Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Sri Al- Amin, Sungai Tangkas, Bangi dipercayai hilang selepas gagal dikesan sejak pagi semalam.
Kehilangan Aliaa Syafiqah Nazar, 13, disedari keluarganya selepas melihat remaja itu tiada di bilik tidurnya kira-kira 10 pagi tadi. Memetik laporan Utusan Online, bapa mangsa Norjuliani Nazar Nazari memaklumkan mereka sekeluarga mencari mangsa sebelum mendapati dia dilihat kali terakhir berada di sekolahnya pada jam 7.51 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan turut menemui satu beg milik mangsa yang ditinggalkan di sekolah tersebut. “Dia memberitahu kami bahawa sekolah memberikan pelepasan cuti berikutan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang berlangsung dan kami sekeluarga terkejut sebaik mengetahui dia tiada di rumah pagi tadi." Menurut laporan The Star, mangsa pernah memberitahu bapanya berkeinginan untuk tukar ke sekolah lain kerana mengadu tertekan dengan rakan-rakan sekolah yang kerap bertanyakan tentang ibunya yang telah lama berpisah dengan beliau.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung Aliaa diminta menghubungi ahli keluarga mangsa di talian 018 - 662 4450, 018 -510 6343 atau 019- 653 6343. - CARI |
18
Bagus |
19
Marah |
27
Terkejut |
29
Sedih |
25
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
God_Eater_5 replied at 16-11-2016 11:31 AM
thread dah ada....... mohon TT mereputz
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=10 ...
ADVERTISEMENT