CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

7 Ramalan Dari Majalah Humor Gila-Gila tahun 1993, Kini Jadi Kenyataan

18-12-2015 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23442| Komen: 68


Oleh : Dean BZ


Masihkah anda mengingati majalah yang sangat popular sekitar 80-an dan 90-an dahulu iaitu majalah Humor Gila-Gila? Sudah pasti ramai yang membesar dengan lawak-lawak yang disampaikan oleh kartunis-kartunis terkenal seperti Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Azman Yusof, Rejabhad, Tarzidi, Nan, Fatah Ngah, Kerengge, Reggie Lee, Don, Zamri Abu, Rossem, Imuda , Long dan ramai lagi pelapis baru.

Foto : freewebcomic.com


Majalah Gila-Gila terbitan CESB (Creative Enterpise Sdn. Bhd.) suatu ketika dahulu menjadi majalah humor Malaysia yang pertama mendapat rating jualan tertinggi melalui sumber maklumat ABC (Audit Berreau Circulation). Penulis sendiri antara pembaca tegar majalah ini, tak kering gusi dibuatnya membaca lawak-lawak yang mengambarkan kehidupan sebenar rakyat Malaysia. Pendek kata majalah Humor Gila-Gila menjadi trend-setter kepada penerbitan majalah humor daripada syarikat-syarikat penerbitan lain. 


Apa yang menarik perhatian penulis mengenai satu gambar yang dikongsikan di facebook fanpage Oh!Media. Gambar itu memaparkan petikan ramalan dalam majalah Humor Gila-Gila pada tahun 1993 yang kini semuanya hampir menjadi kenyataan dalam kehidupan kita. Sudah macam cerita Back To The Future pula.


Ini adalah antara 7 ramalan dari majalah Humor Gila-Gila pada tahun 1993, lihatlah bertapa "kedepan" pemikiran mereka. Apa yang mungkin kita tidak terfikir pada masa itu telah pun bermain didalam minda mereka.


1. Kalau tak ada aral melintang...rokok daun akan kembali popular sebab orang dah tak mampu beli rokok sigeret lagi.

2. Kalau tak ada aral melintang...orang gaji alias pembantu rumah merupakan salah satu profesion yg paling tinggi pendapatannya.

3. Kalau tak ada aral melintang...Budak2 ke sekolah tak bawa buku langsung sebaliknya pakat bawa komputer laptop

4. Kalau xde aral melintang...penumpang tak payah telefon teksi, sebaliknya orang teksilah terpaksa menelefon ke sana ke mari untuk cari penumpang

5. Kalau tak ada aral melintang...penoreh getah, pesawah dan petani semuanya pakai handphone

6. Kalau tak ada aral melintang...siaran televisyen kita semuanya berjalan 24jam dan setiap selang seminit akan muncullah iklan

7. Kalau tak ada aral melintang...orang pakat gila buka kedai 24jam. Bukan setakat kedai makan dan kedai runcit, tetapi juga kedai pomen dan kedai perabot


Penulis sangat tertarik ramalan nombor satu itu, tidak mustahil akan berlaku suatu masa nanti jika harga rokok cecah hingga puluhan Ringgit. Jom ramalkan apa lagi akan terjadi dimasa hadapan? Bukan nak meramal betul-betul, cuma suka-suka sahaja. Nyatakan.... - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


18

Bagus
24

Marah
25

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 18-12-2015 11:21 AM
my colleague pun dah start hisap rokok daun..
tapi dia more on meng-variasi-kan pilihan what to smoke kot..
vape hisap.. cigaratte hisap.. rokok daun hisap..
Quote haryatie 18-12-2015 11:23 AM
dulu2 ni majalah yg aku x pernah tinggal
suka betulll...
Quote qronaldo7 18-12-2015 11:27 AM
Hebat ramalan benar belaka
Quote Modngengade 18-12-2015 11:32 AM
"ramalan ku benar belaka" - Umbrella
Quote ifanonline 18-12-2015 11:33 AM
prediction yg hampir tepat
Quote liyamariska 18-12-2015 11:33 AM
ai dah lama tak baca majalah Gila2 nih...  

ttg ramalan tu cam benar belaka...
Quote Artemesiaa 18-12-2015 11:36 AM
Laa kebetulan sama lak ya
Quote zidane_ziege 18-12-2015 11:45 AM
suka baca artikel gila2 yg mcm ni dulu..antara part yg dh xde dlm komik lain termasuk majalah ujang

aku masih x jumpa gila2 yg baru kat mana2..
Quote kucen_miang 18-12-2015 11:49 AM
takda la luar biasa sangat pun. common la tu harga rokok naik selalu. kalu dorang ramal duit 26 billion lesap tak dpt dikesan, itu baru kepelikang tanpa batasang.
Quote Nham22 18-12-2015 11:56 AM
Seriuss dulu2 mane ade hiburan mcm ipad..hp canggih2..astro.. majalah ujang..gila2 nielaa penghibur
Quote Limao 18-12-2015 12:00 PM
Ooo...ko amik dari fesbuk Ujang ye?
Quote Simunggu 18-12-2015 12:07 PM
sebenarnya yg nak disampaikan tu pasal rokok daun..harga rokok yg naik...sebab kerajaan bagi cukai tinggi...

last last ada niat buruk nak bagi nama buruk kerajaan...apa lah punya thread longkang...next...
Quote nikaido 18-12-2015 12:15 PM
Betul ke keluaran 1993? Masa tu Malaysia dah Ada h/phone ka?
Quote Pajeri_Nenas 18-12-2015 12:17 PM
Penulis bodoooo,majalah humor dgn gila 2 majalah berbeza
Quote ChildrenOfBodom 18-12-2015 12:27 PM
5. Kalau tak ada aral melintang...penoreh getah, pesawah dan petani semuanya pakai handphone



sungguh tepat
Quote bangcak 18-12-2015 12:28 PM
Simunggu replied at 18-12-2015 12:07 PM
sebenarnya yg nak disampaikan tu pasal rokok daun..harga rokok yg naik...sebab kerajaan bagi cukai t ...

sapa makan cili, dia yg rasa pedasnya.
penulis maupon pelukis takde hasrat nak perli/tuduh sapa2.

tiba2 ada yg terasa longkangnya
Quote Simunggu 18-12-2015 01:57 PM
bangcak replied at 18-12-2015 12:28 PM
sapa makan cili, dia yg rasa pedasnya.
penulis maupon pelukis takde hasrat nak perli/tuduh sapa2. ...

next...
Quote bangcak 18-12-2015 03:12 PM
nikaido replied at 18-12-2015 12:15 PM
Betul ke keluaran 1993? Masa tu Malaysia dah Ada h/phone ka?

ofkos la ada.
tapi org kaya je guna.


Quote axl_bach 18-12-2015 03:51 PM
My oh My, CI sgt......berapa kilo kah semut yg ditelan wartawan CARI semasa kecil?? adakah sengaja diberi makan oleh ibunya atau sendiri kutip atas lantai selepas ibu sembur ridsect???

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.070783 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top