CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan P.Pinang & Lebuh Raya Tun Lim Chong Eu Ditutup Utk Siasatan Polis

6-12-2016 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4760| Komen: 18

Description: Bagi membolehkan polis menjalankan kerja-kerja forensik balistik di lokasi kejadian tembakan yang berlaku pada Khamis lalu sehingga mengorbankan tiga individu, laluan Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh R ...
Bagi membolehkan polis menjalankan kerja-kerja forensik balistik di lokasi kejadian tembakan yang berlaku pada Khamis lalu sehingga mengorbankan tiga individu, laluan Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu akan ditutup.


Ia ditutup kepada semua pengguna bermula pukul 10.30 pagi hingga 5 petang 7 Disember ini.

Makluman tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Menurut kenyataan itu juga, orang ramai disarankan menggunakan perkhidmatan feri atau jambatan kedua atau Jalan Sultan Azlan Shah dan lebuh raya Sungai Nibong untuk menghala ke Jambatan Pulau Pinang atau ke Seberang Perai sebagai laluan alternatif.

Ini kerana penutupan jalan melibatkan laluan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang mulai persimpangan Jalan Ahmad Nor ke susur masuk jambatan.

Selain itu, pengguna juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ke jambatan dari Jalan Ahmad Nor, Jalan Jelutong dan Jalan Sultan Azlan Shah manakala ke Bayan Lepas terus melalui Jalan Sultan Azlan Shah.- CARI


sumber foto: CARI Grafik

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_conan 6-12-2016 12:38 PM
sementara itu dok bagi orang lalu lalang, eviden kot ada pon ntah dah tercemar, hilang ke mana..
patutnya buat immediately la benda2 mcm ni..
Quote aks_berhad 6-12-2016 01:08 PM
cmf_conan replied at 6-12-2016 12:38 PM
sementara itu dok bagi orang lalu lalang, eviden kot ada pon ntah dah tercemar, hilang ke mana..
pa ...

forensik balistik ni hanya nk buat ujian menembak je kot. then lihat impak cemana dan dari result dah boleh tau org yg cedera tu hasil dr tembakan jarak dekat atau jauh.
Quote Andyscenes 6-12-2016 01:16 PM
aks_berhad replied at 6-12-2016 01:08 PM
forensik balistik ni hanya nk buat ujian menembak je kot. then lihat impak cemana dan dari result  ...

wahhh, br tau apa tu forensik balistik.
Quote cmf_conan 6-12-2016 01:24 PM
aks_berhad replied at 6-12-2016 01:08 PM
forensik balistik ni hanya nk buat ujian menembak je kot. then lihat impak cemana dan dari result  ...

owh make sense then..
teringat csi yg dorang pakai benang or infra red tuh..
Quote cmf_blingblings 6-12-2016 01:44 PM
penembak tu ada masalah mental? takkan datuk tak perasan bodyguard mental? sgt misteri nusantara
Quote oppol 6-12-2016 02:03 PM
cmf_blingblings replied at 6-12-2016 01:44 PM
penembak tu ada masalah mental? takkan datuk tak perasan bodyguard mental? sgt misteri nusantara

Ada masalah mental tu lagi senang,boleh suruh dia bunuh orang.boss boleh terlepas kalau dia buat kerja sebab dia ada masalah mental...

Tapi boss pula yang kena tembak..
Quote cmf_blingblings 6-12-2016 02:14 PM
oppol replied at 6-12-2016 02:03 PM
Ada masalah mental tu lagi senang,boleh suruh dia bunuh orang.boss boleh terlepas kalau dia buat k ...

Silap -silap bos ni mafia Penang, songlap GF bodyguard
Quote taji2906 6-12-2016 02:33 PM
kaverline ckp kes terpencil.. cuma org ada masalah mental yg p tembak bang2 jek.. takde kaitan masalah kongsi gelap.. kata kepala polis semalam... aku dgr kat berita radio.. hebat tak kaverline?
Quote Nt-ViruS 6-12-2016 05:29 PM
aku pelik nape bodyguard duk belakang?
Quote rosmawari 6-12-2016 06:45 PM
Nt-ViruS replied at 6-12-2016 05:29 PM
aku pelik nape bodyguard duk belakang?

Bodiguard jadi bos.
Bos jadi dreber..
Quote rosmawari 6-12-2016 06:49 PM
Nt-ViruS replied at 6-12-2016 05:29 PM
aku pelik nape bodyguard duk belakang?

Bagi bodiguard rasa jadi bos n bos
pula jadi dreber..
Quote kluangman 7-12-2016 02:11 PM
Nt-ViruS replied at 6-12-2016 05:29 PM
aku pelik nape bodyguard duk belakang?

Mmg dijangka target kot.
Sebab itu bos dia duduk depan bersebelahan pemandu.
Pengawal di dudukkan di belakang sebab waktu jalan jem orang akan aim boss iaitu orang yg duduk belakang.





Quote cknoriz 7-12-2016 02:16 PM
bodyguard tu mmg plan baik punya siap mabukkan driver taiko supaya senang buat keje haha...tp dlm mabuk2 sempat lg melawan n kluaq kereta kalau x senang hapus bukti..2 org lelaki mati ditembak dan kereta tersadai tepi jalan polis still menyiasat blablabla haha
Quote zameyla 7-12-2016 02:24 PM
cknoriz replied at 7-12-2016 02:16 PM
bodyguard tu mmg plan baik punya siap mabukkan driver taiko supaya senang buat keje haha...tp dlm ma ...

kannn........
claim mental konon, padahal bodyguard tu geng mafia lain...
Quote manehnya 7-12-2016 02:28 PM
cknoriz replied at 7-12-2016 02:16 PM
bodyguard tu mmg plan baik punya siap mabukkan driver taiko supaya senang buat keje haha...tp dlm ma ...

selain dari mental,

apa lg kemungkinan motif dia?
Quote cknoriz 7-12-2016 08:17 PM
manehnya replied at 7-12-2016 02:28 PM
selain dari mental,

apa lg kemungkinan motif dia?

adik dia dh setahun keje team bodyguard datuk baukshitt tu...dh cun semua info selok belok dh dapat baca terus reccomend ajak abg dia bekas tentera join jd bodyguard. sehari je keje dh mampus taiko besaq tu ko ghasee? hahaha word mental kena main secepat mungkin, utk kes2 havoc mcm ni..hope fmly c jaafar dpt perlindungan polis bahaya weii geng 24 kerjakan habis nanti sian depa x bersalah..
Quote grouper 7-12-2016 08:25 PM
Dah ketua taiko dah mati, sape jd penggantinye. Teringat cite young n dangerous, gaduh sakan nak jd ketua.
Quote manehnya 8-12-2016 09:48 AM
cknoriz replied at 7-12-2016 08:17 PM
adik dia dh setahun keje team bodyguard datuk baukshitt tu...dh cun semua info selok belok dh dapa ...

aku x pandai nk rase, tp kau suggest, konspirasi?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.268657 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top