CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lubang Gergasi Atas Jalan Di Fukuoka, Hanya Ambil Masa Seminggu Diperbaiki

16-11-2016 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4974| Komen: 32

Description: Jalan sibuk di Fukuoka yang terbenam menjadi lubang gergasi minggu lalu telah dibuka semula dengan kumpulan pekerja yang bekerja keras sepanjang masa selama seminggu mendapat pujian ramai.

Jalan sibuk di Fukuoka yang terbenam menjadi lubang gergasi minggu lalu telah dibuka semula dengan kumpulan pekerja yang bekerja keras sepanjang masa selama seminggu mendapat pujian ramai.


Memetik laporan Astro Awani, lubang benam gergasi berukuran kira-kira 30 meter (98 kaki) lebar dengan kedalaman 15 meter berlaku di kawasan perniagaan sibuk di bandar barat daya Fukuoka, menelan sebahagian jalan lima lorong.

Lubang tersebut, yang dilihat muncul disebabkan pembinaan kereta api bawah tanah di kawasan itu, telah mendedahkan tiang sokongan bangunan berhampiran persimpangan lampu isyarat.

sumber foto: www.thereporter.my

Pekerja di Jepun berkerja keras secara berterusan selama seminggu, melambak simen basah dan pasir ke dalam lubang yang luas dan membaiki bekalan kuasa, saluran gas dan air yang terjejas berikutan kejadian itu.


Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima memaklumkan jalan itu dibuka semula pada 5 pukul pagi Selasa dan memberi penghargaan yang tinggi ke atas para pekerja yang berusaha gigih demi kemudahan masyarakat setempat khususnya pengguna jalanraya di bandar Fukuoka.- CARI

sumber foto: www.thereporter.my


12

Bagus
14

Marah
17

Terkejut
30

Sedih
24

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 16-11-2016 11:12 AM
Pergh! Tabik spring!
Quote sukacactus 16-11-2016 11:21 AM
Patut contohi rasa tanggungjawab org jepun
Lori tanah kat sana pun berkilat je
Quote sue_0684 16-11-2016 11:35 AM
kat sini, ko tunggu la election seterusnya..
Quote mommymonster82 16-11-2016 11:39 AM
Takutnya....
Quote novlin 16-11-2016 12:06 PM
sue_0684 replied at 16-11-2016 11:35 AM
kat sini, ko tunggu la election seterusnya..

xyah lobang sebesar alam cenggini... lopak pun amik masa berbulan2 utk turap...


Quote Defcon2 16-11-2016 12:08 PM
sue_0684 replied at 16-11-2016 11:35 AM
kat sini, ko tunggu la election seterusnya..

Setuju sangat dengan pandangan ini.

Quote oppol 16-11-2016 12:15 PM
Jepun negara mesin,apa saja barang yang di perlukan semuanya ada.Tak perlu nak order dari negara luar yang ambil masa...
Quote cmf_premierleag 16-11-2016 12:20 PM
kalo kat malaysia ni, berzaman le nak baiki
contoh plg senang
eskalator kat LRT stsn Masjid Jamek......dah 4 bulan masih lagi tak repair sbb alasan bodoh RapidKL yg maha bangsat ialah takde sparepart
jilaka lahanat punya rapid KL
Quote cak! 16-11-2016 12:24 PM
cmf_premierleag replied at 16-11-2016 12:20 PM
kalo kat malaysia ni, berzaman le nak baiki
contoh plg senang
eskalator kat LRT stsn Masjid Jamek. ...

eksesais la nok potong lelemak tu
Quote jejaka00 16-11-2016 12:31 PM
kalau jadi kat maleisia ni , 1st thing blame sape kena tanggungjawab dulu, bla bla bla, tub tub tub, pas sebulan baru repair
Quote BoongaKertas 16-11-2016 12:33 PM
efisien betol org2 jepun ni kan. Kagum! Kat Msia, lubang sebab mendap kat jalan kuching tu dh dekat 3 bulan, dok lagu tu juga.
Quote DayangKirana 16-11-2016 12:37 PM
saw this on 9gag..

they were asked " How long would it takes to fix this in your country?"
yang bestnye komen2 kat situ semua shows how incompetence their gov will handle such a situation..

so, mana2 sama jer.. lagi2 kat 3rd world country..
Quote Teru2Bozu 16-11-2016 12:38 PM
kalu kat melaysia, benda2 gini makan taun. nak kena kluar tender bagai.
Quote Artemesiaa 16-11-2016 12:39 PM
Kagum dengan hasilnya macam tak ada kejadian tanah runtuh kat situ, kalau sini dah ditar pun tetap beralun2 jugak payah nak dapat macam asal
Quote imransulaiman 16-11-2016 12:45 PM
Sementara di Malaysia...sibuk dengan berita rasuah, orang hilang, anak tak boleh sapu lantai kelas, lagu ciplak, bla itu bla ini....
Quote Acik.Kepam 16-11-2016 12:49 PM
sue_0684 replied at 16-11-2016 11:35 AM
kat sini, ko tunggu la election seterusnya..

propa sangat sister.
mentaliti batak2 macai politik yang hilang akal sangat.
Quote aTiKah_aYuNi 16-11-2016 12:49 PM
wow....lubang besar tu, siap seminggu ????gile tabik lah....

tahniah utk pekerja yg bertungkus lumus, dan pengguna yg sabar....

tapi xboleh lawan sabar nyer rakyat malaysia dgn jalan2 yg ada nih..berbulan2 sabar...

tgu ada kemalangan jiwa baru bertindak...
Quote -electrifying- 16-11-2016 12:51 PM
Klau malysia, kena mesyuarat dulu tubuhkan jwatankuasa.. estimate bla bla bla timbul isu mh370, vdeo seks ahli politk terus lupa ada lubang besar tu
Quote cHimo 16-11-2016 01:00 PM
Kalau di Malaysia lubang kecil pun kekadang ambil masa berbulan baru dibaiki

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062704 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top