CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1372|Reply: 3

Kerja Naik Taraf Sukan SEA 2017, MOM Yakin Siap Ikut Jadual

  [Copy link]
Post time 6-12-2016 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menolak sebarang kebimbangan bahawa kerja naik taraf Kuala Lumpur (KL) Sports City Bukit Jalil berdepan kelewatan, sebaliknya yakin venue utama Sukan SEA 2017 itu akan siap sepenuhnya pada Julai tahun depan, sebulan sebelum temasya dwitahunan tersebut bermula.


Demikian yang dinyatakan oleh Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng Choo selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan Sukan SEA 2017 di Wisma MOM kelmarin.


Tambah Datuk Low Beng Choo, proses naik taraf dan membangunkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang akan dikenali sebagai KL Sports City itu berjalan mengikut jadual yang dipersetujui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta kontraktor pemaju.


Bagaimanapun beliau memberitahu, pihaknya bersama Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 (MASOC) tetap memiliki pelan B sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

“Sebagai penganjur, sememangnya kami perlu ada pelan B untuk semua perkara bukan sahaja venue tetapi logistik, penginapan dan setiap aspek ber-kaitan tetapi kami tidak akan mendedahkan perancangan itu bagi mengelakkan sebarang spekulasi.”


Projek pembangunan KL Sports City fasa pertama kini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan Julai tahun hadapan bersesuaian dengan tarikh Sukan SEA 2017 yang akan dianjurkan pada 19-31 Ogos.- CARI

sumber foto: https://farm6.staticflickr.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Baper bilion? Actual cost baper? Tax payers money woooo
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 12:32 PM | Show all posts
Ada orang Masoc tak kat sini? Dah lama apply jadi volunteer, mohon shortliskan nama saya
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk buat persembahan time opening nnti
Nk ganti ayda jebat nyanyi lagu pencuri hatiku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.377385 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list