CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Atuk 69 Tahun Ini Akhirnya Genggam Ijazah Pertama Kali Dalam Hidupnya

27-10-2016 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6189| Komen: 24|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Mengagumkan, sangat memberi inspirasi dan dapat dijadikan contoh terbaik kepada orang lain!
Sumber Foto: Facebook Onny Hazwani


Mengagumkan, sangat memberi inspirasi dan dapat dijadikan contoh terbaik kepada orang lain!

Itu antara kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bangganya diri seorang anak apabila ayahnya yang berumur 69 tahun berjaya menggenggam segulung ijazah buat pertama kalinya.

Melalui cerita yang dikongsikan oleh Onny Hazwani melalui laman facebooknya, semangat ayahnya untuk menuntut ilmu sehingga berjaya di menara gading begitu kental sejak dari muda lagi.

Walaupun tidak berkesempatan menimba ilmu semasa muda kerana kekangan kewangan, ayahnya tidak putus asa dan telah mengambil MCE (sekarang SPM) ketika sudah mempunyai dua orang anak.



Selepas semua anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan bidang masing-masing, ayah Onny telah mendaftarkan diri untuk program ijazah jarak jauh untuk warga emas di USM.

Menurut Onny, disebabkan mengambil program jarak jauh (PJJ), kebanyakan 'assignment' perlu dihantar secara atas talian dan melalui e-mel.


Jadi, dialah yang mengajar ayahnya cara untuk menggunakan komputer riba, nak 'save', 'print', 'download', 'upload', 'e-mail', 'set password', dan banyak lagi. Kadang-kadang benda yang sama akan diajar berulang kali memandangkan ayahnya cepat lupa namun bagi Onny dia puas dan bangga kerana ayahnya kini sudah berjaya mencapai impiannya.

Netizen turut mengucapkan tahniah yang tidak putus-putus serta turut sama-sama berbangga dengan pencapaian yang dikecapi atuk yang mempunyai 12 orang cucu ini.

 

Kisah ini pastinya dapat menyuntik semnagat dan memberi dorongan kepada orang lain dan membuktikan yang umur bukanlah faktor penghalang untuk terus menimba ilmu.

Sebak bercampur bangga bila baca kisah-kisah yang berupa motivasi seperti ini, anda pula rasa bagaimana? -CARI
22

Bagus
26

Marah
18

Terkejut
25

Sedih
30

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tritium 27-10-2016 01:19 PM
Ijazah jurusan cikai sj kot
Quote jazaa100 27-10-2016 01:23 PM
tritium replied at 27-10-2016 01:19 PM
Ijazah jurusan cikai sj kot

Masih ada busuk hati....
Quote tritium 27-10-2016 01:29 PM

Ye lah. Aku dengki ijazah cikai pakcik tu
Quote MyNameIsIris 27-10-2016 01:36 PM
Ok aku baru 33.. boleh lagi....
Quote senduhazab 27-10-2016 01:38 PM
tritium replied at 27-10-2016 01:19 PM
Ijazah jurusan cikai sj kot

At least dia usaha

Dari dok beli ijazah la, phd la

Malu kot kat pakcik ni yg gigih usaha
Quote JpA0606 27-10-2016 02:18 PM
senduhazab replied at 27-10-2016 01:38 PM
At least dia usaha

Dari dok beli ijazah la, phd la

BETUL TU!!!!
Quote fishcracker 27-10-2016 03:05 PM
tahniah uncle..iol jugak belum ade ijazah
Quote ReginaBeauty 27-10-2016 03:06 PM
So inspiring. Congrats
Quote jiwarasa 27-10-2016 03:33 PM

bagus. terbukti ada ijazah walaupun bukan pHD macam orang tu
Quote nyanyan 27-10-2016 03:51 PM
harap harap "Dr" Azizan  Osman dapat insirasi dari atuk 12 cucu ni
Quote teha86 27-10-2016 05:11 PM
terus semangat nak abiskan belajar...
Quote siskepoh 27-10-2016 06:39 PM
Bangga sangat bace  cerita ni...
Quote merrissa 27-10-2016 06:49 PM
tahniah atuk....

teman yang dah tua ni pon x habis2 belajaq lagi...kawan duk perli2....aikkkk x habis2 beljaq lagi ka...
Quote DeeHanania 27-10-2016 08:50 PM
Tahniah Uncle...
Quote naanie 27-10-2016 10:28 PM
Yang comment ijazah cikai tu mesti uols takde ijazah..kalau ada pong uols beli
Quote Artemesiaa 27-10-2016 11:01 PM
Selagi belum hilang nyawa tak ada alasan untuk tak belajar dan berjaya
Quote Lagubestbest 27-10-2016 11:45 PM
Inspiring.. ijazah kursus ape? Kalo kursus agama leh dah naik mimbar beri ceramah agama.
Quote farhana008 28-10-2016 08:57 AM
Tahniah Atuk! Kita sama alumni.
Quote FARRAZOOL 28-10-2016 09:55 AM
Tahniah atokkk...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052960 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top