Kasut sniker putih memang cantik dipakai untuk ke mana sahaja. Nak pakai untuk jalan-jalan boleh, nak bersukan pun boleh. Selain itu, kasut sniker putih juga kelihatan 'cool' dipadankan dengan pelbagai gaya dan jenis pakaian.
Cuma masalahnya, kasut putih ini kalau kotor sedikit saja, sudah terlihat kusam dan sakit mata memandang. Jadi perosak rancangan saja kalau dah berniat nak tampil dengan gaya 'trendy', bukan?
Sumber foto: Carian Google
Tapi, anda sudah boleh menarik nafas lega! Kenapa? Sebenarnya ada trik yang boleh dicuba untuk membuat kasut sniker anda kembali putih berseri seperti yang baharu!
Caranya? Mudah saja. Ayuh, ikuti langkah di bawah!
Bahan dan peralatan:
1/2 cawan cuka
1/4 cawan baking soda
Mangkuk
Berus gigi
Caranya:
1. Campurkan cuka dan baking soda hingga larut dalam mangkuk
2. Celupkan berus gigi ke dalam larutan, lalu gosokkan ke permukaan kasut.
3. Bagi permukaan yang lebih kotor, gosokkan secara berulang-ulang.
4. Bagi permukaan kasut yang bergetah, gunakan span atau kain lembut untuk menggosok.
5. Biarkan setengah jam sebelum dibilas di bawah air mengalir dan dikeringkan.
Cara ini diyakini selamat dan efektif. Selain itu campuran cuka dan baking soda memiliki kandungan antibakteria serta antikulat.
Sumber foto: brightside.me
Tertarik untuk mencuba? Semoga info ini bermanfaat kepada anda. - CARI |