CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Letupan Di Manchester Arena: KPT Sahkan Tiada Pelajar Malaysia Di Lokasi Nahas

23-5-2017 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12179| Komen: 120

Description: Awal pagi Selasa, pihak polis Britain mengesahkan kira-kira 19 maut manakala 50 lagi cedera dalam serangan bom yang dipercayai melibatkan serangan pengebom berani mati di Manchester Arena, lokasi kons ...
Kemaskini : 3.00 Petang 
Serangan Bom Di Manchester Arena: KPT Sahkan Tiada Pelajar Malaysia Di Lokasi Nahas


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia berada di lokasi kejadian letupan di Manchester Arena, England.

Kejadian letupan berlaku di lokasi utama dimana konsert Ariana Grande sedang berlangsung. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KPT, Education Malaysia United Kingdom dan Ireland (EMUKE) mengesahkan sejurus letupan berlaku, hebahan mula dilakukan melalui Facebook dan WhatsApp kepada persatuan pelajar di Manchester.

Hebahan turut dilakukan kepada kawasan sekitar Manchester bagi memastikan tiada pelajar Malaysia yang berada di tempat kejadian.

EMUKE bagaimanapun berkata, pihak mereka akan terus memantau dan melaporkan perkembangan semasa serta mengingatkan semua pelajar supaya terus berhati-hati.


Seramai 1,303 pelajar Malaysia berada di Manchester bagi melanjutkan pengajian di University of Manchester, Manchester Metropolitan University dan University of Salford.

Dalam kejadian letupan itu, 19 orang terkorban dan 50 yang lain cedera dalam kejadian yang disiasat sebagai serangan pengganas.

sumber: internet



Kemaskini : 11.30 Pagi 
19 Maut Serangan Bom Gegar Konsert Ariana Grande Di Manchester Arena

Awal pagi Selasa, pihak polis Britain mengesahkan sekurang-kurangnya 19 maut manakala 50 lagi cedera dalam serangan bom yang dipercayai melibatkan serangan pengebom berani mati di Manchester Arena iaitu lokasi konsert penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande berlangsung.

Menurut portal BBC yang memetik laporan polis, pihak berkuasa menerima panggilan berhubung satu kejadian letupan di lokasi tersebut kira-kira pukul 10.35 malam waktu tempatan. 

sumber : www.thesun.co.uk
sumber : www.thesun.co.uk

Ambulans dilihat dikejarkan ke lokasi kejadian dan polis menasihati orang ramai supaya mengelak melalui kawasan tersebut.

Perkhidmatan kereta api keluar masuk dari Stesen Manchester Victoria yang terletak di bawah Manchester Arena itu dibatalkan.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter menunjukkan penonton konsert menjerit dan lari bertempiaran. Ada di antara mereka berlumuran darah.



Seorang saksi, Evie Brewster yang hadir ke konsert itu memberitahu portal Mail Online bahawa Ariana Grande baharu sahaja habis menyanyikan lagu terakhirnya dan meninggalkan pentas apabila letupan berlaku.

Menurut sumber, punca letupan masih tidak diketahui, namun unit anti keganasan mengaitkan kejadian itu dengan serangan pengganas.- CARI







21

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
16

Sedih
28

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 23-5-2017 08:44 AM
Takziah. Ramai juga yang mati...
Quote aHoi83 23-5-2017 08:45 AM
MANCHESTER, England — At least one explosion thundered through a Manchester concert arena on Monday night just as a performance by the pop star Ariana Grande ended in what the police described as a “terrorist incident.” They said at least 19 people were killed and 50 wounded as panicked spectators including children screamed and fled.

There was no immediate word from the police on the precise cause of the blast but it immediately evoked the terrorist attacks in Paris in November of 2015, which included a deadly assault inside a concert arena where the Eagles of Death Metal had been playing.

“This is currently being treated as a terrorist incident until the police know otherwise,” the Manchester police said in a Twitter posting.

People at the concert at the Manchester Arena said they heard what sounded like explosions at the end of the show around 10:30 p.m.
Quote annehuda 23-5-2017 08:45 AM
semalam aku baru je tgk movie london has fallen. dejavu sungguh
Quote ad_hoc79 23-5-2017 08:48 AM
kene bom
Quote marumaru 23-5-2017 08:50 AM
Takziah manchester..

Celaka mana pulak buat onar ni...::
Quote CrowneGlory 23-5-2017 08:50 AM
nasib baik dgn minah gedik ni sekali x bersepai...
Quote finesse 23-5-2017 08:51 AM
Hrp2 bln teroris isele la..
Quote lasagnaklcc 23-5-2017 08:56 AM
Ramai jgk mati.
Quote taji2906 23-5-2017 08:58 AM
IRA punya angkara kot? ntah la.. sekarang ni ramai sangat org gila dlm dunia ni...
Quote cha-cha 23-5-2017 08:59 AM
Letupan lepas habis concert. Sempat lagi si terroris layan show ariana grande sebelum ke syorga
Quote ultra78 23-5-2017 08:59 AM
Mujurlah Cik Ariana selamat..
Quote trakea 23-5-2017 09:13 AM
Konsert meletops
Quote mieymiey 23-5-2017 09:25 AM
19 orang mati?
Tujuan utama nak berhibur, alih-alih jadi macamni.
Quote spankee_fili 23-5-2017 09:28 AM
takziah...
malaun mana yang perangai takde life sangat ni..
Quote nazurah 23-5-2017 09:30 AM
mesti sebab ariana grande pakai seksi ni... lalu dibom
Quote eddlala 23-5-2017 09:33 AM
OMG!
Quote -electrifying- 23-5-2017 10:15 AM
takziah, spe la yg bdoh tu
Quote ultra78 23-5-2017 10:17 AM
Katanya letupan itu disyaki diletupkan oleh suicide bomber
Quote nirman 23-5-2017 10:18 AM
Apparently kids were killed, so sad.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.186156 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top