CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Jika Terlihat Kemalangan Seperti Ini?

17-12-2015 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7051| Komen: 18

Description: pernah tak anda terfikir, apakah yang akan anda lakukan jika anda berada pada dan waktu kejadian di atas?...
Loading FB Video...

Sumber Video:SukanStarTv

oleh : Fyruz Hanna

Jika anda lihat klip video diatas, pernah tak anda terfikir, apakah yang akan anda lakukan jika anda berada pada dan waktu kejadian di atas?

Kemalangan ini berlaku di Batu Berendam, Melaka dan mungkin kerana tidak mempunyai lampu isyarat dengan  kecuaian pemandu meletakkan nyawa penunggang motosikal ini dalam bahaya.


Dapat dilihat, pengguna jalan raya yang lain ada yang meninggalkan kawasan kemalangan tersebut, ada yang panik dan tak kurang yang hanya melihat kemalangan yang masih 'panas' lagi berlaku.

Sebenarnya apa yang harus dilakukan jika anda berhadapan dengan situasi sebegini? CARI Infonet, kumpulkan antara perkara yang boleh dilakukan oleh pengguna yang dikutip daripada komen netizen:

1. Jika anda bukan mangsa, dan anda baru sahaja melihat kemalangan didepan anda, ada baiknya anda lihat keadaan sekeliling. Jika ingin membantu, letakkkan kenderaan anda ditempat bukan gangguan lalu lintas.

2. Jika anda lihat ada mangsa terbaring di atas jalan, dekati mangsa namun dan elakkan menyentuh mangsa. Pastikan dahulu keadaan mangsa adakah mengalami cedera parah ataupun hanya cedera ringan

3. Pastikan anda bercakap-cakap dengan mangsa, untuk memastikan dirinya dalam keadaan sedar. Tanya soalan berkaitan dirinya seperti nama, no telefon untuk dihubungi, kerja dan sebagainya.

4. Elak mengangkat mangsa yang cedera parah kerana takut dikuatiri akan menyebabkan cedera lebih parah.

5. Jika kemalangan mengganggu lalulintas, alihkan kenderaan ke kawasan lain yang tidak mengganggu lalu lintas. Dapatkan bantuan kecemasan dengan kadar segera.






Semua tips ini dikumpul hasil perkongsian netizen dilaman sosial, jika anda mempunyai cadangan dan cara yang difikirkan patut perlu boleh kongsikan diruangan komen dibawah.-CARI Infonet.
23

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
19

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 17-12-2015 03:31 PM
Call ambulance la, tu medic punya kerja kot.  
Quote Vellfire 17-12-2015 03:36 PM
revolusi_30 replied at 17-12-2015 03:31 PM
Call ambulance la, tu medic punya kerja kot.

yup betul. selalu orang panik dan tak buat ape2 just tengok mangsa.
Quote LolaLoly 17-12-2015 03:38 PM
memang sebab tak de siapa nk kemalangabn kan so.. memang akan tekejut and pending dulu.. jarang yang betul2 tibe2 bole dtg selamatkan.. yang penting elok jugak kalau lepas xcdnt tu jem sb pnh ade kes.. dah ade xcdnt tp sb driver lain bwak laju.. patut x mati tapi mati plak...huhuh
Quote zorrro_03 17-12-2015 03:58 PM
sorry tanya / cadangkan.  kenderaan terlibat kemalangan spt ini boleh alihkan ke?  bukan kena tunggu pegawai penyiasat dulu utk dokumentasi in case apa2 pertikaian berkait insurance etc2 kelak.  melainkan ia mendatangkan kesesakan dan halangan terus kpd trafik.  


betulkan kalau aku salah.  
Quote zach2008 17-12-2015 04:28 PM
Aku call ambulan je la... nak tolong nanti tersalah angkat pulak.

Cuma kalau dalam persekitaran macam ni tak kira jalan lurus ke, bengkok ke, ada keutamaan utk jalan dulu ke, ada baiknya perlahankan kenderaan...
Quote lavatenaga 17-12-2015 04:30 PM
kalu muslim suruh dia mengucap...kalu bukan muslim...

jalan terus..

biar ambulance uruskan..

Quote kemaruk 17-12-2015 04:31 PM
korang boleh baca komen keyboard warrior dalam tu hahahahaha
Quote revolusi_30 17-12-2015 05:15 PM
Vellfire replied at 17-12-2015 03:36 PM
yup betul. selalu orang panik dan tak buat ape2 just tengok mangsa.


Kan ke kalau kita sentuh atau angkat mangsa lagi mudarat.  Bnyk mangsa mati pasal pembantu x bertauliah alih mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
Quote revolusi_30 17-12-2015 05:17 PM
zorrro_03 replied at 17-12-2015 03:58 PM
sorry tanya / cadangkan.  kenderaan terlibat kemalangan spt ini boleh alihkan ke?  bukan kena tunggu ...

