CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Cili Kering Bertikus: Pasaraya Melupuskan Cili Kering Yang Berbaki- KPDNKK

20-10-2016 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9203| Komen: 105


sumber foto: internet


Susulan sebaran secara meluas gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu dalam laman sosial Isnin lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu (KPDNKK) telah menghantar 5 orang pegawainya ke pasaraya itu untuk mengesahkan kesahihan viral video itu.

Menurut pengarahnya, Azlan Abd Samat, pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan telah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

"Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak yang besar seperti sebelum ini."

Tegasnya, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya.


Bagaimana pun, tindakan mengenakan kompaun atau denda adalah dibawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan dalam perihal tersebut, ujarnya.- CARI
18

Bagus
22

Marah
15

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 17-10-2016 07:32 PM
yek..

Quote TuntungReturn 17-10-2016 07:41 PM



[VIRAL] Tikus tahan pedas dalam timbunan cili kering
MOHD. HAZLI HASSAN
17 Oktober 2016 7:11 PM
[VIRAL] Tikus tahan pedas dalam timbunan cili kering
[VIRAL] Tikus tahan pedas dalam timbunan cili kering
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Heboh hari ini di media sosial di mana seorang pengguna Facebook dengan nama Winnie Tan telah memuat naik gambar bekas cili kering yang di dalamnya kelihatan beberapa ekor tikus.

Status bergambar yang kemudian dimuat naik ke laman Facebook John Nenen itu telah dikongsi lebih 2,568 kali sejak dimuat naik pada kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Status berkenaan menerima 651 komen di mana salah seorang pengguna Facebook, Omar Sharif menyatakan "Report polis ke, fomca ke.. Kena kencing tikus boleh maut ni." manakala Juwita Mattasan pula berkata "Xkan nie....xde Kje tikus nak dok Kat cili tu....xtebakar badan tikus tu...pegang cili kering pun terase pedas.. .pembohong."

Melalui laman Facebook itu, ia mendakwa tikus berkenaan bersarang dalam bekas cili kering di sebuah pasaraya terkemuka di Kuala Terengganu dan menurut  John Nenen, Winnie Tan mendakwa terdapat kira-kira 10 ekor tikus dalam bekas berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Quote TuntungReturn 17-10-2016 07:41 PM
fb john nenen ni dia suka bahan budak wicet
Quote hafeek 17-10-2016 07:47 PM
erkkk
Quote ultra78 17-10-2016 07:50 PM

Comelnya cik ti...






Quote hambaallah1709 17-10-2016 07:53 PM
ape yang macam terlopong kat tengah2 akuarium cili kering tu?
Quote juliez 17-10-2016 07:56 PM



Yg tetiba mcm ada lubang dkt tgh2 cili kering tu apa uols?

Gua tempat persembunyian tikus ker?
Quote syabaswater 17-10-2016 08:05 PM





Quote ultra78 17-10-2016 08:05 PM
juliez replied at 17-10-2016 07:56 PM
Yg tetiba mcm ada lubang dkt tgh2 cili kering tu apa uols?

Gua tempat persembunyian tikus k ...

sarang dia kot


Quote AyaqMeloSuam 17-10-2016 08:07 PM
Syomelnya En.Ti & Pn. Ti sepamely...
Quote ultra78 17-10-2016 08:07 PM
Gelinya aku.Tadi baru masak guna cili kering.Dalam pinggan ni ada cili kering..
Quote mommymonster82 17-10-2016 08:31 PM
ultra78 replied at 17-10-2016 07:50 PM
Comelnya cik ti...

    comel mmg comel tapi x comel bila duk dalam cili tu... erk gelinya..
Quote delisha09 17-10-2016 08:37 PM
siap bersarang dgn ank2 tikus skali ...

ni klu kena kes air kencing tikus xpasal2 org masuk hospital
Quote wana89 17-10-2016 08:42 PM
Mak ai
Dah ler wana selalu beli tak check cili semua.. pakat ambil terus
Quote wana89 17-10-2016 08:51 PM
Tikus ni dah masuk buat sarang payah nak halau
Belakang rumah wana ada parit besar.. so sarang dia la
Jadi kena jaga semua, sampah+makanan+bahan masak memang kena jaga.. sebab menarik dia ni
Puas kot wana nak halau tikus ni.. pernah sekali wana basuh rumah, lepas tu pasang perangkap.. dia dapat rasa nak tangkap dia.. terus dia buat onar.minyak bertutup, dia tendang sampai tumpah semua kat lantai..dah la penat basuh rumah xhabis, baru rehat.. dia buat onar
Last wana buat deal dengan dia, dia hamba allah, wana hamba allah.. dapat tangkap, wana janji xbunuh dia.. just lepaskan.. lepas tu buat syarat dengan tikus tu, jangan panggil sedara dan kaum kerabat masuk rumah wana lagi lepastu wana tawakal jer la
Tapi alhamdulilah, tikus xmasuk lagi.. macam khurafat dan mengarut, tapi dia pun makhluk allah kan.
Quote cap_ayam 17-10-2016 08:59 PM
wana89 replied at 17-10-2016 08:51 PM
Tikus ni dah masuk buat sarang payah nak halau
Belakang rumah wana ada parit besar.. so sarang d ...

Wow ada sesi mari bercakap dengan tikus..  

Antara ikhtiar kan..  
Quote wana89 17-10-2016 09:03 PM
cap_ayam replied at 17-10-2016 08:59 PM
Wow ada sesi mari bercakap dengan tikus..   

Antara ikhtiar kan..

Walau sekor je masuk, tapi macam berperang nak halau
Siap kena buat deal dengan tikus tu.. macam bodoh kan tapi, yelah kita bertawakal pada yg lebih besar kan.. kita sama2 makhluk, dia pun nak hidup gak walau buat onar kan
Wana pun tangkap dan xbunuh pun tikus tu.. just cari kawasan semak yg terpencil.. lepaskan
Quote saladin780 17-10-2016 09:05 PM
giant ke ni? kalu giant x heran la..lagi2 pasaraya kt area pprt..kotor sgt pasarayanya..yg brg2 frozen mcm eskrim, nugget etc lagilah..kualiti hampes mcm dah defrost pastu dibekukan balik..buah2an yg dah berkulat pun jual lagi..tp kalu giant area2 elit sikit elok plak kualiti n tahap kebersihannya..ala2 jaya grocer plak
Quote wana89 17-10-2016 09:12 PM
saladin780 replied at 17-10-2016 09:05 PM
giant ke ni? kalu giant x heran la..lagi2 pasaraya kt area pprt..kotor sgt pasarayanya..yg brg2 froz ...

Kekadang rumah ko bersih kan bam.. sampah jaga, semua jaga.. tapi persekitara menarik benda alah ni
Macam rumah wana, belakang memang ada parit besar.. jadi memang kawasan dia la.. ada jiran wana, tikus berlari2 kat atas pintu tu
Wana hari tu halau..setakat ni alhamdulilah..jangan la dia masuk lagi bam.. pening kepala wana

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076810 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top