CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan Maut Disyaki Dijangkiti Kencing Tikus

8-12-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15906| Komen: 29

Description: Allahyarham Amirah Maisarah Zir Omar Khan, Lapan Tahun, Murid Sekolah Kebangsaan (Sk) Bukit Pinang, Dekat Sini, Disahkan Meninggal Dunia Di Hospital Sultanah Bahiyah (Hsb), Di Sini, Pada Kira-Kira 11. ...
Budak Perempuan Maut Disyaki Dijangkiti Kencing Tikus 


Alor Setar: Kanak-kanak perempuan maut selepas disyaki dijangkiti virus kencing tikus atau `leptospirosis’ selepas berkelah bersama keluarganya di pusat rekreasi Titi Hayun, Yan, 20 November lalu.

Allahyarham Amirah Maisarah Zir Omar Khan, lapan tahun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pinang, dekat sini, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada kira-kira 11.27 malam tadi, selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu


Difahamkan, mangsa pergi bersama ibu bapa serta dua adiknya yang berusia lima dan dua tahun di pusat rekreasi persendirian di Yan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail mengesahkan kemungkinan kanak-kanak berkenaan dijangkiti virus kencing tikus.

Beliau berkata, pemeriksaan dan ujian awal makmal HSB menunjukkan kemungkinan kejadian itu disebabkan jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus.

"HSB dalam tindakan menghantar sampel darah untuk dibuat ujian pengesahan jangkitan leptospirosis di makmal Institut Penyelidikkan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur. HSB turut menjalankan ujian untuk demam denggi dan keputusan awal adalah negatif," katanya.

12

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JDT 6-12-2014 09:21 PM
Alo..siannya anak ni...
Quote CiliPadiSedap 6-12-2014 09:35 PM
wet world shah alam

listkan mana terdapat air kencing tikus
Quote sabbath_shalom 6-12-2014 09:40 PM
CiliPadiSedap posted on 6-12-2014 09:35 PM
wet world shah alam

listkan mana terdapat air kencing tikus

Sebab dekat ngan seksyen 2 shah alam..tapi tu masa food court sebelah wet world..skang dah jauh ckit.
Quote sabbath_shalom 6-12-2014 09:40 PM
Taman medan, PJ
Quote GhostWalking 6-12-2014 09:41 PM
CiliPadiSedap posted on 6-12-2014 01:35 PM
wet world shah alam

listkan mana terdapat air kencing tikus

tadi keluar berita tv3 yang ni pulak jadi kat Yan.tak silap ada lagi sorang dari adik beradik ni masih di rawat di hospital
Quote CiliPadiSedap 6-12-2014 09:46 PM
sabbath_shalom posted on 6-12-2014 09:40 PM
Sebab dekat ngan seksyen 2 shah alam..tapi tu masa food court sebelah wet world..skang dah jauh ck ...

Ofis akak kt wisma mais belakag mc d . badan akak naik sebab mc d lah.
Quote CiliPadiSedap 6-12-2014 09:48 PM
GhostWalking posted on 6-12-2014 09:41 PM
tadi keluar berita tv3 yang ni pulak jadi kat Yan.tak silap ada lagi sorang dari adik beradik ni m ...

Mandi pantai je selamat. Maaf mana2 air terjun kotor.

Air gunung ledang coli bra babi hutan ada.

Air terjun bekok sampah banyak.tikus siap kenduri kendara.

Maaf akak dh xnk pg air terjun. Dangerous.

Kt ulu yam hulu langat sungai gabai dh kotor..

Quote GhostWalking 6-12-2014 09:55 PM
CiliPadiSedap posted on 6-12-2014 01:48 PM
Mandi pantai je selamat. Maaf mana2 air terjun kotor.

Air gunung ledang coli bra babi hutan ad ...

nampak gayanya macam tulah lebih selamat
Quote noor2 6-12-2014 10:06 PM
Innalillah. ..
Quote stania83 6-12-2014 10:09 PM
Abc sect 2 shah alam ok ke. Alahaiiii.
Quote GhostWalking 6-12-2014 10:10 PM
Pengarah Kesihatan Kedah sahkah kematian Amirah kerana kencing tikusAstro Awani |Kemas kini:Disember 06, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 06, 2014 20:26 MYT)

Pengarah Kesihatan Kedah sahkah kematian Amirah kerana kencing tikus - Gambar fail

ALOR SETAR: Kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar malam tadi dipercayai di serang penyakit kencing tikus (virus Leptospirosis) selepas mandi di Titi Hayun, Salak Denai, Yan pada 27 November lalu.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan kanak-kanak tersebut dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah pada Selasa lalu.