Boleh alih sis kalau menghalang... Cuma susah sikit la keja IO... lain la ada gambar sebelum alih tu. Tu boleh membantu serba sikit penyiasatan IO... Tapi xda gambar pun io boleh tahu cerita kemalangan mcm mana dan tentukan sapa salah.  
Quote fire_place 17-12-2015 05:29 PM
Suami aku suka membantu,aku pulak stress sikit2 asik nak praktis dia punya skill menyelamat.
Mentang2 lah ahli st.john..kihkih..tp bagus lah juga.

Mcm pernah kete tebalik,sbbkn mat rempit..suami aku parking tepi..ngtkn kete tu xda org,lupanya ada org separa sedar,
Kete tebalik,jd suami aku suruh budak2 moto jaga laluan.dia pertama kali org eksiden tanya org tu,tgk sedar ke x..lepastu tanya ada x bahagian sakit
Mcm yg kete tebalik ni xsakit,boleh gerakan kaki,tgn..suami aku amik sarung tgn dia kopakkan cermin yg pecah tu selamatkan lah.ada sekali moto patah kaki mcm nak pengsan,suami aku suruh minum air,xbagi dia terlelap,suami suruh buka mata..yg sekali eksiden xtolong sbb india mabuk depan kete aku,naik moto sambil minum langgar tiang lampu tercampak.aku bio je,sbb apa..org mabuk ni xkn sedar dia eksiden ke sakit ke,lpstu lagi parah muntah busuk merapu2.
Quote arc_heroes 17-12-2015 05:39 PM
Bg saya, kalo ade sorg mangsa yg terbaring mcm ni, sebolehnya org awam kawal lalu lintas smntara tnggu polis smpi.ttg pesakit, kalo blh jgn diusik, diangkat atau dibuka helmet sbb kite xtahu lg kondisi injury.ada caranya nk bukak helmet tanpa mlibatkn kcederaan pada cervical n spine mangsa.and jgn sesekali bg mangsa minum air sbb kte xtahu tahap ksedaran n kcedaraan mangsa trutama pada bhgian kpala, cervical, paru2 n spine.kalo bg mnum air blh jd air tsebut blh masok ke otak or paru2 dan ia akan mnjadi kdaan lbh truk..
Quote manjalara_01 17-12-2015 06:41 PM
revolusi_30: Call ambulance la, tu medic punya kerja kot.


yup....1st call ambulance....
semua org ade hp....calling2 dulu..
so kalau bukan u yg tolong dulu...mungkin lepas dh calling2 tu..org lain dah sampai dulu
utk menolong....
Quote honeybee1802 18-12-2015 08:03 AM
Sib baik org kl terus panggil poli n ambulans dulu time hasben aku accident...aku rs dia melayang gitu but landing own other car....sib baik panjang umur....
Quote Vellfire 18-12-2015 08:12 AM
revolusi_30 replied at 17-12-2015 05:15 PM
Kan ke kalau kita sentuh atau angkat mangsa lagi mudarat.  Bnyk mangsa mati pasal pembantu x ber ...

kalo mangsa cedera ringan pun just tanya nama dan sakit kat mana. lepas tu kita kena call ambulan. tu jer tindakan yg boleh kita buat. tapi masa panik orang keliling semua lupa no telefon kecemasan.
Quote aduh2sayang 18-12-2015 10:02 AM
ajar mengucap
Quote arc_heroes 18-12-2015 10:56 AM
Kalau mangsa kemalangan blh duduk, n bangun sendiri xdela masalah sgt.cuma spt yg sy ckp, jgn sesekali bagi minum air.sbb tu komunikasi n mangsa tu penting.
Quote pittjie 18-12-2015 02:44 PM
ha .. tengok point no 1 tu ya youal. akak penah la pulak kena hencap sbb mempertikaikan lan pet pet katanya terus memberhentikan kereta dia kat tgh jalan time sesak semata2 nak bantu mangsa kemalangan di seberang jalan. hencapan forumer tersebut  pada akak berbunyi "orang niat nak tolong pun pertikai kenapa berenti tgh jalan la bagai la". lebih kurang la macam tu.

by the way ... mmg seharusnya la ada usaha buat workshop ke talk ke hapa ke kat sekolah mau pun di kilang2 jgk dicompany2 mana pun .. pada student dan pekerja .. cara2 membantu orang kemalangan. atau apa yang sepatutnya kita lakukan di dalam situasi seperti ini.
Quote yasinfi 18-12-2015 05:31 PM
adik i penah alami...terserek masuk bawah kereta...org semua tengok saja..tak tlg angkat kereta keluarkan mangsa..yg tolong angkat kat kelua adik laki i..dia pun cedera time tu..tp dia nekad utk keluarkan adik ...org skrg ambik gambar tau upload ja..pastu sembang hebat kat FB..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072988 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top