CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 DIY Resipi Masker Pisang, Untuk Kulit Gebu Bak Marshmallow

20-10-2016 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6078| Komen: 9|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja mahupun dijadikan bahan kuih-muih. Malahan, pisang merupakan bahan semula jadi yang bagus untuk kecantikan. Tahukah anda, pisang juga boleh dijadikan se ...
Pisang bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja mahupun dijadikan bahan kuih-muih. Malahan, pisang merupakan bahan semula jadi yang bagus untuk kecantikan. Tahukah anda, pisang juga boleh dijadikan sebagai masker? Mengapa bayar lebih jika anda boleh dapatkan produk kecantikan dengan mudah.


Kulit pisang juga banyak manfaatnya, namun kebanyakan orang tidak sedar akan kebaikan kulit pisang. Ia mangandungi vitamin, mineral, karbohidrat, lemak, protein serta serat yang tinggi baik untuk rawatan wajah. Kulit pisang juga mampu memutihkan kulit selain merawat kulit bermasalah seperti jerawat, kutil, serta muka berkedut. Anda hanya perlu gosok bagian dalam kulit pisang ke kawasan bermasalah dan lihat hasilnya dalam masa beberapa hari. Pastikan anda memilih kulit pisang yang bersih dan masih segar.

Dengan menggunakan pisang, anda boleh menghasilkan masker wajah untuk:


1. Muka berjerawat
Bahan: Pisang, madu dan lemon.



- Campurkan satu sudu besar pisang yang sudah dihancurkan dengan satu sudu madu serta satu sudu lemon
- Sapukan masker pada wajah dan leher. Biarkan selama 20-25 minit sebelum dibilas dengan air biasa. 


2. Muka Berminyak
Bahan: Pisang, Lemon dan Susu. 

- Dalam mangkuk, campurkan pisang, dua sudu besar susu dan satu sudu besar jus lemon. 
- Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 25-30 minit.
- Bilas wajah secara menyeluruh dengan air suam.

3. Kulit Kering
Bahan: Pisang, kuning telur dan yogurt

- Hancurkan pisang, kuning telur dan satu sudu yogurt sehingga teksturnya kental.
- Sapu campuran pada wajah atau leher dan biar selama 15 minit
- Jika masker sudah kering, bilas dengan air suam sehingga bersih.

4. Mencerahkan Wajah
Bahan: Pisang dan oat



- Hancurkan pisang sampai halus, kemudian tambahkan oat secukupnya. 
- Kacau rata pisang dan oat
- Sapu pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air suam.


5. Menghalus dan Menegangkan Kulit


Sumber foto: Carian Google

- Bahan: Pisang dan madu
- Hancurkan pisang sampai halus dan tambahkan satu sudu madu, kacau rata. 
- Sapu masker pada wajah dan biarkan sampai ia mengering. 
- Bilas dengan air suam sebelum dibilas dengan air sejuk.


Demikianlah kebaikan masker pisang dan cara membuatnya. Jika anda kerap menggunakan masker pisang secara teratur, anda akan mendapatkan kulit yang cantik dan mempesonakan. Bagaimana? Anda berminat untuk mencuba masker pisang ini? - CARI

22

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
28

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oshinz 20-10-2016 05:45 PM
dari buat mask baik bancuh jadi cekodok. sedap dinikmati di kala petang hari. nyummylicious.
Quote miemiecha 21-10-2016 08:48 AM
susu pekat ke susu mcm dutchlady tu????
Quote tipuware 21-10-2016 12:42 PM
byk guna oat ni.. boleh juga guna oat yg tak terusik kt rumah nnt
Quote alia_borhan 22-10-2016 09:48 AM

Tumpang lalu....

Nak pakai mask semudah 1 2 3

face mask dari korea...

berminat boleh whatsapp alia 018 979 6095
Quote kekgebu 26-10-2016 02:43 PM
sape muka berminyak, leh amailk buh oat. mmg terbaik.
Quote fefeeling 1-1-2017 10:41 PM
Kulit pisang pun boleh hilangkan parut kan
Quote fefeeling 1-1-2017 10:42 PM
Tp kalau too much boleh jd getah buat parut jerawat especially jd hitam2 pulak
Quote Qnqn 4-2-2017 10:42 AM
Selalu buat masker pisang dengan oat but now dah malas dengan adanya mask dari innisfree
Quote me12345 7-2-2017 10:51 PM
Hahaha...:tak tahan sungguh 'bak marshmallow'...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.045101 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top