CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cegah Ibu Bunuh Anak, Ini Tahap Meroyan Yang Semua Patut Tahu

3-2-2017 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8158| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Memang banyak wujudnya kes di mana ibu kandung sanggup membunuh bayi sendiri, dan perkara ini tidak dianggap pelik dalam dunia perubatan kerana ia mempunyai penjelasannya yang tersendiri.


Dalam dunia perbuatan, perlakuan yang mendorong seorang ibu melalukan perkara kejam tersebut dipanggil sebagai Pospartum Psychosis atau biasanya dipanggil meroyan dalam masyarakat Melayu.

Foto: jobalert.club
Menurut perkongsian dari Taufiq Razif yang merupakan seorang doktor, beliau menyatakan ada 3 peringkat Meroyan:

Baby Blues
1. Tahap meroyan paling rendah, biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

2. Perkara biasa bagi seorang ibu yang pertama kali beranak kerana diganggu oleh tangisan bayi kecil yang kuat sampai ke pagi menyebabkan jadual waktu tidur si ibu tidak menentu.
3. Bertambah teruk jika suami tidak membantu menyebabkan si ibu menjadi lebih tertekan.

Tanda-tanda
- mood swing
- mudah cemas
- selalu menangis
- kurang selera makan
- susah tidur

Foto: themilkmeg.com
Pospartum Depression
1. Tahap meroyan pertengahan, biasanya berlanjutan sehingga enam bulan selepas bersalin.

Tanda-tanda
- mood swing yang teruk
- menangis yang melampau lampau
- rasa benci pada bayi sendiri
- rasa tiada tenaga dan tak boleh tidur
- rasa nak hempas atau cederakan bayi
- rasa diri tak berguna

Pospartum Psychosis
1. Tahap meroyan paling dahsyat
2. Mula berhalusinasi, cakap merepek dan berfikiran tidak rasional.
3. Mengatakan melihat benda lain sedangkan apa yang dilihat adalah lain sebenarnya.
4. Ibu-ibu yang berada dalam tahap ini tidak berupaya menjaga bayi sendiri.

Foto: pschycentral.com
Amat malang bagi seorang wanita sekiranya mereka meroyan kerana ia mampu  mengancam nyawa sendiri, anak serta keluarga. 

Jadi, bagi para suami, pastikan isteri anda dijaga dengan baik dari segi mental dan fizikal selepas mereka bersusah payah melahirkan zuriat anda. Jangan bebankan fikiran mereka sehingga terjadinya meroyan. -CARI
7

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnakarinna 3-2-2017 01:44 PM
Pernah alami. Masa anak sulung.

1) mood swing
2) menangis2
3) rasa nak hempas baby
Nasib baik x hempas.
Quote allhaillll 3-2-2017 02:07 PM
ninnakarinna replied at 3-2-2017 01:44 PM
Pernah alami. Masa anak sulung.

1) mood swing

biasa sis. iols pun sama. cuma time tu tak paham kenapa jadik gitu. tak reti handle baby lagi. lama lama ok la.  
Quote ninnakarinna 3-2-2017 02:10 PM
allhaillll replied at 3-2-2017 02:07 PM
biasa sis. iols pun sama. cuma time tu tak paham kenapa jadik gitu. tak reti handle baby lagi. lam ...

Ye la..sebelum iols meroyan, mak dah 'meroyan' dulu.

Mak ckp..ko x yah nak nangis2 ikut ati sgt. Kang meroyan baru tau. Trus iols kawal emosi ditambah pujukan2 suami di sisi..         Lama2 ok.
Quote fishcracker 3-2-2017 02:25 PM
Meroyan sebab penat...sakit lepas bersalin belum hilang betul,nak kena handle baby tengah malam,yang ade orang temankan lega sikit bole tolong2 jaga baby,mak nye bole rehat...yang letih ni bila takde orang tolong,pantang sendiri2,jaga anak sendiri2

time baby tido silalah tido bagi yg pantang sendiri tu,power nap biar badan tak letih,mase prepare barang2 baby prepare jugak suplemen/makanan berkhasiat utk maknye supaya boost energy
Quote vanillaninja 3-2-2017 03:49 PM
I rasa these days almost semua ibu akan alami baby blues. I dulu sampai kena hospitalized during pantang sebab kena high blood pressure. Terlalu stressed.

