CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya

26-7-2016 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3049| Komen: 6

Description: Pihak bomba yang dihubungi telah menerima panggilan jam 10.15 malam
oleh Adib Za

Seorang lelaki warga emas yang hilang ketika menangkap ikan di sungai di Kampung Sessang, Saratok dikhuatiri dibaham buaya.

Memetik laman Berita Harian, mangsa Suhaili Ladi, 62 dikatakan menaiki sampan pada 1.30 tengah hari namun tidak balik ke rumah selepas itu. 

Penduduk yang risaukan keselamatan mangsa, keluar beramai-ramai mencarinya. Pada jam 9.00 malam, mereka menemui sampan milik mangsa hanyut di sungai itu. 

Pihak bomba yang dihubungi telah menerima panggilan jam 10.15 malam dan melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Namun, pihak bomba masih gagal menemui mangsa sehingga pagi ini jam 9.30 pagi. - CARI


Sumber: Berita Harian 

Foto Ihsan Berita Harian



9

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 26-7-2016 12:01 PM
Belum ada bukti,dah kata buaya.
Quote jazaa100 26-7-2016 12:43 PM
Siannya......
Harap jumpa dgn selamat
Quote Clover_Hill 26-7-2016 12:45 PM
Demi mencari rezki, nyawa dipertaruhkan...
Quote babynina30 26-7-2016 01:10 PM
Kesian sedihnyaaaaaa
Quote chinta89 27-7-2016 11:32 AM
siasat lu.. buaya plk dpt nama.
Quote oppol 28-7-2016 09:41 PM
KABONG: Mayat Suhaili Ladi, 62, yang hilang Isnin lalu ditemui dalam keadaan sempurna pagi semalam, sekali gus menolak kaitan dengan serangan buaya Sungai Seblak.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Azamsah Apearal berkata, mayat Suhaili ditemui penduduk kampung yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.55 pagi semalam kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika menangkap udang di Lubok Paley, Tanjung Rangan, Sessang.

“Pasukan SAR memulakan pencarian sekitar jam 8 pagi dengan tumpuan terarah ke kawasan sekitar lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat dijumpai terapung kira-kira 500 meter ke hilir pos kawalan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) oleh penduduk kampung yang menyertai SAR.

“Andaian awal penduduk bahawa mangsa diserang buaya adalah tidak tepat dengan penemuan mayat dalam keadaan sempurna. Mangsa mungkin terjatuh ke dalam sungai dan lemas,” ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Saratok untuk bedah siasat.

Dalam kejadian Isnin lalu, Suhaili dikatakan turun ke sungai seorang diri untuk menangkap udang di Sungai Seblak sekitar jam 1 petang.

Isterinya, Uteh Ilin, 56, mula bimbang apabila mangsa tidak pulang ke rumah menjelang senja dan bertindak memberitahu perkara tersebut kepada penduduk kampung.

Sejurus kemudian operasi mencari mangsa dilancarkan dan perahu Suhaili ditemui sekitar jam 9 malam, namun hasil tangkapannya yang tidak terusik menimbulkan pelbagai andaian, termasuk kemungkinan serangan buaya.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042411 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top