Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei melengkapkan kemenangan 5-0 skuad negara ke atas Jerman dalam aksi Kumpulan 1C menentang Jerman di kejohanan badminton Piala Sudirman di Gold Coast, sebentar tadi.
Beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mengutip mata pertama selepas mudah menewaskan pasangan Mark Lamsfuss/Isabel Hettrich dengan straight set 21-17 dan 21-13. Kemudian jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya memerlukan 34 minit untuk meletakkan pasukan di hadapan 2-0 apabila memenangi perlawanan perseorangan lelaki menentang Roth Fabian dengan 21-12 dan 21-11. Beregu lelaki utama Goh V Shem/Tan Wee Kiong mengesahkan kemenangan skuad dengan menyumbang mata ketiga selepas mengenepikan Jones Rafly Jansen/Josche Zurwonne , 21-16, 21-19. Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tidak berdepan masalah mengalahkan Fabiene Deprez dengan 21-10 dan 21-13 dalam masa 31 minit manakala beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei melengkapkan perlawanan dengan menewaskan Johanna Goliszewski/Isabel Herttrich 21-12 dan 21-1.
Dalam perlawanan pembukaan kumpulan C pada Ahad, Jepun mengalahkan Jerman 4-1. Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan menentang Jepun, esok bagi menentukan juara kumpulan sebelum melangkah ke pusingan suku akhir. Sementara itu, juara 10 kali China mendahului kumpulan A selepas menewaskan Hong Kong 4-1 dan akan bertemu Thailand Rabu bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan.- CARI |
16
Bagus |
21
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT