Sebelum ini selebriti terkenal tanah air, Janna Nick didakwa sombong dan berlagak diva gara-gara menolak untuk memakai baju dari seorang pereka terkenal. Dia dikatakan telah 'tarik muka' dan tidak mahu membiarkan isu tersebut terus melarat, Janna tampil memberikan penjelasan. “Saya cakap jujur saja, baju yang dia sediakan tidak sesuai. Salah satu baju itu lebih kurang sama dengan baju yang saya pernah pakai ketika fotografi bersama media lain, risau orang kata saya ulang tayang baju sama pula," katanya kepada Utusan Online. Aktres ini juga menambah, "Baju yang kedua pula sejenis gaun, ia sangat seksi tanpa tali, di paras peha saja. Bayangkan! Itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi demi menjaga hati orang lain?" Pelakon berusia 22 tahun ini juga menegaskan yang dia tidak akan ubah cara pemakaian semata-mata untuk memuaskan hati mana-mana pihak. "Ini melibatkan kerja secara profesional. Dia sebagai pereka fesyen perlu tahu fesyen dan gaya yang sesuai untuk artis itu. Saya akan pakai baju itu jika pakaian itu tidak seksi dan tidak menjatuhkan maruah saya.” Sebelum ini kontroversi yang mengatakan Janna Nick tidak mesra dengan orang menyebabkan spekulasi mengenai sikapnya yang dingin itu menjadi lebih kuat. Apa pun diharap agar isu ini dapat diselesaikan segera kerana industri hiburan ini kecil sahaja, tidak eloklah mahu bermasam muka. Bagus juga jika kedua-duanya bersemuka untuk menjernihkan keadaan dan bekerjasama semula di masa akan datang. -CARI
|
21
Bagus |
15
Marah |
14
Terkejut |
16
Sedih |
16
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lasagnaklcc replied at 16-1-2017 06:05 PM
Janna nick kan mcm tomboyish sket. Motip bagi mini dress
ADVERTISEMENT