Tapi alhamdulillah takde sampai tahap nak cederakan baby sendiri. But it happened to a former colleague of mine, dia literally terajang baby dia sendiri
Quote allhaillll 3-2-2017 04:30 PM
vanillaninja replied at 3-2-2017 03:49 PM
I rasa these days almost semua ibu akan alami baby blues. I dulu sampai kena hospitalized during pan ...

ayoo. tendang masa dalam pantang ke? then apa jadik?
Quote vanillaninja 3-2-2017 04:54 PM
allhaillll replied at 3-2-2017 04:30 PM
ayoo. tendang masa dalam pantang ke? then apa jadik?

Yes, masa pantang. Sheols cakap macam separa sedar pun ye jugak, sheols serabut dengar baby nangis katanya. Husband pulak takde. Tapi syukur baby takde apa2. Grown into a beautiful little girl anak sheols tu.
Quote allhaillll 3-2-2017 04:58 PM
ninnakarinna replied at 3-2-2017 02:10 PM
Ye la..sebelum iols meroyan, mak dah 'meroyan' dulu.

Mak ckp..ko x yah nak nangis2 ikut ati sgt ...

ade yg bg semangat oklah tu sister. risau yang kena pantang sendiri, 1st baby pulak tu. tu yg boleh jadi bukan bukan.
Quote ninnakarinna 3-2-2017 05:07 PM
allhaillll replied at 3-2-2017 04:58 PM
ade yg bg semangat oklah tu sister. risau yang kena pantang sendiri, 1st baby pulak tu. tu yg bole ...

Ya..ibu bersalin mesti ada morale support. Kena ada company. Xleh jg anak sorang2.
Quote Aizuzu 3-2-2017 05:16 PM
Tq for the info
Quote cik-jaja 3-2-2017 06:09 PM
nk save artikel ni la..
Quote sky8gurl 4-2-2017 02:10 PM
Ingatan utk diri sendiri jugak
Quote fromheaven 4-2-2017 07:47 PM
this is more to mental health. semua orang kena peka.
Quote fromheaven 4-2-2017 07:47 PM
rasa sebak pula baca ni. ingatan untuk diri sendiri
Quote booty 4-2-2017 09:48 PM
thanks for sharing
Quote faraway1 4-2-2017 10:49 PM
see sebab tu masa pergi kelas prenatal, nurse
tu bagitau meroyan ni sangat bahaya, kalau rasa
lain aje, jangan bagitau husband, sebab orang lelaki
ni kekadang dia tak faham, pergi hospital terus....
Quote Guccibamboo 4-2-2017 10:59 PM
Apabila hormones x stabil...mmg akan berlaku brain's cloud...otak x dpt berfikir dgn baik. Selepas bersalin...hormone progesterone yg sebelum ini tinggi terus drop....ni yg buat mommy blues...tambah dgn penat lg
Quote penmarker 5-2-2017 12:55 AM
Guccibamboo replied at 4-2-2017 10:59 PM
Apabila hormones x stabil...mmg akan berlaku brain's cloud...otak x dpt berfikir dgn baik. Selepas b ...

Betul.. saper tak pernah kena takkan faham.. hormon tak stabil bukan benda main2

Paling geram bila ayat dorg..rajin2la ngadap Allah..jauh dari Allah la tu yg jd gtu ..

Tu yamg buatkn ramai yang malu nak jumpa pakar..seek for help... takut dikata banyak buat dosa...
Quote poison_paradise 5-2-2017 10:47 AM
Meroyan la ni.. Para Suami jgnla buat hal mase bini tgh mengandung..dlm pantang ke.. Emosi isteri perlu dijaga.. Ni kau sibuk berskandal la.. Dera bini.. Sudahnyer bini meroyan bunuh anak sendiri...patot bunuh suami tu je la kan..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.059279 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top