Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menolak sebarang kebimbangan bahawa kerja naik taraf Kuala Lumpur (KL) Sports City Bukit Jalil berdepan kelewatan, sebaliknya yakin venue utama Sukan SEA 2017 itu akan siap sepenuhnya pada Julai tahun depan, sebulan sebelum temasya dwitahunan tersebut bermula.
Demikian yang dinyatakan oleh Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan Sukan SEA 2017 di Wisma MOM kelmarin. Tambah Datuk Low Beng Choo, proses naik taraf dan membangunkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang akan dikenali sebagai KL Sports City itu berjalan mengikut jadual yang dipersetujui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kontraktor pemaju. Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya bersama Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 (MASOC) tetap memiliki pelan B sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan. “Sebagai penganjur, sememangnya kami perlu ada pelan B untuk semua perkara bukan sahaja venue tetapi logistik, penginapan dan setiap aspek ber-kaitan tetapi kami tidak akan mendedahkan perancangan itu bagi mengelakkan sebarang spekulasi.”
Projek pembangunan KL Sports City fasa pertama kini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Julai tahun hadapan bersesuaian dengan tarikh Sukan SEA 2017 yang akan dianjurkan pada 19-31 Ogos.- CARI |
3
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT