Hisap lima batang rokok setiap hari sejak berusia 17 tahun, Muhammad Faid adalah salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.
Baru menjejak usia 24 tahun, dia kini terpaksa menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurut laporan mStar Online, pelajar tahun ketiga dalam jurusan pendidikan itu pada mulanya mengalami masalah ulser di lidah kirinya. Disebabkan tidak begitu menyakitkan, dia hanya mengendahkannya namun luka yang tersebut tidak hilang begitu sahaja. Menurut ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, hasil ujian biopsi yang dijalankan November lalu mendapati ianya adalah kanser.
Antara November hingga Mei, Faid mengalami pendarahan empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya. Kanser yang dihadapinya kini sudah masuk tahap ketiga dan doktor terpaksa membina semula lidah menggunakan lebihan kulit peha. Faid kini boleh bercakap sedikit walaupun mengalami kesukaran. Lubang ditebuk di trakea bagi membolehkannya bernafas dan dia hanya menerima makanan menerusi tiub. -CARI
|
salmon-suki: X suka lelaki@pmpuan y smoke ni...sbb ai alahan kt asap rokok,bley bt ai jd sesak nafas n headache...lgpn ape y korg dpt dgn smoking ni?guilty pleasur ...
ADVERTISEMENT