Kehebatan para atlet negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bukan hanya pada atlet dewasa sahaja malah atlet kanak-kanak juga berjaya menyumbangkan pingat emas buat kontinjen negara. Antaranya atlet termuda Malaysia, Adam Yoong Hanifah yang hanya berumur 9 tahun mempamerkan aksi mantap sekaligus mengetepikan peserta Indonesia, Dimas Ridho Suprihono (3,440 mata) untuk merangkul emas keempat dalam acara ski air kelmarin. Memetik laporan Bernama, semasa ditanya pemberita apa perasaan kerana berjaya membantu menghadiahkan pingat emas buat negara, adik bersemangat tinggi itu menjawab dengan penuh yakin bahawa dia akan berusaha lebih gigih melakukan yang terbaik di masa akan datang. “Saya sangat gembira memenangi acara ini. Saya memberikan yang terbaik...terima kasih atas sokongan semua dan saya akan teruskan melakukan yang terbaik pada masa depan.”
Sementara itu, ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah, 14, turut menuai dua pingat emas hari ini dalam acara jump dan trick. Dalam acara jump, Aaliyah merekodkan 32.6m manakala dua atlet Indonesia, Rossi Amir (30.8m) meraih perak dan gangsa, Nur Alimah Priambodo (27.6m). Bagi acara trick, Aaliyah merangkul kilauan emas meraih 5,880 mata, mengetepikan Sabelle Kee dari Singapura (3,450 mata) untuk perak dan atlet Indonesia Nur Alimah, gangsa selepas mencatatkan 3,380 mata.- CARI |
22
Bagus |
17
Marah |
16
Terkejut |
19
Sedih |
27
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
albedah replied at 30-8-2017 01:13 PM
Adik Alex Yoong kah?
Apak dia kahwin dgn Melayu kan masuk Islam?
albedah: Adik Alex Yoong kah? Apak dia kahwin dgn Melayu kan masuk Islam?
cutieslilies replied at 30-8-2017 02:28 PM
adik beradik kan..tapi lain mak..wahhhh
tahniah..tahniahhh
ADVERTISEMENT