CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Mizan Memenangi Dua Pingat Emas Untuk Negara

20-8-2017 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9180| Komen: 78

Description: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berjaya membantu skuad negara menambah koleksi emas selepas menjuarai kategori individu dalam acara endurance (kuda lasak).

sumber : Berita Harian


Satu lagi berita baik dalam pungutan pingat emas buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. 

Ini kerana Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berjaya membantu skuad negara menambah koleksi emas selepas menjuarai kategori individu dalam acara endurance (kuda lasak) Sukan SEA ke-29 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu di Terengganu pagi tadi. 

Baginda melengkapkan trek bagi acara 80 kilometer dengan catatan masa 3 jam 48 minit 38 saat.

Sultan Mizan yang menunggang kuda bernama RTES Annaversary mencatatkan jumlah purata kelajuan 20.994 kilometer sejam sekali gus melebur rekod lama yang dipegang Sulaiman Muda dalam temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar menerusi 6 jam 26 minit dan 04 saat.


Seorang lagi penunggang, Mohd. Bulkhari Rozali pula muncul naib johan dengan catatan masa 03:48:40.

Sebelum ini Sultan Mizan dilaporkan menarik diri daripada temasya itu kerana kudanya kurang cergas untuk bertanding dalam acara kuda lasak tersebut. 

sumber : Malaysiakini

Manakala satu lagi emas disumbang dalam kategori berkumpulan menerusi Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd. Adhwa Embong dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat.

Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam acara tersebut iaitu Thailand, Singapura, Kemboja, Brunei dan Malaysia.

Setakat ini, negara kita kekal menduduki di tangga teratas dalam senarai pungutan pingat secara keseluruhan dengan memiliki 10 emas, 9 perak dan 8 gangsa. - CARI
22

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 20-8-2017 03:29 PM
Hebat tuanku. Ada gak sumbangan peribadi beliau utk negara
Quote hyie 20-8-2017 03:54 PM
rasa kelakar pulak bila tau nama betul beliau baru ku tahu rupanya nama2 sultan/raja yang sedia ada ni bukanlah nama sebenar mereka...mungkin ada yang nama betul lah kot
Quote stayathomemom 20-8-2017 04:03 PM
Hebat Tuanku.....
Quote sentap24jam 20-8-2017 04:21 PM
hyie replied at 20-8-2017 03:54 PM
rasa kelakar pulak bila tau nama betul beliau  baru ku tahu rupanya nama2 sultan/raja yang s ...

Apa nama sebenar baginda?
Quote hyie 20-8-2017 04:23 PM

Mohd. Adhwa Embong
Quote sentap24jam 20-8-2017 04:25 PM

biaq betuii
Quote hyie 20-8-2017 04:25 PM
Quote ms.engine 20-8-2017 04:26 PM
hyie:     Mohd. Adhwa Embong   


I pn curious  
Tahniah Tuanku Sultan
Quote bictoria 20-8-2017 04:29 PM
Tahniah Sultan Mizan
Quote pearl.silver 20-8-2017 04:34 PM
hyie replied at 20-8-2017 03:54 PM
rasa kelakar pulak bila tau nama betul beliau  baru ku tahu rupanya nama2 sultan/raja yang s ...

Nama permaisuri terengganu tu pun bkn nama sebenar..
Quote Levespa 20-8-2017 04:37 PM
Edited by Levespa at 20-8-2017 08:39 AM
hyie replied at 20-8-2017 07:54 AM
rasa kelakar pulak bila tau nama betul beliau  baru ku tahu rupanya nama2 sultan/raja yang s ...


Mohamad Adhwa tu nama penunggang negara sorang lagi la you
Quote DeeHanania 20-8-2017 04:39 PM
Tahniah Sultan Mizan
Quote saladin780 20-8-2017 04:43 PM

klasiknya nama ...
Quote moonbug 20-8-2017 04:44 PM
Wah tahniah. Unique betul nama kudanya Annaversary
Quote grouper 20-8-2017 04:49 PM
Kj boleh dpt gold medal x nnt?
Quote Penglipurtales 20-8-2017 04:49 PM
hyie replied at 20-8-2017 04:25 PM

Atas tu nama lg sorg penunggang. Nama sultan sebenar Mizan Bin Zainal Abidin. Apo lah
Quote lonso 20-8-2017 04:52 PM
hebat tungku.. happylah set2 kepok lekor
Quote Keledek.kepam 20-8-2017 04:56 PM
hyie replied at 20-8-2017 04:25 PM

Dah sah2 nama adhwa tu nama athlete lain duhh
Quote zorrro_03 20-8-2017 05:05 PM

boleh tahan bodoh juga kau ni ya.  sesuai lah dengan avvy yang kau pakai itu.  win sgt2...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063372 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top