Mangsa,  Amirah Maisarah Zir Omar Khan, 8 tahun dimasukkan ke wad tersebut disebabkan demam panas dan sawan.

"Mangsa dirawat oleh pakar kanak-kanak dengan diberikan antibiotik dan antiviral.

"Selain rawatan rapi, mangsa tidak menunjukkan tindak balas yang memuaskan dan telah meninggal dunia malam tadi pada jam 11.27 malam," katanya.

Jelas Dr. Norhizan, pemeriksaan awal mendapati kemungkinan kejadian ini disebabkan jangkitan Leptospirosis atau penyakit kencing tikus.

"HSB kini dalam tindakan menghantar sampel darah untuk dibuat ujian pengesahan jangkitan Leptospirosis di makmal Institut Penyelidikkan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur.

"Selain itu pihak hospital turut menjalankan ujian untuk demam denggi dan keputusan awal yang diperolehi adalah negatif selain kini sedang menjalankan siasatan lanjut," ujarnya.

Justeru itu tegasnya, pihaknya mengambil tindakan membina semula papan tanda amaran waspada berikutan papan tanda yang diletakkan sebelum ini dirosakkan.

Dalam pada itu jelasnya, pihaknya juga tidak akan menutup pusat rekreasi air berkenaan memandangkan penyakit Leptospirosis merupakan jangkitan zoonotik iaitu haiwan liar dalam persekitaran terbuka yang sentiasa terdedah kepada penyakit tersebut.

Tambahnya, pihaknya akan membuat siasatan terperinci terhadap ahli keluarga berkenaan untuk memastikan tahap kesihatan mereka dalam memastikan mereka diberikan rawatan sewajarnya.

Dr. Norhizan turut menasihati orang ramai agar mengelakan diri dari bermain air atau bermandi manda di sungai atau kolam.

"Jika terdapat luka kita minta mereka menampalkan menggunakan plaster kalis air.

"Apabila terdapat gejala demam, sakit kepala, sakit otot, loya atau muntah, dalam tempoh dua minggu dari tempoh mengunjungi tempat‐tempat rekreasi, mereka hendaklah membuat pemeriksaan segera," jelasnya.

Jelasnya, pengunjung juga diminta menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus.



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pengarah-kesihatan-kedah-sahkah-kematian-amirah-kerana-kencing-tikus-49835?cp


Quote gaza 6-12-2014 10:34 PM
bulan ni nak g Sunway Lagoon.. ok ker rase2nyer??? takut plak aku nak g.
Quote pooh~key 6-12-2014 11:35 PM
gaza posted on 6-12-2014 10:34 PM
bulan ni nak g Sunway Lagoon.. ok ker rase2nyer??? takut plak aku nak g.

pergi sunway pyramid main ice skating je la jawabnye...
Quote alinone78 6-12-2014 11:40 PM
Dok rumah j lah
mandi kolam plastik beli kat giant
Quote True-X 6-12-2014 11:50 PM
Siannyer... tuh laa.. sampah bersepah2. . Tikus ske..
Quote sabbath_shalom 6-12-2014 11:50 PM
stania83 posted on 6-12-2014 10:09 PM
Abc sect 2 shah alam ok ke. Alahaiiii.

Fredo abc..senior i masa study dulu..tak tau ada lg ke x?
Quote sabbath_shalom 6-12-2014 11:54 PM
CiliPadiSedap posted on 6-12-2014 09:46 PM
Ofis akak kt wisma mais belakag mc d . badan akak naik sebab mc d lah.

Dekat thread i kat mps ada forumer kata blok G wisma mais tu ada bilik berhantu.
Quote CiliPadiSedap 7-12-2014 12:07 AM
sabbath_shalom posted on 6-12-2014 11:54 PM
Dekat thread i kat mps ada forumer kata blok G wisma mais tu ada bilik berhantu.

Hantu semua dh kena pasung. Akak guna botol kicap jalen. Kalau tembikar cm labu sayung itu saka atau santau.

Jd kalau jumpa kt laut ada kapas dalam botol kicap jalen? Tu botol akak.

Mahluk halus dia kalis kaca. Botol plastik dia lepas.

Pasung bukan membunuh tp mengurung.lock.

Akak tgh nk berguru ilmu pasak bumi. Penat nk sparing.

Lg bagus xkeluar peluh guna ilmu pasak bumi..

Situ ada juga student sewa kt wisma mais.
Quote sabbath_shalom 7-12-2014 12:10 AM
CiliPadiSedap posted on 7-12-2014 12:07 AM
Hantu semua dh kena pasung. Akak guna botol kicap jalen. Kalau tembikar cm labu sayung itu saka at ...

Good kak..skang ni ramai org santau menyantau..pukau memukau..pakai bomoh siam..kasi sepering diorg tu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.179090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top