Dah dekat waktu nak 'lunch' ni, mulalah perut bergurindam minta diisi. Tatkala pelbagai menu menari-nari dalam fikiran, tiba-tiba terbayangkan gabungan pisang dan popia. Fuh, macam resipi sensasi saja!
Bagi anda yang belum pernah merasa kelazatan popia pisang, mari lihat macam mana nak buat kuih sedap ini. Dah sedia? Jom! Bahan-bahannya: 8-10 biji pisang emas 8-10 keping kulit popia Secubit garam halus 4 camca besar gula aising 1 camca teh serbuk kulit kayu manis (gaul rata bersama gula) Ais krim vanilla secukupnya - opsyenal)
Coklat urai (chocolate rice) secukupnya untuk hiasan - opsyenal Cara membuatnya: 1. Kupas kulit pisang dan gaul dengan sedikit garam halus (Untuk beri rasa berlemak pada pisang). 2. Ambil sebiji pisang dan bungkus dengan sekeping kulit popia (sama seperti membuat popia), basahkan hujung kulit popia dengan air atau putih telur, dan gulung kemas. Buat hingga siap untuk baki pisang dan kulit popia. Ketepikan. Nota: Kena gulung kemas-kemas kerana dikhuatiri popia pecah dan madu pisang meleleh keluar menyebabkan popia berminyak dan minyak akan meletup-letup. 3. Panaskan minyak untuk goreng terendam (deep-fried). Goreng popia pisang tadi dengan api sederhana dan balik-balikkan agar masak sekata. Bila kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas 'kitchen paper towel'. Cara Menghidangnya: 1. Belah popian menjadi dua (terpulang citarasa). 2. Ayakkan sedikit gula aising dan serbuk kulit kayu manis atasnya (tak letak serbuk kulit kayu manis pun tak mengapa). 4. Cedokkan aiskrim vanilla dan taburkan sedikit coklat rice (opsyenal) Siap dihidang! Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghidang popia pisang ini. Semuanya terserah kepada kreativiti masing-masing. Nak sumbat cheese, oreo, atau apa saja yang anda mahu pun boleh. Selamat mencuba! - CARI Kredit resipi: Blog Che Mat Gebu
|
23
Bagus |
35
Marah |
32
Terkejut |
26
Sedih |
34
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT