekali kul 9, my student msg bgtau xjd dtg.. sbb xde kete nk dtg..speechless kjp.. nk marah pn dlm wasap bkn die fhm pn.. but sedih lh jugak.. sudahnye nasi aym tu sedekah sikit kt jiran2..
Quote esbok 24-6-2018 07:42 PM
Penah la juga ada akak office ni beria suh akak sorang lagi ni masak2 kononnya bole le reranai pi rumah akak tu makan2. Akak sorang ni pun setuju .Aku awal2 ckp kat akak tu aku duk jauh takde aral aku sampai. Alih2 aku sorang je manusia yg datang rumah dia. Dah la akak tu masak banyakkk. Gigih aku makan menambah nak bagi dia tak rasa kecewa sgt masak banyak. Mujur aku datang bawak kengkawan aku.


Kita2 ni kalau dah tau tak jamin nak tunai janji jangan buat janji. Mulut tu jangan gatal sangat mintak org itu inj ujung2 ang tak datangg pun. Sedih tukang masak.
Quote Norazlina78 24-6-2018 08:40 PM
Adatlah tu pandai buat janji,sy pernah t'kena kes mcm ummi,gara2 majikan tempat keje sy,janji nak dtg rumah,mak sy siap masak mcm2 makanan,kebetulan waktu tu musim perayaan hr raya,dah pegi b'raya rumah staff di Kuala S'gor,on the way nak balik Shah Alam,sy conformkan balik dgn wife majikan sy,apa lagi jawapannya"Maaflah sy dah call husband sy,kami tak dpt singgah rumah,lain kali kami dtg,"itulah jawapannya,sy turun dari kereta wife majikan sy dgn perasaan sedih,sebak.Malu rasa nak b'dpn dgn family.Dlm fikiran sy,mak sy pasti dah sediakan byk makanan.Dgn langkah lemah,sampai saja di rumah,mak sy t'kejut sy balik s'org diri,dan terus b'tanya"mn bos dgn kawan2 kata nak dtg?"Sy menundukan muka dan m'jawap"mereka x jd dtg".Dgn perasaan marah mak sy b'talu2 memarahi sy"siapa nak mkn,makanan byk2 ni"?Sy t'diam tunduk bisu.Nasib baik jiran sebelah rumah sy ada,mak sy jemput mereka dtg rumah.Jadi x adalah p'baziran makanan yg t'hidang.Itulah kenangan sy,sampai skrg sy tak dpt lupakan.
Quote barfi 25-6-2018 12:07 AM
Norazlina78 replied at 24-6-2018 08:40 PM
Adatlah tu pandai buat janji,sy pernah t'kena kes mcm ummi,gara2 majikan tempat keje sy,janji nak dt ...

Sedihnya... Macam kenal la sis ni
Quote mohdcrow 25-6-2018 09:42 AM
failkan jer semua budak2 tu...muahahahaha
Quote misscendol 25-6-2018 11:03 AM
Lepas ni jamu je la apa yg ada
Quote makton 25-6-2018 11:41 AM
sbb kes mcm ni la bila ank murid ckp nak dtg, aku jamu nugget, sosej & icecream je.

#pernahkena
Quote talapia 25-6-2018 12:03 PM
banyak sangat masaknya mcm kenduri... anak murid nya besar mana? jenis dah bole datang beraya sendiri tanpa parents ke?

kadang kita ni.. orang berbasa basi aje.. kata inshaAllah datang... bukan berjanji pon. Tapi biasala.. ari raya.. open house sana sini.. andai ada kawan2 nak datang pon.. dah inform awal2... aku masak menu2 yang bole simpan.. and mudah nak refill... masak rendang.. lebih xpe.. bole simpan frozen.. ketupat masakla sebungkus dulu.. agak2 baru halfday orang dah ramai... barula rebus sebungkus lagi...

Masak menu nasi2 ni musim open house.. orang tak berapa makan... kenyang kot pegi 3 rumah..
Quote tri-max 25-6-2018 12:37 PM
aku plak buat open house memula ingat tak ramai
sbb jemput pon below 20 org, sekali datang bertubi-tubi
soto licin, rendang licin, lemang licin, kuah kacang je balance skit
terpaksa goreng mee utk additional takut yg dtg last2 kempunan plak
tahun depan no more open house - penat

Quote peko_lolo 25-6-2018 12:48 PM
Kesiannye.aku memahami.letih masak x dpt bygkn 15 pot.mau nangis klu aku.
Quote sweet987 25-6-2018 06:25 PM
Kesiannye. Bende2 macam nilah menyebabkan sy pon kadang2 malas nak masak kalau org nak dtg rumah. Sebab kadang2 tak jadik dtg. Haihh

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037360 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top