CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Cuai, Kepala Kemaluan Kanak-Kanak Lelaki Terpotong Semasa Berkhatan

27-12-2016 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10301| Komen: 86

Foto Hiasan

Detik yang mengerikan apabila bahagian kepala kemaluan seorang kanak-kanak lelaki terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser.
Dia berkemungkinan menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidupnya selepas mangsa yang berusia 10 tahun itu dibawa bapanya untuk berkhatan di sebuah klinik keluarga di Cheras pada 20 Disember lalu.

Memetik laporan Berita Harian, doktor yang bertanggungjawab menjalankan proses berkhatan itu memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja.

Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Laporan polis sudah dibuat tentang kecuaian tersebut dan menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi polis sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk doktor itu. Siasatan dilakukan merangkumi elemen menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain." 

Sekiranya didapati bersalah, doktor itu boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -CARI
49

Bagus
61

Marah
48

Terkejut
48

Sedih
53

Lawak
57

Bosan

Friends Rank (316 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hafeek 26-12-2016 10:00 PM
Ramai la lawyer beratur introduce diri kat adik ni... Anyway bertabah la dek
Quote gigahertz 26-12-2016 10:02 PM
doktor yang potong tu amoi cun wa takde hal
Quote gigahertz 26-12-2016 10:02 PM
doktor yang potong tu amoi cun wa takde hal
Quote batmana 26-12-2016 10:06 PM
Pkai laser? Cm lightsaber ke?
Quote taikor 26-12-2016 10:07 PM
suey betul. orang lain tak kena, dia kena
Quote belilies 26-12-2016 10:16 PM
Aku br je sembang ngan macit psl budak kene potong kt samarahan.
Quote redwed 26-12-2016 10:26 PM
Alu ingat kepala yang atas tu...
Quote imthegirl 26-12-2016 10:30 PM
Macam mana potong pakai laser tu?
Quote sueburn 26-12-2016 10:33 PM
Hamaigad.. bertabah la dek
Quote she 26-12-2016 10:34 PM
Jilake punya doktor

Sama macam kes anak saudara macik..khatan kt klinik dr azhar pstu darah kuar non stop...msuk hari kedua bengkak pstu mula nanah...kakak macik berulang g klinik tu anta anak die..doktor ckp pkara biasa bla bla bla...lgsg x bg ubat pape cuma cuci pstu balut smula...

Last2 macik p mengamok situ...cakap klu mcm ni weols nk repot kt kementerian...pastu doktor lain kt situ pujuk2 jgn...baru depa bg ubat gel tu...sbulan baru baik luka khatan tu..berapa byk kain pelekat buang sbb darah...sejak tu macik mmg x bg sedara mara macik khatan kt klinik azhar...baik p kt klinik lain yg betul2 pakar bab khatan...kesian wooo bdk tu trauma :
Quote Lagubestbest 26-12-2016 10:37 PM
Allahuakhbar tolonglah aku
[youtube]6l4ECZaBSNk[/youtube]

Jangan potong habis
[youtube]YJ8lIWLazdE[/youtube]

Ingat Neelofa
[youtube]w1ZBxAEPj88[/youtube]

Quote sabbath_shalom 26-12-2016 10:38 PM
she replied at 26-12-2016 10:34 PM
Jilake punya doktor

Sama macam kes anak saudara macik..khatan kt klinik dr azhar pstu darah kuar  ...

Baik khatan dengan tok mudim Yahudi sis...dia gigit jah kepala kulup tu style Para Anbiya.

Quote Nenasketum 26-12-2016 10:40 PM
Hadoiiih... kawan aku bangsa South American kawen cina malaysia, baby dia baru lahir terus potong. Rilek2 jer takde apa. Kita yang mlayu isle lately ni, macam2 citer dengar. Makin bahalol doktor melayu isle ke camner.
Quote sabbath_shalom 26-12-2016 10:42 PM
Edited by sabbath_shalom at 26-12-2016 10:44 PM
Lagubestbest replied at 26-12-2016 10:37 PM
Allahuakhbar tolonglah aku




Yahudi khatan takda pulak camni....mungkin sebab lebih yakin pada Elohim....Elohim tolong Yahudi.

Jerit Allahuakhbar tapi tak yakin pada Elohim watpe.
Quote FOTHER-MUCKER 26-12-2016 10:48 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-12-2016 02:49 PM

Terpotong kepala kemaluan tanpa sengaja


Kuala Lumpur: Budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras di sini, Selasa lalu.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.

Sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.

"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.

"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan di Pondok Polis HKL selepas mendapat saranan daripada pihak hospital berikutan terdapat unsur kecuaian.

"Hasil soal siasat dilakukan mendapati doktor terbabit mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja dan dia turut membuat laporan Balai Polis Batu 9, Cheras, selepas kejadian itu.

"Namun, semakan mendapati klinik itu masih belum didaftarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memiliki borang B atau sijil kebenaran dari KKM untuk membuka klinik dan siasatan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya.


http://www.hmetro.com.my/node/191894
__________________
Quote prettyuglybabe 26-12-2016 10:59 PM
tak faham.. maksudnya sekarang penis adik ni dah tak ada kepala le ye?
Quote Diamje 26-12-2016 11:10 PM
Homaiiii.. aku yg seriau..
Quote PongKang 26-12-2016 11:13 PM
bodohnya doc.. meh potong kemaluan dia pulak guna laser
Quote tripleid 26-12-2016 11:20 PM
takziah..gelap masa depanmu dekk

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.093515 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top