CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini]: Al-Fatihah, Dua Juruterbang Pesawat TUDM Ditemukan Maut

15-6-2017 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16268| Komen: 139

Description: Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persempadanan Pahang dan Terengganu.

Kemaskini: 5.00 Petang
Al-Fatihah, Dua Juruterbang Pesawat TUDM Ditemukan Maut 

sumber : Berita Harian

Dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu ditemukan terbunuh kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Memetik laporan Berita Harian, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, mayat Mejar Mohd. Hasri Zahari, 31, dan Yazmi Mohamed Yusof, 39, berkenaan ditemukan di kawasan berpaya di Chukai, Terengganu.

"Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan."

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing. 


Kerangka pesawat berkenaan bagaimanapun belum ditemukan.

Mejar Mohd Hasri dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban.

Manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan pihak TUDM segera menjalankan siasatan terperinci terhadap nahas yang berlaku itu.- CARI



Kemaskini: 3.00 Petang   
Pesawat Pejuang TUDM Jenis Hawk 108 Terputus Hubungan


Sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di persempadanan Pahang dan Terengganu.

Memetik laporan Bernama, kejadian itu telah disahkan oleh Markas Tentera Udara hari ini menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, pesawat jenis Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11.00 pagi sebelum terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.


Sehubungan itu katanya, TUDM telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).

“Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi status di Twitter beliau berharap pesawat tersebut ditemui selamat.- CARI




24

Bagus
28

Marah
22

Terkejut
30

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote itik_kuning 15-6-2017 01:50 PM
harap2 selamat la ya
Quote Pixie902 15-6-2017 01:51 PM
Semuga semuanya dijumpai selamat...
Quote kikuri 15-6-2017 01:59 PM
semoga semuanya selamat... dah nak raya ni
Quote kechikchomel 15-6-2017 02:09 PM
semoga semuanya selamat...
takde kuar lagi flight manifest?
(kalau utk tentera pggl flight manifest juga ke?)
Quote MinnieNini 15-6-2017 02:32 PM
kechikchomel replied at 15-6-2017 02:09 PM
semoga semuanya selamat...
takde kuar lagi flight manifest?
(kalau utk tentera pggl flight manife ...

Selalu klau jet pejuang mcm ni.. Capacity seat dia 1/2 org je kan.. I pun x sure.. Kena tanya yg lebih pakar..
Quote paz 15-6-2017 02:33 PM
Semoga selamat.
Quote tengku_anggun00 15-6-2017 02:33 PM
ya allah..kcian nya..harap2 semua terselamat...
Quote takayama 15-6-2017 02:38 PM
Mudah2an selamatlah diaorg ni semua
dah nak raya
Quote kechikchomel 15-6-2017 02:39 PM
MinnieNini replied at 15-6-2017 02:32 PM
Selalu klau jet pejuang mcm ni.. Capacity seat dia 1/2 org je kan.. I pun x sure.. Kena tanya yg l ...

kat FB ada kawan share..Hawk 108 ada 2 tmpt duduk.
moga kedua2 selamat

Quote ell768 15-6-2017 02:48 PM
semoga semua selamat..takde news update lg ke?
Quote Loxlaxman 15-6-2017 03:00 PM
Jumpa dah kat Langkawi katanya..
Quote Deidra 15-6-2017 03:08 PM
May Allah ease everything..aameen
Quote MissMamamia75 15-6-2017 03:23 PM
Semoga slmt belaka
Quote kelapaparut 15-6-2017 03:31 PM
Edited by kelapaparut at 15-6-2017 03:33 PM

Takut jugak kalu tajuknye Pesawat penumpang boeing bbrp 7 terputus hubungan, besar sgt size dgn penumpangnye, ape2pun hrp2 slmtlah pilot iteww nak beraya kan..
Quote mejaputih 15-6-2017 03:39 PM
dah jumpa..
Quote tossee 15-6-2017 03:41 PM
Maklumat awal ckp jet hawk tu crashed & pilot selamat
Quote kechikchomel 15-6-2017 03:48 PM
tossee replied at 15-6-2017 03:41 PM
Maklumat awal ckp jet hawk tu crashed & pilot selamat

jumpa kat mana?
ada link news?
syukur lah kalau betul...
Quote momomikomiki 15-6-2017 03:52 PM
tossee replied at 15-6-2017 03:41 PM
Maklumat awal ckp jet hawk tu crashed & pilot selamat

alhamdulillah kalau berita ni btol...
Quote tossee 15-6-2017 03:55 PM
kechikchomel replied at 15-6-2017 03:48 PM
jumpa kat mana?
ada link news?
syukur lah kalau betul...

Mengikut maklumat yg tak rasmi jet tu crashed dkt chukai, pilot sempat eject, kita tunggu berita rasmi drpd TUDM nnt.

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.131530 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top