CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth, Juruterbang Terkorban & Tiga Parah

22-12-2016 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10208| Komen: 66


Sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di Pengkalan Udara TUDM di sini pada 5:30 petang kelmarin.


Memetik laporan Bernama, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan TUDM, seorang juruterbang TUDM disahkan terkorban manakala tiga yang lain parah dalam nahas itu.

Difahamkan mangsa yang terkorban adalah Mejar C. Kayamboo yang berasal dari Pulau Pinang dan bertugas di Subang. 

Manakala, kesemua anggota lain yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Keluarga anak kapal yang terlibat sedang dimaklumkan oleh pihak TUDM."

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mahu siasatan menyeluruh dilakukan terhadap nahas pesawat terbabit.

Ketika dihubungi pemberita, beliau berkata TUDM telah menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat punca sebenar kejadian itu.


Raja Mohamed Affandi turut merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

"Kita harap keluarga anggota yang terlibat dapat bersabar dan menerima ketentuan ini," katanya.

Menurut portal rasmi TUDM, pesawat itu digunakan oleh 16 Skuadron dalam melakukan tugas Penerbangan Pengawasan Maritim yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang.

Tugas utama 16 Skuadron adalah memberi amaran awal atau melapor segera pengenalan kapal-kapal di perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).- CARI

sumber foto: Bernama
sumber foto: Bernama
sumber foto: Bernama


30

Bagus
19

Marah
20

Terkejut
26

Sedih
27

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 21-12-2016 07:09 PM
Dengar cite 3 org mati dlm berita tv7
Quote insulin 21-12-2016 07:11 PM
Ye ke ni? Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote edee_91 21-12-2016 07:12 PM
ada berapa orang dalam pesawat?
Quote liesa10987 21-12-2016 07:15 PM
ade 4 orang..3 dapat keluar..sorang tersepit..
Quote edee_91 21-12-2016 07:18 PM
dah yang kata 3 mati tu?
Quote liesa10987 21-12-2016 07:22 PM
TUDM1.jpg





Quote cknoriz 21-12-2016 07:24 PM
aduiii musim ke?
Quote lil_sparky 21-12-2016 07:24 PM
Takziah..mohon update nti ye.
Quote TuntungReturn 21-12-2016 07:37 PM
BUTTERWORTH: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, petang tadi. Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, difahamkan pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang turut membawa tiga kru udara, yang dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu. ANTARA kru udara yang dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu. - Foto ihsan pembaca Berdasarkan maklumat awal, pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth menyebabkannya terbakar. Pihak TUDM dilaporkan dapat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa yang tercedera, namun keadaan mereka masih belum diketahui setakat ini. Sementara itu, pihak TUDM yang dihubungi mengesahkah kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/226009?m=1
Quote emelia1509 21-12-2016 07:40 PM
Innalillah..Salam takziah..
Quote doublethread 21-12-2016 07:45 PM
Innalillahiwainnailaihiraji'un.
Quote kelana36 21-12-2016 07:48 PM
Innalillah, semoga yang 3 crew lagi tu selamat.

A bad start for the newly appointed Panglima Tentera Udara,  baru beberapa jam ..
Quote FanTasyCreaTioN 21-12-2016 07:54 PM
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Beechcraft Super King Air 200 (B200T) terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth pada pukul 5.18 petang tadi.

Menurut kenyataan Bahagian Pehubungan Awam TUDM yang dikeluarkan di sini hari ini, seorang anak kapal pesawat berkenaan maut manakala tiga petugas udara yang lain cedera parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pesawat yang dikatakan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang itu menghala ke Butterworth digunakan bagi rondaan maritim terbabas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth dan menyebabkannya terbakar.

Keluarga-keluarga mangsa sedang dimaklumkan oleh pihak TUDM dan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti pucnca kejadian ditubuhkan TUDM.

Laporan lanjut menyusul. - UTUSAN ONLINE  

Quote deezeck 21-12-2016 07:55 PM
Salam takziah

Kemalangan serius pertama libatkan pesawat rondaan maritim beechcaft ni

Dugaan pertama buat PTU baharu
Quote FanTasyCreaTioN 21-12-2016 07:56 PM
kata nya .. 3 cedera parah ..

takat ni sorang ja meninggal
Quote tricomonas 21-12-2016 08:05 PM
Aku nampak plane ni terbang rendah je masa balik keja tadi.pas tu trtiba nampak asap tebal di pengkalan TUDM tu..aku syak dah mesti jatuh punya..
Quote prettyuglybabe 21-12-2016 08:05 PM
takziah...


Quote edoraixora 21-12-2016 08:11 PM
Info x rasmi...pilot yv mninggal mejar kayamboo
Quote sukacactus 21-12-2016 08:20 PM
Salam takziah

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.077088 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top