CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1091|Reply: 4

Piala Sudirman: Perlawanan Pertama Aksi Kumpulan, Malaysia Kalahkan Jerman 5-0

[Copy link]
Post time 23-5-2017 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei melengkapkan kemenangan 5-0 skuad negara ke atas Jerman dalam aksi Kumpulan 1C menentang Jerman di kejohanan badminton Piala Sudirman di Gold Coast, sebentar tadi.


Beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mengutip mata pertama selepas mudah menewaskan pasangan Mark Lamsfuss/Isabel Hettrich dengan straight set 21-17 dan 21-13.


Kemudian jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya memerlukan 34 minit untuk meletakkan pasukan di hadapan 2-0 apabila memenangi perlawanan perseorangan lelaki menentang Roth Fabian dengan 21-12 dan 21-11.


Beregu lelaki utama Goh V Shem/Tan Wee Kiong mengesahkan kemenangan skuad dengan menyumbang mata ketiga selepas mengenepikan Jones Rafly Jansen/Josche Zurwonne , 21-16, 21-19.


Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei tidak berdepan masalah mengalahkan Fabiene Deprez dengan 21-10 dan 21-13 dalam masa 31 minit manakala beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei melengkapkan perlawanan dengan menewaskan Johanna Goliszewski/Isabel Herttrich 21-12 dan 21-1.


Dalam perlawanan pembukaan kumpulan C pada Ahad, Jepun mengalahkan Jerman 4-1.


Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan menentang Jepun, esok bagi menentukan juara kumpulan sebelum melangkah ke pusingan suku akhir.


Sementara itu, juara 10 kali China mendahului kumpulan A selepas menewaskan Hong Kong 4-1 dan akan bertemu Thailand Rabu bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan.- CARI

sumber : www.sudirmancup.com.au
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Malaysia!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 06:15 PM | Show all posts
Nak tanya boleh...

Orang Jerman tau tak skrg ada game badminton sedang berlansung?

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:08 AM | Show all posts
go Malaysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pasti ke peringkat akhir..seteru utama..Prc..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052306 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list