Selalu sembelit? Oh tidak, memang sangat menyusahkan dan dalam masa yang sama menyakitkan. Orang yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana rasanya duduk di dalam tandas untuk masa yang lama namun tetap juga sukar membuang air besar. Ada banyak cara yang boleh dicuba untuk mengatasi sembelit seperti menggunakan ubat-ubatan malah ada juga yang makan buah pisang atau betik namun itu semua boleh dilakukan untuk mencegah sahaja. Bagaimana pula situasinya jika sudah terlanjur sembelit? Sebenarnya mudah, hanya dengan mengurut bahagian yang dipanggil Perineum, iaitu bahagian di antara dubur dan alat sulit. Menurut Journal of General Internal Medicine, menekan atau mengurut bahagian tersebut dapat membantu melancarkan proses membuang air besar. Kajian yang dijalankan kepada 100 orang yang mengalami sembelit mendapati cara ini dapat membantu melembutkan najis. Sebelum ini cara tersebut sering diamalkan oleh wanita hamil untuk mengurangkan kesan koyakan semasa melahirkan. Jadi bagi mereka yang mengalami sembelit bolehlah cuba kaedah yang dicadangkan ini, senang sahaja kan? -CARI |
10
Bagus |
28
Marah |
21
Terkejut |
16
Sedih |
27
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bagaimana pula situasinya jika sudah terlanjur sembelit? Sebenarnya mudah, hanya dengan mengurut bahagian yang dipanggil Perineum, iaitu bahagian di antara dubur dan alat sulit.
cik-jaja replied at 3-11-2016 06:40 PM
hmmmm kat mana bahagiannya tu?? xdpt byg
ADVERTISEMENT