Kasut sniker putih memang cantik dipakai untuk ke mana sahaja. Nak pakai untuk jalan-jalan boleh, nak bersukan pun boleh. Selain itu, kasut sniker putih juga kelihatan 'cool' dipadankan dengan pelbagai gaya dan jenis pakaian.
Cuma masalahnya, kasut putih ini kalau kotor sedikit saja, sudah terlihat kusam dan sakit mata memandang. Jadi perosak rancangan saja kalau dah berniat nak tampil dengan gaya 'trendy', bukan? Tapi, anda sudah boleh menarik nafas lega! Kenapa? Sebenarnya ada trik yang boleh dicuba untuk membuat kasut sniker anda kembali putih berseri seperti yang baharu!
Caranya? Mudah saja. Ayuh, ikuti langkah di bawah! Bahan dan peralatan: 1/2 cawan cuka 1/4 cawan baking soda Mangkuk Berus gigi Caranya: 1. Campurkan cuka dan baking soda hingga larut dalam mangkuk 2. Celupkan berus gigi ke dalam larutan, lalu gosokkan ke permukaan kasut. 3. Bagi permukaan yang lebih kotor, gosokkan secara berulang-ulang. 4. Bagi permukaan kasut yang bergetah, gunakan span atau kain lembut untuk menggosok. 5. Biarkan setengah jam sebelum dibilas di bawah air mengalir dan dikeringkan. Cara ini diyakini selamat dan efektif. Selain itu campuran cuka dan baking soda memiliki kandungan antibakteria serta antikulat. Tertarik untuk mencuba? Semoga info ini bermanfaat kepada anda. - CARI
|
16
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ikmanurz replied at 27-10-2016 04:11 PM
dulu memang rajin gosok gigi dgn baking soda.. kompem gigi bersih sebab pegi dentist mesti diorang t ...
-electrifying- replied at 27-10-2016 08:25 AM
nk try ikot la... cme ubt gigi dgn baking soda tu ke . pastu gosok je?
ikmanurz replied at 27-10-2016 04:32 PM
ganti ubat gigi.. tepek berus basah je atas soda tu,tak payah banyak2.. sakit jugak gusi kalau ban ...
ADVERTISEMENT