Kita sudah biasa menyimpan buah-buahan dan sayuran di dalam peti sejuk baik yang baru dibeli, mahupun lebihan memasak. Anda harus INGAT tidak semua jenis makanan dan sayuran bertahan lama di dalam peti sejuk. Menurut New York Times, hasil kajian University of Florida mendapati tomato yang disimpan di dalam peti sejuk cepat kecut dan hilang kesegarannya. Bukan itu sahaja, kesegaran dan rasa yang hilang itu tidak akan kembali seperti asal meskipun selepas dikeluarkan. Keadaan peti sejuk yang dingin mengubah kestabilan sintesis di dalam tomato. Dengan kata lain, ia 'membunuh' khasiat tomato itu.
Penyelidik, Harry Klee, menyamakan keadaan tomato yang dikeluarkan dari peti sejuk sama seperti nada yang dihasilkan sebuah biola. "Anda masih boleh mendengar bunyinya, namun setiap nada yang dihasilkan adalah berbeza," katanya. Dia menjelaskan, sebuah tomato yang lazat biasanya mengandung campuran yang kompleks dari asam, gula dan bahan kimia dikenali sebagai senyawa organik yang mudah mengewap dengan mengatur komposisi seimbang 30 bahan kimia. Pasukan Harry menjalankan ujian dengan menyimpan tomato dalam suatu tempat dingin kira-kira empat darjah Celsius selama seminggu. Hasilnya, tomato itu mengalami 'kejutan' ketika kesejukan, malah selepas sehari dikembalikan ke suhu bilik, rasa dan kesegarannya tidak seperti yang asal. Kesimpulannya adalah, jika tomato itu masih belum digunakan, seeloknya disimpan di dalam suhu bilik sahaja. Manakala jika ia sudah dipotong dan menjadi lebihan memasak, apa salahnya anda ratah sahaja. Tomato kan banyak khasiatnya. Atau mungkin anda hiris nipis-nipis dan tepek sahaja di muka. Bukan sahaja menyihatkan, malah mencantikkan wajah anda juga. - CARI |
20
Bagus |
20
Marah |
26
Terkejut |
22
Sedih |
27
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
melinda_kerr replied at 20-10-2016 06:41 PM
tgk jenis peti aislah. kdg peti ais yg mahal yg ada new tech tu u boleh simpan dan the fruits and ve ...
melinda_kerr replied at 20-10-2016 06:41 PM
tgk jenis peti aislah. kdg peti ais yg mahal yg ada new tech tu u boleh simpan dan the fruits and ve ...
ADVERTISEMENT